Keblinger

Keblinger

Labis-Bukit Kepong-Muar-Taman Impian Emas?

| Saturday, November 7, 2009
Hari ini penulis sudah selesai 4 peperiksaan akhir semester. Electronic system(1/11),Microprocessor(4/11),Statistic(5/11) dan Digital Signal Processing(6/11). Penulis paling suka DSP,mmg stylo exam. Boleh bawak buku & sehelai nota a4. Agak boleh jawab dengan tenang untuk DSP dgn statistic tapi ragu-ragu dengan electronic system & micro-p. Lagipun, penulis masih mempunyai 1 lagi paper iaitu Communication Principle(11/11). Masih banyak lagi masa untuk penulis menelaah subjek tersebut.

Memandangkan ada masa terluang, penulis berkenan untuk menulis sebuah lagi kisah seharian hidup penulis. Sebelum ini, penulis konvoi beramai-ramai sehingga ke Simpang Renggam untuk beraya. Seminggu selepas tarikh tersebut iaitu 9hb Okt, jiran penulis,Haziq menjemput ahli keluarga JKM KTC untuk ke rumah beliau di Labis. Beliau juga menjemput rakan sekursus beliau. Kedudukan Labis adalah ke arah Segamat dan penulis belum berpeluang ke sana. Oleh itu, penulis memanfaatkan peluang tersebut dengan meminjam kereta abg Azwar(thanks a lot). Beliau pulang ke Melaka seketika. Hanya penulis, Onn, Farid, Shaufiq, Nafis, Azim, dan Taufik yang ingin ke rumah Haziq. Azim&Taufik menaiki sebuah lagi kenderaan dan kami berkonvoi dengan hanya 2 kereta. Jam 11 pagi kami bertolak dan melalui jalan lama(jimat duit,tak kena tol). Semasa dalam perjalanan kereta penulis terlanggar serpihan kayu balak yang jatuh di atas jalan. Penulis sangkakan kayu tersebut kecil dan boleh dielak di tengah2 kereta namun terlanggar juga dan agak terlompat seketika. Mujur tak ada apa-apa yang tak diingini yang terjadi(Sorry again Abg Azwar). Kami tiba di rumah Haziq jam 1.20 ptg. Apa yang menarik, ibu beliau masak nasi putih beserta lauk. Perghhh...layan betul open house sebegitu! Selesai makan, kami solat di masjid Jamek Labis.

Jam 3 ptg, kami meneruskan perjalanan ke Muar tapi k
ali ini hanya kereta penulis sahaja yang pergi. Sebuah lagi kenderaan beralih arah ke Pasir Gudang. Kami ingin ke rumah nenek Farid yang terletak di Parit Bulat,Muar. Ayah Haziq mengesyorkan kami menggunakan jalan Bukit Kepong dan sememangnya itu niat sampingan penulis iaitu ingin melawat Bukit Kepong. Kami tiba di Bukit Kepong jam 3.45 ptg. Rumah Pasung Bukit Kepong sememangnya telah hangus terbakar dan apa yang tinggal ialah rumah pasung replika bagi mengenangkan kembali peristiwa tersebut. Peristiwa Bukit Kepong pastinya menjadi ingatan rakyat Malaysia. Setelah tingkatan 4, ramai yang telah membaca kisah tersebut malah ada filem dihasilkan berkenaan peristiwa tersebut. Penulis agak terkedu melihat tapak sejarah tersebut. Teringat kepada jasa dan pengorbanan anggota polis ketika itu yang hanya 20 org menahan asakan hampir 200 org komunis. Semangat juang mereka sangat tinggi sehingga mampu bertahan hampir 6 jam. Terdapat beberapa barang lama seperti laporan kejadian dan sebagainya di dalam muzium rumah pasung replika tersebut. Kami juga sempat ke makam pahlawan di mana menempatkan kesemua pejuang anggota polis yang terkorban. Sedih dan hiba melihat tanah perkuburan tersebut. Namun, Allah menjanjikan syurga buat para syuhada' dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang mulia..Al-Fatihah..
Tapak bersejarah Bukit Kepong

Shaufiq,penulis,Farid & Onn Di hadapan makam anggota polis yang terkorban
Seterusnya kami ke Parit Bulat. Kami tiba di rumah nenek Farid jam 5.45 ptg. Penulis sangkakan dekat Muar ni tapi agak jauh sehingga Farid membawa kami masuk ke bandar Muar dan keluar balik. Rumah nenek beliau berada berhampiran dengan Batu Pahat. Suasana kampung yang nyaman nyata memberi ketenangan kepada penulis. Rasa seperti tidak mahu pulang ke UTM. Penulis sangat tertarik dengan keadaan di rumah nenek Farid. Kami dihidangkan dengan nugget dan keropok. Setelah selesai, kami berangkat ke Kolam Air Panas Muar tidak jauh dari rumah nenek Farid. Kolam tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran. Penulis teruja untuk merendam kaki memandangkan penulis pernah ke tempat air panas di Bandung. Ternyata air kolam tersebut terlalu panas sehingga banyak kali penulis terpaksa mengangkat kaki. Yang lain seronok sehingga tidak merasa apa-apa. Di rumah nenek Farid Ketika di kolam air panas
Jam 6.50 ptg, kami meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bharu. Dalam perjalanan, Sara menelefon penulis untuk mengatakan mereka tidak mempunyai kenderaan untuk ke rumah En Nazam. Beliau meminta penulis segera pulang untuk mengambil mereka. Penulis terpaksa memandu dengan agak laju biarpun sudah keletihan. Sememangnya dalam perancangan untuk ke rumah En Nazam, tetapi penulis mengatakan kalau taknak tunggu penulis, boleh pergi dahulu. Kami berhenti solat seketika di Machap dan tiba di tol Skudai jam 8.45 mlm. Dengan kelajuan 120km/j,agak laju sebenarnya. Mujur polis tak saman.

Kerana Sara sudah mempunyai kenderaan, kami terus ke rumah En Nazam di Taman Impian Emas. En Nazam merupakan penolong pengurus asrama di kolej penulis. Kami dihidangkan dengan nasi minyak dan laksa. Paling menarik, agar-agar yang terhidang. Sarat dengan muatan di dalam perut, luas perjalanan dan pemand
angan. Itu yang mampu penulis ungkapkan untuk seharian berjalan. Kami tiba di UTM sekitar jam 10.30mlm dan badan penulis sangat letih ketika itu.
Di rumah En Nazam
Kami membelanjakan hampir RM95.50 untuk seharian perjalanan. Duit itu digunakan untuk minyak dan tol. Setelah dikira semula, penulis bersama Onn,Farid, Nafis, dan Shaufiq telah mengembara sejauh 413km. JB-Labis(155km), Labis-Muar(85km), Muar-JB(173km). Penulis beraya, melihat tempat bersejarah, tempat peranginan dan merasai suasana kampung dalam masa sehari. Penulis teruja kerana dapat mengenali tempat-tempat di dalam Johor. Terima kasih juga pada Farid, Onn, Shaufiq dan Nafis yang tidak jemu-jemu menemani penulis ketika memandu dan terima kasih juga kepada Haziq kerana menjemput penulis ke rumah beliau. Bak kata seorang teman,"watpe duk Johor kalau x jalan-jalan kt dlm negeri Johor".

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine