Keblinger

Keblinger

Weekend Summation

| Wednesday, August 3, 2011
End of weekend before coming into Ramadhan.

Dimulakan dengan jumaat malam. Aktiv
iti, meeting mingguan. Sebenarnya meeting lebih bermakna sebab Alyaa ada sekali. Kali terakhir penulis berjumpa dengan beliau ketika raya tahun lepas. Beliau penulis kenal sejak darjah 3 dan adalah kadang-kadang skandal. Destinasinya, Restaurant al-Rawsha Kg Pandan. Ahli meeting - Faten, Aliff, Tasha, Ayie, Alyaa dan penulis.


Jumaat malam ketika itu Kuala Lumpur memang sesak. Jalan Tun Razak, Jalan Ampang penuh dengan kenderaan. Semua sibuk nak balik kampung ataupun sibuk membeli bekalan untuk persiapan menyambut Ramadhan. Bagi kami berenam, nasi arab menjadi tumpuan. Menu yang dipilih adalah Chicken Mandy. Boleh tahanlah sedapnya dengan ada cili dan juga yogurt. S
elesai makan, destinasi seterusnya aiskrim mcd. Hohoho. Mujur orang belanja, taklah kopak sangat duit penulis. Tiap-tiap minggu kena toreh wallet cari duit. Hahaha.


Sebelum balik, Alyaa sempat kata pada penulis "tak sang
ka kita dah kenal awak almost 14 tahun.." Persahabatan yang dibina tidak akan putus jika kita tidak mahu memutuskannya. ^_^ Selamat pulang ke Indonesia Alyaa!

--------------------------------------------------------------------------------

Let's move to Satuday!
Hari sabtu yang indah. Cuaca yang sejuk di pagi hari. Pukul 5.45 pagi dah kena bangun. Bersiap-siap dengan bergayanya. Destinasi pagi ini adalah UIA. Spesifik tempat di C.A.C untuk majlis konvokesyen IIC kali ke
-6. Mak sedara penulis konvo hari ini. Mak sedara?haha. Adik bongsu ibu penulis. Baru 22 tahun. Ambil diploma perakaunan. Ayahnya iaitu atuk penulis sudah meninggal pada tahun 1992. Ibunya pula meninggal pada tahun 2007. Semenjak daripada itu, beliau tinggal bersama kami sekeluarga. Jadi, dapatlah penulis masuk ke dewan CAC untuk majlis konvokesyen beliau.

Menarik konvokesyennya. Mengambil mood sebelum konvo penulis bulan September nanti. Disampaikan oleh Tan Sri Ali Hash
im, pengerusi dewan perniagaan orang melayu yang juga merupakan bekas CEO Johor Corporation. Agak sempoi konvokesyennya. Tiada protokol yang spesifik. Penulis paling tertarik dengan persembahan koir IIC yang menyampaikan lagu medley kehidupan.Bermula daripada lagu 'ayah dan ibu', 'kejayaan' sehingga ke lagu 'bila izrail datang memanggil'. Ketika itu, ada juga penulis terlihat berjujuran air mata ibu bapa yang mendengar. Bagi penulis, sedikit je sebaknya. Sebelum tamat, mereka menyanyikan lagu '1 Malaysia'. Terbaik konvokesyen IIC!

Market juga IIC ni. Boleh tahan tempat untuk cuci mata. Segar seketika. Hahaha..

---------------------------------------------------------------------------------------
Antara yang hadir

Selesai solat zohor, penulis bersiap ke kenduri bekas rumate penulis di Beseri iaitu Imran Tuan Yaakob. Lebih dikenali sebagai T.Y. Musykil juga penulis sejak dari dulu. Nama dia Imran, semua orang panggil nama bapa dia jugak. T.Y dahulu amik jurusan perakaunan. Penulis dalam jurusan Biologi. Beliau merupakan ketua biro kerohanian yang juga merupakan ketua blok Desamara Cahaya. Setahun dengan beliau, pastilah ada yang baik dan buruk. Pernah penulis dan beliau tidak bertegur selama seminggu gara-gara salah faham. Kelakar juga. Seorang lagi rumate kami, Aniq. Badan sangat kecil walaupun tua setahun dari kami. T.Y rajin bangun awal subuh. Memang beliaulah yang mengejutkan penulis setiap pagi.

T.Y - Aniq - Aizat

30hb yang lalu, T.Y sudah ada rumate yang tetap sepanjang hayatnya. Beliau pergi ke U.S untuk mendapatkan ijazah dalam bidang sains aktuari. Isterinya juga belajar di U.S dalam bidang kejuruteraan. Mereka disatukan pada 9hb Julai 2011 di Shah Alam. T.Y menjemput ke majlis resepsi dan menyambut Ramadhan di Dewan UTM Jalan Semarak. Dalam pada masa yang sama, dapatlah penulis berjumpa dengan beberapa orang yang lama tidak ditemui. Antara yang hadir, hazman, pijol, keghe, shamin, ridhuan, abud, paan, nana, helmi, fikri, paah, syaz, hajar, aimi, dan juga den. Yang lain-lain sama ada penulis terlambat atau pun telah awal pulang. Tidaklah berminat sangat dengan makanan tetapi lebih berminat dengan jumpa rakan-rakan. Ukhwah masih lagi dirasai.


Selamat pengantin baru Imran & Izzah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. (Terasa sangat rindu kehidupan di Beseri bila memeluk T.Y)

Yang tak fahamnya, ada sorang ni tak habis-habis tanye,"bila nak datang?" Kalau setakat niat nak tunjuk BF baru ko, tak payahlah. Takde keinginan pun.



2 comments:

{ Cik Sara } at: August 3, 2011 at 12:52 PM said...

memula baca meeting, ingatkan ko buat mesyuarat tingkap plak lepas dah keluar u ni.. hahaha..

By the way, apsal ko nampak agak berisi dalam gambar tu? Terlalu happy duduk di rumah dan kurang bersenam ek? hahaha...

{ Wan Muhammad Aizat } at: August 3, 2011 at 2:34 PM said...

hahaha..gambar tuh psl baju besar n sendat ngan makanan..kalo ikotkan kurus je sbenarnye..hahaha..=p

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine