Keblinger

Keblinger

"L"

| Tuesday, August 9, 2011

Dulu hanya pandang-pandang,
Jenguk sahaja dari jauh,

Menanti bila akan tiba masanya,
Jari hanya menanti untuk menulis.


Bila tiba saat itu,

Jari sakan menulis,

Mengharapkan jawapan diterima,
Namun tolakan yang muncul.


Bukan hanya sekali,

Tetapi dua kali menjengah,

Ditarik jauh-jauh diri ini,

Merenung kembali nasib diri sendiri.


Sekian lama berlalu masa,

Peluang itu muncul kembali,

Bagai menari-nari di depan mata,

Tidak lagi dipersia saat itu.


Biarpun terkejut mahupun tidak percaya,

Itu yang telah digenggam,

Berleretan dari satu ke satu,
Sehingga satu masa yang tidak lagi menyebelahi.


Ketika itu mula sedari,

Itulah jawapan yang dicari selama ini,

Biarpun jawapan itu seringkali diragukan,
Jawapan itu tetap kekal sebegitu.


Kini tiada apa yang mampu diratapkan,

Tidak lagi seperti dulu,
Umpama hanya mengejar sesuatu yang semakin jauh,

Biarpun pernah dekat seketika.


Sudah jatuh ditimpa pula tangga,

Lepas satu,satu lagi kesedihan menunggu,

Jawapan itu masih lagi disimpan
,
Mungkin suatu hari nanti akan terlerai.

Tiada apa selain hanya termenung..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine