Keblinger

Keblinger

Gara-gara IC Terbakar..

| Tuesday, April 26, 2011
Selesai sudah peperiksaan terakhir yang pertama dalam semester terakhir dan tahun terakhir. Alhamdulillah, bolehlah jawab peperiksaan Kepintaran Buatan tuh. Kuat study? tak jugak. Sekadar mengulangkaji apa yang tertulis dalam hint yang pensyarah bagi.
Entrie bertajuk 'gara-gara IC terbakar'. Semuanya berlaku pada 14hb April. 15hb April masa untuk penulis present Final Year Project II. Biasanya pada masa ini, semua projek sepatutnya sudah disiapkan. Tapi, ketika itu, penulis terpaksa mengubah segalanya. Gara-gara tidak menjadi. Penulis terpaksa tukar dari doghnut board kepada strip board kerana wayarnya sering tercabut. Sebelum itu, penulis juga dicadangkan untuk menukarkan power supply daripada menggunakan bateri kepada menggunakan adapter 12V. Tinggal 4 hari, macam-macam hendak ditukar. Mujur ada yang sudi membantu.
14hb April, masa untuk mencuba projek. Ketika itu, projek penulis sudah siap dipatri dan tinggal untuk bagi voltan. Dengan penuh keyakinan ketika itu, sambungan wayar diletakkan. Plug dipasang. Apabila ditekan, LCD screen seperti terkena renjatan. Ketika itu, dirasakan IC sangat panas. Plug ditutup, diperiksa lagi. Kemudian dibuka semula sehing
ga 3 kali. Setelah diselidik semula, rupanya penulis supply 12V kepada IC sedangkan maksimum yang boleh diterima adalah 5V. Ketika itu, ucapan "tahniah aizat!" hanya kedengaran dalam hati penulis. IC tu hanya ada satu. Kalau hendak lagi, perlu dibeli di Elemen14. Tempatnya hanya di Subang Jaya ataupun Singapura. Jam ketika itu menunjukkan 12.40 p.m. Segera dicari dalam internet, penulis bertekad untuk ke Singapura. Penulis sempat membeli kuih untuk alas perut. Tiba di bilik, dicapai passport dan ditulis 'white card' untuk masuk Singapura. Selesai solat zohor, penulis terus ke JB Central.Inilah IC nya

Pecutan sehingga 120km/j di jalan Skudai. Penulis tiba di JB Central jam 2.20 petang. Penulis sudah mendapatkan arah untuk ke Element14. Penulis juga dibekalkan dengan iPhone yang mempunyai GPS. Duit juga selesai ditukar. Penulis meneruskan perjalanan ke Singapura. Kurang sesak cuma basnya sahaja lambat sedikit. Setibanya di Checkpoint Woodlands, hujan lebat. Hujan yang sangat lebat beserta kilat sabung menyabung. Terdetik di hati, macam mana nak pergi ke sana. Payung takde. Takkan nak guna beg aje? Tapi, biarlah basah sekalipun, janji dah dapat IC nya. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Penulis dalam MRT dari Kranji ke Eunos.

Mengikut apa yang diberitahu, "Sampai stesen Eunos, amik bas(25,51,854), pergi ke Huogong Avenue 3. Berhenti bila nampak bangunan Element14. Nak balik, amik bas mana-mana(better 55), berhenti kat Eunos N02."Penulis tiba di stesen Eunos jam 4 petang. Mengharapkan Element14 tutup jam 5 petang supaya sempat penulis tiba di sana. Penulis bertanya kepada warga tempatan mengenai Huogong Avenue 3. Ada yang tidak mengetahuinya. Sehinggalah penulis jumpa dengan seorang makcik.

"Makcik, saya nak tanya, kat mana nak tunggu bas nak pergi Huogong Avenue 3?"

Makcik itu seperti tidak mahu menjawab. Seolah-olah penulis ini peminta sedekah pula. Terpaksa penulis menyakinkan yang penulis dari Malaysia yang ingin pergi ke Element14. Mujur makcik tersebut sudi memberi arah. Penulis menaiki bas no 51. Bas 2 tingkat. Ketika itu, tiada idea sama ada bangunan itu di sebelah kanan atau kiri. Dan macam mana nak tahu dah sampai Huogong Avenue ke belum. Sedang di dalam bas, penulis terpandang Huogong Avenue 3. Tetapi, mana hendak dilihat bangunan Element14? Penulis dapat melihat banyak kilang-kilang tapi Element14 tidak juga kelihatan. Sehinggakan penulis melihat Huogong Avenue 2. Firasat penulis, sudah terlepas. Penulis berhenti di depan sebuah Apartment.

Hujan masih lagi lebat. Penulis bertanya kepada orang yang menunggu di perhentian bas itu. Majoritinya tidak tahu bila ditunjukkan alamat Element14. Kematu penulis ketika itu. Teringat pada iPhone yang diberi. Penulis cuba untuk membuka GPS. Ditekan pada Premium Navigation seperti mana diajak oleh rakan penulis. Sehingga 10 minit searching. Tiada sebarang perubahan. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Harapan semakin malap. Penulis pergi ke arah bertentangan. Bertanya lagi. Jawapan yang sama. Semuanya tidak tahu di mana. Penulis terduduk hampir 20 minit di situ. Tiada apa yang mampu dilakukan. Tidak boleh menghantar mesej, panggilan tidak boleh dilakukan, keseorangan, kesejukan di kaki gara-gara air hujan, hujan yang lebat dengan masa semakin suntuk dan tidak tahu di mana Element14.

Penulis melihat semula iPhone itu. Ditekan pada map. Ditekan pada show on map. Akhirnya, terpampang di mana kedudukan penulis ketika itu. Sudah terjangka, sememangnya penulis sudah terlepas. Tetapi, yang ditunjukkan adalah Tai Seng Avenue. Alamat Element14 adalah Tai Seng Dr. Ketika itu, sinar kembali semula. Dilihat jam sudah menunjukkan 5 petang. Masih ada harapankah?Penulis pergi ke arah bertentangan. Menaiki bas bernombor 55. Menggunakan GPS. Akhirnya, penulis berhenti di tempat yang sepatutnya. Jam sudah menunjukkan 5.15 petang. Penulis berjalan kaki sehingga ke tempat yang sepatutnya. Setibanya di Tai Seng Avenue, masih tidak lagi kelihatan Element14.

Penulis terkedu di situ. Hujan masih lagi renyai-renyai. Penulis bertanya kepada seseorang.

"Do you know where is Element14?"

"I'm not sure. But, do you have the address? I can tell if you have the address."

"Ouh. It should be at this direction. This is Tai Seng Avenue. That is Tai Seng Drive"

Rupanya Tai Seng Dr tuh Tai Seng Drive. Jalan yang penulis sudah lalui sebelum ke Tai Seng Avenue. Penulis berpatah balik sambil berlari-lari anak. Rupanya, penulis sudah lalu di sebelah bangunan Element14. Bangunan itu di sebelah kiri. Penulis pergi ke sebelah kanan. Ketika itu, rasa sangat lemah dan ruginya. Dilihat pada jam sudah menunjukkan 5.35 petang. Penulis masuk ke dalam kawasan dan berpusing pula bangunan itu untuk mencari pintu masuk. Setibanya di pintu masuk, terkejut pula penulis. Mana kedainya?

"You want to buy component?it is at 3rd floor"

"Thank you. Is it still open?"

"Yes. Sure. Go ahead"

Akhirnya, penulis menjejakkan kaki ke kedainya. Jam 5.50 petang. Dalam keadaan berpeluh dan sedikit basah, akhirnya tempat yang hendak dituju tiba jua. Penulis bersyukur kerana kedai masih dibuka. Penulis bertanya kepada yang menjaga kaunter. Element14 ditutup jam 6 petang. Fuhhh!lega!Penulis berjaya mendapatkan 2 keping IC. Tersenyum lebar wajah penulis ketika itu. Akhirnya tercapai juga hasrat penulis. Penulis berhenti mengerjakan solat asar terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia. Sempat juga penulis melihat pelbagai tempat makan melayu di Eunos. Malahan kacang pool juga kelihatan. Sepanjang hari, dengan hanya minum air dan 3 keping kuih. Menyeberangi selat tebrau untuk 2 keping IC. Penulis tiba di Malaysia jam 8 malam dan senyuman makin melebar bila bertemu semula dengan Muhsin dan Jad. Pulang dengan harapan untuk siapkan PSM.

Inilah ceritanya. Inilah kisah PSM. Kisah yang bakal mengingatkan kita tentang apa yang berlaku. Kenangan yang manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. Apa yang pasti, penulis telah laluinya dengan penuh liku-liku hidup. Terima kasih tak terhingga kepada yang membantu walaupun dengan hanya 'good luck'. Penulis sangat menghargainya.

-Singapura dengan Malaysia dekat je..-

1 comments:

{ Adam Ruslan } at: May 11, 2011 at 12:09 PM said...

Letih jugak nak baca cerita dengan kata ganti nama 'penulis' ni. Hahah.

Apa-apa pon, cabaran PSM memang macam-macam.

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine