Keblinger

Keblinger

Pentingkan mana yang penting terlebih dahulu..

| Thursday, October 29, 2009
Hari ini penulis terasa ingin menulis sesuatu setelah menelaah pelajaran. Penulis terasa letih belajar subjek sistem elektronik & Digital Signal Processing(DSP). Memandangkan final exam sudah hampir, terpaksalah melipat kali gandakan usaha menelaah pelajaran. Tambahan pula, ini masanya untuk penulis meningkat pointer penulis yang sudah semakin merundum. InsyaAllah, penulis cuba untuk menaikkannya dan diharap pembaca semua dapat mendoakan kejayaan penulis dalam menempuh alam peperiksaan kelak.

Tengahari tadi, penulis ternampak sebuah gambar yang menceritakan sesuatu. Penulis agak terkejut sebenarnya namun tidaklah terlalu hairan. Gambar itu adalah gambar sejumlah siswi yang berada di hadapan sebuah rumah yang pernah penulis pergi sebelum ini iaitu ketika program Star v5.0. Apa yang menarik perhatian penulis ialah tarikh gambar itu diupload di sebuah laman web. Tarikh tersebut sama dengan tarikh berlangsungnya sebuah program besar di kolej tempat penulis tinggal. Penulis memandang gambar tersebut dan mendapati adanya insan yang sepatutnya terlibat di dalam program besar di kolej penulis. Agak terkilan dan sedih pabila insan yang kita percayai dan berharap memberi alasan yang tak boleh diterima akal. Apakah kerana di kolej tiada keseronokan seperti yang didapati di tempat yang kalian lebih berminat untuk pergi?adakah kerana kurangnya ukhwah yang membuatkan kalian beralih ke tempat yang lain?adakah kerana penulis sendiri yang membuatkan kalian memberi tumpuan kepada organisasi yang lain?

Penulis bersyukur kerana dikurniakan ahli jawatankuasa yang cukup mantap dan hebat. Penulis sendiri mengakuinya betapa hebatnya ahli2 di bawah jagaan penulis. Namun, kehebatan mereka sehingga mereka lebih rela membuat kerja untuk organisasi yang lain. Penulis sendiri tak faham apa keinginan mereka semua. Adakah bila diberi jawatan yang amat tinggi baru nak melaksanakan komitmen 199%???

Buat adik-adik atau sesiapa yang bakal memegang jawatan di dalam organisasi, ingatlah..anda sendiri yang memilih untuk berada di dalam organisasi tersebut. Di mana anda diletakkan, terimalah dengan hati terbuka. Anda perlu patuh pada arahan ketua jika anda mempunyai ketua. Ingatlah, kita memang boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih baik berbanding perancangan kita. Allah berfirman "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada orang yang berhak,"Surah An-Nisa',Ayat 58.

Ketika ini, perasaan terkilan penulis amat tebal dan kesal kerana penulis diperlakukan sebegini. Bukan sekali penulis dikenakan sebegini, tetapi sudah berkali-kali. Namun tiada siapa yang mengerti. Penulis mendoakan kalian dapat belajar dari kesilapan kalian dan berharap kalian tidak melakukan perkara sebegitu kepada ketua kalian kelak. Walaupun kalian tidak menyukai ketua kalian, ingatlah beliau tetap seorang ketua yang harus dihormati selagi mana tidak menyuruh ke arah kemaksiatan..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine