Keblinger

Keblinger

Yong Peng - Ayer Itam Visit

| Tuesday, February 15, 2011

Ayer Itam = Jonker Street = Insadong?

Pada tarikh 28hb Januari, penulis bersama rakan-rakan KLM ke rumah Zianti. Sekadar melawat rumah rakan-rakan sekelab di negeri Johor. Tempatnya ialah Yong Peng. Masa bertolak adalah jam 3 petang. Cuaca ketika itu, hujan sepanjang perjalanan. Perjalanan mengambil masa selama sejam 5 minit. Bergerak dengan dua kenderaan yang sarat dengan muatan. Yang mengikutnya, Ijat amer, sasa, syya, roza, nadira, zaida, zakiah, tengku, naufal, erizu, nuqman, izaat lau dan penulis. Sebuah kereta sudah sampai sejak pukul 11 pagi. Kami ketinggalan sedikit atas sebab-sebab tertentu.

Tibanya di rumah, hidangan yang disediakan sememangnya sedap. Nasi putih, sambal udang, ayam masak lemak, ayam goreng, sayur campur, agar-agar, tembikai + air sirap. Perghh! penulis ketika itu memang sudah kelaparan kerana tidak makan sejak
daripada pagi. Hidangan dijamah dengan penuh selera. Selepas itu, kami menyambut hari lahir 5 orang yang lahir pada bulan januari termasuk zianti dan adiknya, zianni. Kek secret recipe pulak tuh. Memang sarat dengan muatan dalam perut penulis.

Selesai solat asar, kami singgah di Ayer Itam. Ada yang tak pernah sampai di Ayer Itam. Walaupun sudah banyak berprogram, kebanyakan ahli KLM masih belum berjalan-jalan dalam negeri Johor. Mencari pelbagai benda. Ada yang beli teddy bear, beli bantal, beli buah dan juga beli kerepek. Macam-macam kerenah. Kami tiba di UTM jam 9 malam selepas selesai solat maghrib dan isyak di tol Kulaijaya. Merempit dengan kereta?mungkin juga.

Apa yang penting? Penulis mengharungi sehari bersama mereka. Mereka-mereka yang menyinari hidup penulis sejak akhir-akhir ini. Mereka yang banyak menceriakan penulis dan membuatkan penulis gembira. Mereka yang penulis jarang menolak apabila dijemput. Ini semester akhir penulis, dan penulis tidak mahu melepaskan saat-saat untuk mencipta memori bersama mereka.

Di sini jua memori tercipta,
Walau seketika..terjalin kasih kita,
Mungkin di sini jua kita berpisah,
Kenangan indah tidak akan ku lupa...

Kredit to hidupan marine sekalian!

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine