Keblinger

Keblinger

Masihkah Kau Ingat..........

| Friday, October 9, 2009
Hari ini hari Jumaat,penghulu segala hari. Penulis terasa sunyi dan seakan-akan kosong memikirkan kehidupan di Universiti Teknologi Malaysia yang tercinta. Adakalanya seronok,adakalanya menyakitkan dan adakalanya mematahkan semangat kita. Penulis tidak pasti sampai bila perasaan ini akan berakhir. Tempoh perkhidmatan penulis di Kolej Tuanku Canselor hampir berakhir. Perasaan gembira tak terhingga sudah terbayang namun apakah kegembiraan itu dapat mengembalikan apa yang telah terlepas selama ini.Penulis cuba menilai apa yang telah dilakukan selama 10 bulan memegang amanah yang amat berat. Adakah penulis dapat mengangkat sebelah kaki yg telah diletakkan di dalam neraka atau kedua-duanya dalam neraka?

"Ya ALLAH..Ampunkan dosa hambaMu ini..hambaMu ini telah melakukan apa yang terdaya untuk memikul amanah yang telah diberikan..namun,banyak perkara yang hambaMu ini lupa dan lalai serta gagal menjalankan amanah tersebut..dosa hambaMu ini ibarat pepasir di pantai yang tidak terkira banyaknya..selamatkanlah aku daripada seksa api nerakaMu Ya ALLAH..."

Buat teman-teman seperjuangan dalam organisasi penulis,penulis memohon kemaafan seinfinitinya andai penulis ada tersilap kata,terkasar bahasa,terguris hati dan sebagainya. Penulis tahu banyak kekurangan semasa penulis memegang jawatan panas tersebut dan banyak kecelaruan yang terjadi. Organisasi kita menjadi antara yang terburuk dalam sejarah. Namun,segala pengalaman yang dirasai diharapkan dapat
menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri kalian bagi menghadapi tahun 2010 yang bakal menjelma. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat mereka-mereka yang telah berkhidmat dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penulis terutamanya Sakinah, Onn, Azizat, Fiza, Sara, Ana, Farid, Intan, Taufik, Aisyah, Azim, Madihah, Nafis, Hadijah, Haziq, Dilah, Izzat, Shaufiq, Hassan, Hasrul, Hafiz, Syazreen, Daud, Idayu, Hazwan, Fareha.

Buat adik-adik yang bakal meneruskan tempoh perkhidmatan, ingatlah..jawatan bukan untuk dikejar tetapi satu amanah yang perlu dipikul dan perlu dijawab ketika di akhirat sana. Tempoh perkhidmatan penulis mungkin sudah tamat, namun adakah penulis mampu menjawab pabila berhadapan dengan Allah S.W.T kelak?

Sokonglah sesiapa sahaja yang bakal menjadi pengerusi pada tahun depan. Jangan kerana anda tidak mendapat jawatan yang anda inginkan,anda meninggalkan terus organisasi tersebut. Janganlah jadikan jawatan sebagai alasan untuk kita tidak menunaikan amanah kerana itulah yang akan menjadi bahan untuk dipertikaikan tatkala anda berkhidmat nanti. Ingatlah pesan ini walaupun tidak seberapa. Belajarlah daripada kesilapan yang berlaku pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine