Keblinger

Keblinger

Hari Raya Aidilfitri 2009..

| Thursday, October 8, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga penulis menyiapkan layout blog ini.Ini kali pertama penulis membuat blog walaupun hasilnya takla seberapa(belum khatam belajar lg). 1 Syawal telah menjelma setelah semua umat Islam mengharungi bulan Ramadhan selama 1 bulan. Apa yang pasti, ramai mendapat rahmat dan ganjaran pahala puasa malahan ada yang memperolehi ganjaran malam lailatul qadar. Apakah mungkin kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..?sama-sama kita renungkan..

Menjelang hari raya aidilfitri,seperti biasa penulis tetap pulang ke kampung halaman iaitu di Pasir Pekan,Kelantan. Keluarga penulis bersetuju untuk pulang pada hari sabtu(19/09/2009) memandangkan penulis baru sahaja pulang dari dr johor pada hari jumaat(18/10/2009). Perjalanan dimulakan tepat pada pukul 6 pagi setelah selesai solat subuh. Terlalu ramai anak perantau di bandar sehingga kami tiba di Pasir Pekan jam 5.04 ptg.11 jam perjalanan!kaki cramp,pinggang tergeliat,otot2 kejang tetap dirasai.(21 thn dah balik kelantan,xdela rasa sangat..).

Apa yang menarik dalam Aidilfitri kali ini,penulis memasuk
i selatan Thailand pada 3 Syawal tanpa menggunakan passport. Hanya menyeberang menggunakan perahu seperti PATI(pendatang asing tanpa izin). Alhamdulillah,tiada apa yang berlaku. Sepanjang hidup penulis,ini kali pertama penulis melakukan kerja sebegitu.

"Dulu masa kecik-kecik,ayah dgn cik long banyak kali seberang golok..siap sampai pattani lagi..sekarang pon duk wat lagi..xde papepon jat", kata ayah.

"Ummi pon slalu ikot Tok Boh naik perahu masuk siam
.tentera Thailand bukan cek pon.dier tgk je kt tepi sempadan tuh.",Ummi pulak cerita.

Sebelum kami seberang ke Golok, penulis berpeluang untuk solat di Masjid Beijing di Rantau Panjang. Penulis kagum dengan senibina masjid tersebut. Memang terasa di China. Kata salah seorang rakan, masjid ini dibina hasil ilham Menteri Besar Kelantan ketika beliau melawat China.
Mimbar
Masjid BeijingPintu Gerbang MasjidPenulis di hadapan Masjid
Tiba di Rantau Panjang, penulis terus menaiki perahu yang di maksudkan. Gambaran penulis,sempadan Rantau Panjang-Golok adalah sungai yang lebar dan besar. Rupanya,dua kali kayuh pendayung sudah sampai. Sememangnya banyak bot yang membawa orang Kelantan dan Siam berulang-alik. Seorang hanya perlu membayar RM1.

Sempadan Malaysia-Thailand


Tiba di Golok,penulis dibawa melawat semua rumah saudara-mara. Nenek penulis sememangnya berasal dari Pattani. Kesemua adik-beradik beliau menetap di Golok ataupun di Pattani. Hanya beliau menetap di Pasir Pekan setelah berkahwin dengan Tok Wan. Kerap kali juga kami pulang ke Golok. Apa yang menarik di Golok, semua makanannya pelik dan manis. Penulis agak gemar ke sini kerana makanannya. Bahasa juga salah satu tarikan. Penulis sempat juga belajar beberapa perkataan baru dalam bahasa siam. InsyaAllah,cukup 50 tahun penulis fasih berbahasa siam(hehe...).Antara hidangan kuih yang disediakan
Kuih seakan-akan Apam Balik
Favourite penulis(dah lupa nama kuih)

Menjelang jam 8.43mlm(9.43 mlm jam Malaysia),penulis bertolak pulang ke Malaysia.(macam jauh je kan..) Penulis diberitahu atas permintaan ramai,perkhidmatan bot dilanjutkan selama 24 jam. Ayah dan ummi bagitau,ini kali pertama mereka menyeberang sempadan pada waktu malam. Sepupu kami mengatakan InsyaAllah selamat. Tiba di Pengkalan Tok Awang,pemilik bot sudah sedia ada untuk membawa kami bertujuh pulang ke Rantau Panjang.

Apa-apa pun,pengalaman tetap pengalaman. Penulis berasa teruja dapat menjadi PATI di negara orang. Penulis tidak menggalakkan untuk pembaca mengikut apa yang penulis lakukan tetapi sekali-sekala apa salahnya. Pengalaman di Golok menjadi satu pengajaran buat penulis. Negara kita aman damai tanpa sebarang kekacauan berbanding di sana. Penulis melihat ramai tentera berkawal untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Oleh itu, sayangilah tanah air kita.
Bergambar sebelum pulang ke Malaysia

p/s : Sesiapa yang berminat nak ke Golok,boleh ikut penulis pulang ke Kelantan ^_^



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine