Keblinger

Keblinger

Sekadar bergurau je..

| Thursday, April 21, 2011
Mendiamkan diri buat seketika. Bila dilihat semula, baru 4 entrie untuk bulan April ni. Permulaan kemain meriah dengan "Welcome April". Isi dalam kosong je. Takpe, kesibukan dengan PSM ternyata membantutkan sedikit penulisan. Belum lagi ditambah dengan keadaan internet yang kurang mengizinkan. Maxis sudah exceed limit. Dalam sibuk-sibuk PSM, boleh lagi pergi ke Dinner Faculty, Steambot, Fiesta Durian, Ayer Itam. Ayer Itam?hehe..

Serabut dengan PSM, sampai ke Ayer Itam penulis pergi. Bersama-sama dengan Ziantty, Zaida dan Sasa. Asalnya pergi ke Mydin, akhirnya ke Ayer Itam dan terus ke Yong Peng. Niat mereka untuk membeli barang untuk projek GOP mereka. Niat penulis?release tension PSM dengan berjalan-jalan melihat pemandangan. Melihat suasana kehidupan. Melihat keadaan sekeliling sebelum meninggalkan bumi Johor untuk tempoh beberapa hari lagi. Baru penulis tahu, kalau nak mencari barang perkahwinan, Ayer Itamlah tempat yang paling sesuai. Murah,banyak pilihan dan banyak tawaran. Bertolak dari Skudai jam 7 malam, sampai semula di UTM jam 12.30 tengah malam. By the way, it is very nice journey!


Projek Sarjana Muda. Tempoh selepas itu sangat mencabar. Bermula dengan pertukaran board dari doughnut board kepada strip board. Gara-gara tidak stabil voltage supplynya. Seterusnya, pertukaran dari penggunaan bateri kepada adapter. Hasilnya, IC terbakar lebih kurang 23 jam sebelum presentation. Terbaik!itu penulis akan ceritakan dalam entrie yang akan datang. Di mana penulis bersiap, ambil passport dan seterusnya ke Singapura mencari Element14. Lucu juga apa yang berlaku.

Seterusnya, penulis hendak ceritakan berkenaan dengan gurauan. Gurauan sesuatu yang sensitif. Bagi sesetengah pihak. Penulis juga turut sama boleh bergurau. Benar, ada panggilan tertentu buat penulis. Penulis anggap seperti untuk berjenaka. Menceriakan suasana. Menerima dengan hati terbuka. Tetapi, untuk sesetengah pihak, yang menganggap perkara itu serius, penulis sedikit terkilan. Sehingga hendak menulis panjang-panjang. Kamonlah, takkanlah hendak mewujudkan suasana ceria tak boleh?itu pun nak serius yang mungkin. Penulis bertekad untuk tidak lagi berjenaka dengan orang itu. Kalau begitu sudah terasa, susahlah. Takpelah, go as you want. I don't care!you just a little pieces in this world. Penulis sendiri tak faham apa yang ditulis. Hahahaha..

Cukuplah untuk hari ini. Sekadar meringkaskan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini. Nanti penulis ceritakan secara spesifiknya. Anyway, I really enjoy 3 events with my SEP course mate.
One steamboat created desire for Durian Festival which triggered 3 games of Bowling & 32 arrows for Archery and ended up with Kacang pool..What's next?

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine