Keblinger

Keblinger

Hari Raya Aidilfitri

| Thursday, August 18, 2011

Mari kita cerita tentang hari raya aidilfitri. Mesti ada orang yang cakap, "puasa tak habis lagi, dah cakap pasal raya". Tapi, sedar atau tidak. Belum bulan Ramadhan pun, kita dah sibuk cari tiket balik beraya. Tuh bukan lagi tak hormat Ramadhan ke?Jadi, kita hanya merancang. Bukannya beriya-iya. No heart feeling..^_^

Raya tahun ini?Rasa macam takde pape. Tak terasa di perantauan. Tak terasa macam gembira sangat menjelang hari raya. Mungkin sebab dah berpuasa kat rumah. Sebelum ni, semuanya berpuasa di asrama sejak tahun 2004. Bila mula 10 hari berpuasa, mesti dah start pasang lagu raya. Masa tuh, mulalah rindu nak balik rumah. Sayup-sayup lagu raya. Lagu raya agak bermakna dan sering dimainkan.

Walaupun berjauhan baik di Perlis, Pulau Pinang ataupun Johor, penulis tetap bersyukur. Mempunyai rakan taulan yang sentiasa ada di sisi. Berbuka beramai-ramai. Solat terawikh beramai-ramai. Bersahur beramai-ramai. Beli lauk sahur, bangun-bangun dah pukul 6.30 pagi. Renung jelah sahur tuh. Macam-macam kisah. Ada suka, ada duka. Semuanya tetap menjadi kenangan sepanjang 7 tahun berpuasa di luar rumah sendiri.

Teringat suasana waktu makan bbq steamboat siam kat rumah Toknik..

Tahun ini, berbeza. Kerana?kerana penulis beraya di Kuala Lumpur. Selama 22 tahun, penulis beraya di Kelantan. Tiap-tiap tahun mesti balik Kelantan. Dalam tempoh 22 tahun, hanya sekali berpeluang balik kelantan dengan kapal terbang. 2 kali dengan bas. Baki lagi 20 kali, semuanya dengan kereta. 20 kali pulang ke Kelantan. Dulu-dulu langsung takde highway. Lebih kurang 8-9 tahun baru ni, baru siap highway sampai Karak. Tapi, nak ke Kota Bharu mmg xde highway. Kereta banyak. Tempat wajib jam - Bentong, Raub, Kuala Lipis - Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Kok Lanas. Sejak akhir-akhir ni, jam masih teruk. Tapi, ikot Felda Mempaga sampai terus ke Raub. Paling teruk sekali, penulis ingat semasa bertolak jam 7 pagi, sampai di Kota Bharu jam 9.30 malam. Jam teruk sangat kat Bentong. Ikot Gerik. Memang sengal badan terus.

Tahun ni, tak kesah dah jam. Penulis mahu lihat suasana raya di Kuala Lumpur. Ada kesempatan,bolehlah buat Open House. Bolehlah beraya kat rumah kawan-kawan di KL. Boleh pergi KL malam raya. Baring tengah jalan malam-malam. Khabarnya KL memang kosong. Tahun pertama di KL. ^_^

Masih merindui Toknik. Terkilan, tak sempat jumpa sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah..

1 comments:

{ aamalinaazman } at: August 19, 2011 at 7:07 PM said...

jgn sedih2 ye oppa...
huuu..nnti boleh g umah ni..hahahha

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine