Keblinger

Keblinger

Wang Hantaran : Realiti Kehidupan?

| Saturday, April 9, 2011
Sedar atau tidak, kini umur kita semakin lanjut. Melihat kawan penulis Ahmad dan Abu Bakar, rakan seperjuangan di MRSM Beseri sudah mendirikan baitul muslim. Tersedar di hati, sudah sampai masanya untuk mengetuk pintu alam dewasa. Alam pekerjaan, alam perkahwinan, alam pertanggungjawaban. Bila pulang ke rumah, penulis masih melihat penulis sebagai anak bongsu yang baru hendak masuk ke sekolah. Sedangkan kakak dan abang penulis sudah pun berada di alam pekerjaan. Malahan, kakak sulung penulis sudah pun berkahwin lebih 4 tahun lamanya.

Ok, kita tinggalkan soal pekerjaan dulu.
Kita berbicara berkenaan dengan alam perkahwinan. Penulis tau, bila dipostkan entri berkenaan perkahwinan, pasti ramai menyangkakan penulis sudah mahu mendirikan rumahtangga. Benar, itu benar. Penulis mempunyai keinginan untuk berumahtangga. Mempunyai seorang isteri yang sentiasa menemani, membantu, memberi semangat, memberi kasih sayang dan juga tawa anak-anak yang menceriakan suasana. Itu impian ramai orang melainkan sememangnya taknak berkahwin. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Kita hanya mampu berdoa, merancang apa yang kita rancangkan itu selari dengan rancangan Allah. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat sekalian manusia.
Isu yang paling menarik dalam soal perkahwinan adalah berkenaan wang hantaran. Apabila seorang lelaki sudah bersedia untuk berkahwin dengan perempuan, apa yang menghalang adalah berkenaan dengan wang hantaran. Apabila merisik dan sudah mengikat ikatan tali pertunangan, perkara mengenai perkahwinan dibicarakan. Salah satunya, wang hantaran. Diminta jumlahnya, terus menerus diberitahu RM10,000. RM10,000?kerana apa?kerana itulah jumlah minimum untuk keadaan sekarang. Tambahan pula, pengantin perempuannya lulusan ijazah universiti terkemuka di Malaysia. Kalau luar negara?RM20,000 kah?Ditanya mengapa sehingga RM10,000, jawapannya adalah kerana harga barang sudah semakin naik. Harga gula dulu RM1.45, sekarang dah RM2.10. Duit hantaran itu untuk majlis sebelah pengantin perempuan juga. RM10,000 tu cukuplah untuk majlis. Kalau RM1000 je, kecil-kecilan sahajalah. Mungkin sekadar mengajak sanak saudara yang rapat sahaja. Untuk lelaki, hendak mengumpul RM10,000 bukan perkara mudah. Itu tidak termasuk untuk membeli rumah, kereta dan juga tanggungjawab terhadap ibu bapa lagi. Jika anak sulung, hendak diambil tahu pula dengan adik-adik lagi. Tidak termasuk hutang PTPTN ketika belajar dahulu. RM10,000 dah lesap untuk diberi wang hantaran. Majlis pihak lelaki takde?cincin lagi,bayar tok kadi lagi, dulang-dulang hantaran lagi, cameraman, pelamin, baju pengantin. Mungkin kenaikan harga gula hanya diaplikasikan kepada perempuan sahaja kot. Kalau lelaki, harga gulanya rendah sikit. RM1.45 lagi barangkali. Sehinggakan ada ungkapan, "Kalau takde RM20,000, tak payah berangan nak kahwinlah.."

Realiti bukan?Menjadi seorang lelaki untuk mengahwini seorang perempuan memang susah. Sebab apa susah?sebab kita sebagai manusia suka menyusahkan. Kita suka bab menyusahkan kerana dilihat sebagai cabaran dalam hidup. Bagi lelaki, RM20,000 sudah hilang dan ditambah pula dengan menanggung dosa isterinya pula. Benar, mampu itu penting. Tapi, sejauh mana perkataan 'mampu' itu dalam memberi maksud sebenar. Per
kahwinan grand smpai habis RM20,000. Selesai perkahwinan, makan meggi hari-hari. Isteri melenting. Mengadu pada mak. Tak sampai sebulan, bercerai. Kerana apa?kerana suami tidak memberi nafkah. Dah tau suami tuh tak mampu nak bagi hantaran sampai RM10,000, kenapa diminta jugak?dipaksa jugak?kalau tak sanggup bayar, taknak kahwin. Besarnya pengaruh perempuan ini. Sanggup pulak keluar ayat "kalau tak sanggup bayar duit hantaran, kita tak payah kahwinlah..". Tulus hati lelaki ini untuk memenuhi hasrat pihak perempuan. Ikat perut, kerja lebih masa, hutang sana-sini. Akhirnya, cerai juga destinasi terakhir.

Melihat siapa bakal berada di kerusi sebelah penulis..

Beberapa orang cuba penulis terokai pendapat mereka dalam isu ini. Beberapa orang respon dengan agak baik. Penulis hanya simpulkan dalam banyak-banyak pendapat. Pertama, perempuan sendiri mempunyai kuasa tertinggi dalam menentukan jumlah wang hantaran untuk perkahwinannya. Walaupun perempuan itu milik keluarga tetapi yang berkahwin adalah perempuan itu. Jadi, beliau mempunyai hak dan jika diminta tinggi-tinggi kerana tingkat pelajarannya, fikirlah sendiri. Sepatutnya difikirkanlah untuk orang yang hendak bayar. Kedua, kesepakatan itu penting. Dalam isu ini, perbincangan sesama bakal pengantin lelaki dan perempuan paling mustahak. Timbul keserasian di situ yang uta
ma. Barulah dibincangkan bersama keluarga. Perlulah diyakinkan keluarga untuk bersetuju dengan kesepakatan yang dicapai demi merealisasikan impian membina rumahtangga. Terima kasih kepada yang respon. Mungkin ramai yang sedar untuk meletakkan jumlah wang hantaran yang rendah. Tapi, berapa ramai yang sedar untuk memberi kesedaran kepada keluarga berkenaan perkara begini terutamanya kepada ibu bapa? Yang ditakuti, adalah cakap-cakap orang sekeliling.

Penulis sekadar berkongsi apa yang dalam fikiran dan cakap-cakap orang sekeliling mengenai isu ini. Tergerak hati untuk mendapatkan komen beberapa orang. Ramai yang pasti tidak akan bersetuju berkenaan dengan apa yang penulis tulis ini. Yang dipentingkan adalah majlis perkahwinan yang dipenuhi dengan tetamu kehormat, lampu neon berwarna warni, keempukkan pelamin yang terserlah warnanya, kad kahwin yang dicetak dengan penuh artistik, dan boleh dicalonkan untuk 'wedding of the century'. Alam perkahwinan kita?hanyalah besi buruk, berhabuk, usang, tilam yang keras macam batu, makan pun megi super perisa kari 2x sehari. Pintu gerbang kalau macam istana Queen Elizabeth tapi rumah macam kandang kambing terbiar 58 tahun baik takyah. Bersederhanalah kita..

Sekadar coretan apa yang tercalit di hati..^_^

Bulan Disember... =)

1 comments:

{ faiza } at: April 10, 2011 at 6:36 PM said...

Semoga bertemu jodoh :)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine