Keblinger

Keblinger

Pemakanan yang Sihat

| Friday, August 12, 2011

Pada suatu malam, penulis sempat menemani kakak penulis untuk talk tentang pemakanan. Organisasi yang mengendalikan itu bukanlah orang asing iaitu sepupu penulis sendiri. Sebelum boleh mendengar talk, semua dikehendaki untuk ditimbang. Menarik juga penimbangnya. Macam-macam maklumat ada. Kandungan muscle, air, jumlah lemak dan sebagainya.

Ketika ditimbang,

Kandungan muscle - 32% (Sepatutnya 33% utk sihat)
Body proficiency - 97%(Sepatutnya 100%)

Yang lain, tak ingat dah. hahaha
.

Dalam talk itu, diberitahu sepatutnya badan kita membakar 100%. Kalau hanya membakar 97%, baki lagi 3% akan menjadi lemak. Itu sebablah badan penulis makin berisi. hahahaha. Dalam talk itu juga, diajar cara pemakanan yang sihat. Bukan sala
h kita makanan kat Malaysia ni sedap. Tambahan pula, makanan kat Malaysia ni penuh dengan karbohidrat. Atau lebih tepat lagi adalah nasi.

Cara pemakanan yang betul adalah:

  • Makan 3x sehari. Jangan skip breakfast, lunch dan dinner
  • Setiap kali makan, dimulakan dengan buah sebiji sebaiknya buah epal
  • Selepas makan epal, makan sayur terlebih dahulu
  • Selesai makan sayur, makan protein seperti ayam, ikan, putih telur
  • Selesai makan protein, baru makan karbohidrat seperti nasi
  • Portion untuk buah adalah sebiji, untuk sayur adalah sebesar tapak tangan, untuk protein sebesar penumbuk dan karbohidrat suku daripada tapak tangan.
  • Banyakkan minum air suam
  • Kurangkan pemakanan yang rapuh seperti cikedis.
Contoh Portion dalam setiap meal.

Dengan cara ini, kita akan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kalau nak cepat kurus, lakukan senaman selama 20 minit tiga kali seminggu.


Sebagai pencinta makanan Malaysia seperti penulis, susah kot nak buat. Nasi dagang?Nasi kerabu?nasi bukhara?nasi kuning?mee siam?mee kari?ayoyoyo..Kepada yang nak mencuba, silalah cuba! ^_^




3 comments:

{ Cik Sara } at: August 12, 2011 at 5:19 PM said...

cikedis memang tak bgs..specially super ring tu. kandungan karbon yg tinggi dan boleh dijadikan bhn bakar..tp cikedis orang melayu exceptable rasanya mcm kerepek ubi n kerepek pisang. tak de pengawet tmbhn..=)

{ aamalinaazman } at: August 12, 2011 at 11:44 PM said...

waaaaaaaahhh!
ni bagus utk saya...heeee

{ Wan Muhammad Aizat } at: August 14, 2011 at 6:17 AM said...

sara - maybe kot..x sure..hehehhe..

aimie - nak join programnye?hehhe..ajar cara makan yang sehat..=)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine