Keblinger

Keblinger

Politik:Peduli atau tidak?

| Saturday, April 9, 2011
Isu sensitif?terutamanya untuk mahasiswa?yang belajar di IPTA?Politik negara atau politik kampus?mahupun politik luar negara?
Seringkali kita menyamakan politik = kotor. Ramai orang muda sekarang di Malaysia menyatakan politik di Malaysia sangat kotor. Dipenuhi dengan korupsi, rasuah, pecah amanah, tuduh menuduh, skandal seks, tikam belakang, lompat parti, dan pelbagai lagi tomahan dilemparkan. Semuanya hanya terpampang di media dan terus ditafsir sendiri. Mungkin penulisan penulis ini juga boleh disalah tafsir. Melalui percakapan, penulisan mahupun penyertaan mana-mana program membolehkan kita selaku pemerhati membuat kesimpulan di pihak manakah orang itu berada.

UMNO?PAS?PKR?DAP?MCA?MIC?SNAP?GERAKAN?SUPP?PPP?

Itulah parti politik yang dominan dalam arena politik negara kita. Tidak dicampuri dengan wakil rakyat BEBAS ataupun parti baru iaitu KITA. Pilihanraya umum 2008 menyaksikan tsunami politik melanda Malaysia. Dikatakan tsunami memandangkan Barisan Nasional gagal mempertahankan kerusi 2/3 dalam parlimen. Malah, Barisan
Nasional kehilangan 4 buah negeri serta gagal mengambil alih kerajaan negeri Kelantan. Sebaliknya, DAP menguasai Pulau Pinang, PKR mendominasi Selangor dan PAS berkuasa di Kedah, Perak dan terus mempertahankan Kelantan. Disifatkan antara kekalahan terburuk bagi Barisan Nasional. Bagi Pakatan Rakyat pula, kekalahan terburuk mereka adalah ketika pilhanraya umum 2004 di mana PAS kehilangan negeri Terengganu dan banyak kerusi-kerusi di Kelantan berjaya ditawan BN. Setahun memerintah, Perak kembali ke pangkuan Barisan Nasional setelah tiga ADUN nya mengisytiharkan keluar parti dan menyokong BN. Itulah kisah politik Malaysia. Sekarang tempoh berkempen untuk pilihanraya DUN Sarawak setelah dibubarkan bulan lepas.

Kita sendiri yang menentukan..

Persoalannya, berapa ramai orang muda sedar atau cakna dengan berita ini?

Semalam, penulis mendengar sesuatu yang diluahkan oleh seseorang. Penulis akui, betul kata-katanya. Penuh semangat petah bicaranya. Manusia bebas menafsir. Tidak ketinggalan penulis. Penulis turut sama membuat tafsiran. Pandangan penulis ketika bicara itu, beliau cuma untuk membuka mata penulis supaya melihat politik Malaysia dengan lebih meluas. Beliau menegaskan kita perlu ada 'politic stand'. Menggambarkan seolah-olah penulis merupakan pengundi atas pagar. Mendengar telahan beliau, penulis boleh mengagak parti mana beliau sokong. Sekali lagi penulis tegaskan, penulis cuma membuat tafsiran dan tidak semestinya betul. Cuma, apa yang penulis ingin perbetulkan adalah penulis bukanlah pengundi atas pagar. Melihat mana yang majoriti dan sokong. Penulis juga mempunyai politic stand tersendiri. Penulis juga mengkaji pergerakan politik negara dan juga politik kampus. Memerhati, membuat tafsiran, mencari, berjumpa dan meletakkan asas untuk menyokong. Benar, adakalanya penulis salah menafsir. Namun, semuanya dilakukan berdasarkan apa yang dikaji. Adakah penulis berada dalam dunia sendiri?mungkin ya, mungkin tidak. Hakikatnya, penulis bukanlah pengundi atas pagar, dan tidak mengambil tahu isu-isu politik negara. Cuma, dilihat seolah-olah tidak ambil peduli. Takkan semua pergerakan kita harus diberitahu kepada orang ramai kan...

Semalam berkesempatan melihat gelagat salah seorang berpengaruh di UTM. Kelakar, penuh jenaka dan menghairankan. Profesional itu penting walaupun menegakkan bahawa itu adalah menjadi diri sendiri..

^_^

Tiada sebarang niat untuk menuding jari kepada sesiapa. Sekadar menulis apa yang terbuku di hati..~

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine