Keblinger

Keblinger

How to Answer that Question..

| Thursday, February 17, 2011

Cerita dah basi. Takpelah, masih boleh diceritakan. Hujung bulan Januari yang lalu, penulis menghadiri kursus "How To Get Yourself Employed". Kursus yang wajib dihadiri oleh pelajar tahun akhir dalam mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan. Tak cukup dengan degree yang sedia ada, perlu jadi degree++..^_^

Kursus pada hari Isnin(31/1/2011). Kursus setengah hari dan pada waktu petangnya ada modul seperti permainan interviewer,job seekers dan black apple. Permainan yang interaktif dan menarik. Sesuatu yang boleh dimodifikasikan untuk dijadikan modul dalam khidmat pendidikan KLM. Penulis agak teruja dengan permainan sebegitu kerana tidak sangka pensyarah juga kreatif dalam membina modul sebegitu. Apapun, penulis berpeluang menjadi penemuduga dan menemuduga beberapa orang. Soalan tricky?tak juga. Soalan biasa semasa temuduga.

Keesokannya, mock interview. Bahasa melayunya, temuduga olok-olok. Resume?dah tersedia ada. Sijil?semuanya sudah tersusun dalam fail. Pekerjaan?itulah yang kena cari. Penulis mengambil syarikat Panasonic untuk jawatan R&D Engineer. Tentang Panasonic?tak buka langsung dengan harapan boleh hentam saja lah ketika interview. Waktu interview adalah jam 2.40 petang. Antara yang terawal jika dibandingkan dengan rakan sekelas lelaki penulis yang lain. Jam 2 petang, sudah siap dengan kemeja dan tali leher. Dalam hati, berdegup2 juga jantung.

Melihat dari dalam, Miss Mitra sahaja yang interview. Miss Mitra?aiseh..seganlah macam ni. Melihat Ana orang yang pertama keluar dari bilik interview, semakin sejuk pula tangan ini. Seorang demi seorang keluar dan masuk sambil menceritakan pengalaman diinterview. Muka memang tenang tapi dalam tulang rusuk, jantung dah berdegup macam nak tercabut rasanya. Ada yang lama dan ada yang sekejap. Tambahan pula, datang Dr Aminudin dengan muka yang agak kurang menyenangkan penulis. Selesai Fairuz, tiba giliran penulis untuk diinterview.

Soalan pertama, "Tell me about you"

Jawapannya.."blablablabla...."

Soalan kedua, "Are you good at electronic?"

Jawapannya.."Yup. I'm very good at electronic.", <---umpama gali kubur! Soalan seterusnya, "How good are you at electronic and what proof do you have?"

Jawapannya.."I'm very good because I have take electronic subject..blablabla", dalam hati.."dahlah tanya electronic wehhh!"

Soalan berikutnya," Can you tell me how to make an amplifier by using single transistor?"

Here we come! Soalan yang paling penulis takuti. Soalan teori yang sememangnya membuatkan penulis terdiam. Tanyalah dah makan ke belum?Makan apa?sedap ke tak?bape ringgit makan?Soalan macam tuh barulah boleh jawab. Tempat interview aircond tapi penulis tetap berpeluh. Penulis setkan masa interview dan penulis keluar dari tempat interview selepas 19 minit berada di dalam. Pergh!macam ni gayanya..susahla..hahhahah...

Pengalaman interview itu yang penting. Sama seperti ketika penulis diinterview oleh Intel. Kita memang tak boleh lari daripada teori. Teori itu yang perlu kita kuat. Dalam pada masa yang sama, boleh memberi idea dan menjawab dengan tenang dan penuh keyakinan. Kenalah asah lagi teori penulis selepas ini.

Thanks Dr Aminudin & Miss Mitra!


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine