Keblinger

Keblinger

Lambaian Kaabah..

| Sunday, November 8, 2009
"Ummi, Ajat dah nak pegi exam..kul 9 pagi..electronic system"

"Ouhh..ummi doakan ajat boleh jwb dengan tenang..dah habis study kan?"

"hehhe..habis tuh takla sgt tapi bolehla..insyaAllah boleh jwb..ajat ingat lagi doa-doa yang ummi bagi dulu.."

"kalau stuck,bacalah doa tuh..flight ummi pegi haji dah tukar 6hb nov..kul 7 pg ummi dah kena ada kat kelana jaya..ajat ada exam kan masa tuh?"

"Laa..nape tukar pulak?ajat exam pagi tuh kul 9 pg..ckp ngan tabung haji tukar flight mlm xleh ke?xpon,lpas abes e3 nie,ajat balik.."

"tabung haji yg uruskan..nak buat mcm mana..xpelah,ajat pegilah exam 6hb tuh..along,abg ngan kakak ada..xyahlah balik..nnti 4hb-6hb ada exam kan?study awk tuh dahla x habis lagi.."

"ok..nnti ajat wat 3G pagi tuh..oklah ummi,ajat pegi dulu..assalamualaikum"

Hati penulis gundah gulana menjawab soalan peperiksaan electronic system pd 1hb nov yang lalu. Sudahlah soalannya susah, ibu bapa penulis akan berangkat mengerjakan haji pada 6 hb nov. Pada mulanya, penerbangan haji ibu bapa penulis pada 14hb nov tetapi dianjakkan ke 6hb nov. Penulis belum berpeluang untuk balik sejak cuti hari raya aidilfitri. Nyata ujian besar buat penulis. Penulis tidak dapat menatap wajah ayahanda&ibunda malahan tidak dapat mengucup pipi,tangan dan memeluk mereka sebelum mereka mengerjakan haji.

"Assalamualaikum..ajat dah bangun solat subuh?"

"W'salam..dah2..ajat baring smula je tadi..terasa mengantuk..ummi dah katne nie?"

"Ummi dah on the way nak pegi kelana jaya..along yang hantar.."

"kakak ngan abg sumer ada?"

"Ada..pagi-pagi lagi semua dah bgn nak hantar ummi..ajat exam kan?jawab elok-elok nanti..ummi dgn ayah doakan ajat boleh jawab..jgn fikirkan sgt ummi nak pegi haji nie..exam awak tuh lagi penting.."

"ok ummi..ajat pun tgh nak buat nota..buku ngan sehelai nota boleh bawak..salin spot jela..xla srabot sgt nak ingat macam-macam"

"boleh bawak buku?xleh jawab..sajela..good luck untuk ajat eyh.."

"orait..ajat sayang ummi dengan ayah"

Tatkala itu, air mata penulis bergelinangan seketika. Namun, penulis memendam perasaan kerana peperiksaan akhir Digital Signal Processing bakal menjelang jam 9 pagi. Ketika itu, penulis mendengar lagu nasyid yang nyata menyentuh perasaan penulis. Tidak tertahan rasanya air mata ini lantas berjurai mengalir ke pipi penulis.

Bahagia..seluruh semesta,
Bermula dari keluarga,
Dari titisan susu ibu tercinta,
Mengalirlah sungai kasih abadi..

Tubuh dari keringat ayah,
Kita perah pengorbanannya yang melimpah,
Derai air matanya mengalir,
Di darah kita,
Terbina cita-cita..

Rentaslah seribu lautan,
Kembaralah ke seluruh alam,
Takkan kau temui,
Semurni cinta..semurni cinta,
Keluarga...

Langkah remajamu ditusuk sembilu,
Kembara dewasamu dialik nafsu,
Ingatlah pesan ibu,
Dengarlah pesan ayah,
Kembalilah ke jalan Allah,

Sayangilah keluarga..
Di situlah bahagia..

Mata penulis agak merah dan penulis cuba untuk berhenti mengalirkan air mata. Jika tidak, pastinya pelik rakan-rakan penulis pabila menjawab peperiksaan nanti. Penulis menelefon kakak sulong penulis jam 8.15 pagi.

"Ummi flight sebenarnya pukul berapa?along dah balik ke?"

"kul 11 pagi..ummi dah masuk..kitorang pon dah on the way balik..dah banjir kompleks tabung haji tuh..kakak ngan abang x berhenti nangis.."

"haa?x berhenti lagi??ajat pun xtau nak cakap mcm mana..serabut dua perasaan..nak jawab exam jap lagi nie..camne smpai abg pon boleh nangis?"

"lama dier peluk ayah tadi..mcm xnak lepas..tahan air mata lama kot..tuh yang keluar bila nak balik..dahla,ajat fikir nk jawab exam je..tuh lagi penting..doakan ummi dengan ayah selamat sampai&selamat balik.."

"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani, Engkau rahmatilah kedua ibu bapaku..Berkatilah kehidupan mereka..terimalah amal ibadah haji yang bakal mereka lakukan..semoga mereka selamat tiba di tanah suci Mekah untuk menjadi tetamu mu..dan selamat untuk pulang supaya aku mampu untuk berbakti kepada mereka lagi..ampunkanlah segala dosa-dosa mereka kerana jasa mereka terhadapku tidak terbilang banyaknya.."

7hb nov 2009, jam 6.59 ptg, penulis mendapat mesej daripada ummi..

"Assalamualaikum..apa khabar anak-anak ummi? Ummi baru lepas lunch. Cuaca panas dan sekarang kul 150 tghari. Pagi tadi buat umrah wajib. Longgar lutut"

Semoga ummi dengan ayah tenang mengerjakan ibadah haji. Anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan ummi dengan ayah. Anakmu akan menunggu kepulanganmu 20hb disember ini.

-7.15 pagi,9/11/2009-

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine