Keblinger

Keblinger

Rezeki di Bulan Ramadhan

| Thursday, August 4, 2011
Alhamdulillah..

Rezeki bulan Ramadhan. Menjelang minggu lepas, penulis menerima 2 panggilan. 2 panggilan tahniah kerana berjaya mara ke pusingan seterusnya. Macam dalam pertandingan pulak. Sebenarnya, hari selasa interview di PJ dan hari rabu interview di Puchong telefon untuk jemput penulis ke interview yang kedua. Hebat betul company ni. Sampai 2 kali panggil interview. Hahhaha.

Interview kedua. Kedua-duanya sama hari dan sama waktu. Cuma, penulis ubahkan salah satu ke waktu pagi. Jadilah 2 interview dalam satu hari untuk interview ke-2. Harinya?1 Ramadhan. Hari isnin. Di Puchong jam 9 pagi dan di PJ jam 2.30 petang. Hari pertama berpuasa. Lalulintas di Kuala Lumpur?masih lagi menjadi tanda tanya.

Jadi, bersiaplah waktu pagi. 1 kemeja untuk2 interview. Haruslah pakai kemeja yang berbeza daripada kedua-dua interview sebelum ini. Pukul 6.50 pagi dah bertolak dari rumah. Gara-gara mahu mengelakkan diri dari terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Selesai isi minyak, masuk ke MRR2. Baru je keluar dari stesen minyak,dah stuck dalam jam. Terpaksa ubah laluan. Ikut Jelatek, Datuk Keramat, Jalan Tun Razak dan terus ke Highway Kesas. Nak elak jam punye pasal memang terlaksana. Jam 7.50 pagi dah sampai depan office kat Puchong. Ada lagi 1 jam 10 minit. Mata dah mengantuk. Letih pulak rasa. Jadi, matikan enjin, kunci pintu kereta dan tidur!

Rasa berpeluh. Sedar-sedar, jam 8.40 pagi. Mamai, blur, berpeluh dan seperti tidak keruan. Dahlah dengan pakai smart. Tidur dengan kemeja, seluar slack, kasut kulit serta bertali leher. Amazing!Terus masuk ke dalam office. Mujur tak nampak serabut sangat. Tapi, muka blur tuh tetap ada. Setibanya di office, disuruh tunggu dalam bilik meeting. Dalam kepala, macam dah huyung hayang. Tak pernah rasa 2nd interview. Tak pernah tahu macam mana soalan 2nd interview. Orang yang sama ke. Orang lain ke.

Rupanya, 2nd interview orang lain pulak yang interview. GM daripada Singapore. Wahh!suara penulis serak-serak. Nampak sangat baru bangun tidur. Soalannya agak berbeza daripada interview pertama. Antaranya,

"Can you explain line by line all the activities that you have state in your resume?"

"How do you see yourself for another 5 years?"

"Do you know what does Gaia means?"

"Have you ever think that you will be service engineer when you are studying this course?"

"What is the job scope for service engineer?"

Soalan-soalan yang agak tricky untuk orang yang mamai seperti penulis. Hahaha. Bila diceritakan tentang gaji,elaun serta claim dan sebagainya, mulalah mata penulis celik sikit. Dalam kepala,tengah berkira-kira berapa jumlah sebenarnya. Tambahan pula, trainingnya asas di Puchong. Training seterusnya bukan di Malaysia. Wahh. Seronok!hahahha. Selesai interview, balik rumah dan tidur.

------------------------------------------------------------------------------------------

Next, interview di Petaling Jaya. Bersiap-siap dengan kemeja yang sama, seluar yang sama, tali leher yang sama dengan pagi tadi. Tambah perfume je. Jam 1 tengahari sudah bertolak. Sepanjang perjalanan, penulis memandu dengan agak perlahan untuk mengelakkan sampai awal di pejabat. Setibanya di PJ, jam baru 1.45 petang. Haiyo. Ada lagi 45 minit. Pukul 1.55 petang, penulis masuk ke dalam office.

Gelap. Sunyi. Semua pegi lunch ataupun tidur. Tiba-tiba nampak interviewer yang pertama. "Awal sampai hari ni" . Takkanlah nak interview kena sampai lambat kan. Jadi, pukul 2.20 petang, penulis dipanggil masuk ke dalam pejabat. Interviewernya juga orang lain. Seorang laki chinese. Khabarnya, dia dah 12 tahun kerja kat company tuh. Ketika masuk ke pejabat, nampaklah ada 6 orang. Semuanya service engineer. 3 indian, 2 melayu, seorang chinese. Ada jugaklah yang menarik pandangan mata ni. Hahaha.

Soalan-soalannya,

"Describe yourself"

"Can you give me 3 good behavior when dealing with customer"

"Can you give me 3 bad behavior when dealing with customer"

"This is your job scope. Anything you don't understand?"

"If you given a choice, what working environment that you want?"

"If you given a choice,what type of boss do you want?"

"Customer always right. How are you going to deal when you know that customer is wrong?"

"Last question, why should I hired you?"

"Camonlah, I have 4 candidates including you. All of you gave me the same answer. You all have been discuss before eh?How am I going to select if you guys give the same answer"

Sorilah. Jawapan tuh jugak yang standard. Nak buat macam mana. Selesai interview, cabut balik rumah dan tidur sekali lagi. Diberitahu juga pelbagai insentif tapi bila kira-kira, macam menarik jugak.

Khabarnya, kedua-dua mahu beri jawapan minggu ni. Hari ni dah khamis. Esok dah jumaat. Tinggal 2 hari je lagi untuk minggu ni. Janganlah buat macam company sebelum ni. Kata tempoh seminggu, last sekali tak bagi sebarang jawapan pun. Tolonglah bagi jawapan. Taknak bagi jawatan tuh pun takpe. Sekurang-kurangnya ada jawapan. Please..please..please..

-I'm still hoping-

1 comments:

{ aamalinaazman } at: August 4, 2011 at 11:42 AM said...

wuwuwuwuw
tahniah sekali lagi oppa!
gud luck ye!

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine