Keblinger

Keblinger

Bila selalu sangat kata 'janji melayu'...

| Thursday, April 21, 2011
Cetusan hati membuihkan perasaan yang boleh diwacanakan dalam bentuk penulisan..
Cukup untuk ekspresikan apa yang terbuku dalam ruangan hati..

"Esok pukul 6 petang kat court badminton..ok?kul 6 petang dah ada..kita gerak.."

"alaa..cakap je pukul 6..kul 6.30 jugaklah tuh bertolak..tau sangat dah..'janji melayu'..."

Esoknya, pukul 7 malam baru bertolak. Sebab?sebab semua orang fikir pukul 6.30 petang baru nak gerak. Pukul 6?kosong court badminton. Mungkin orang gila je yang tunggu pukul 6 petang tuh kot. Pukul 6.30 petang terkedek-kedek seorang demi seorang sampai. Dah sampai, langsung takde rasa bersalah. Siap leh cakap, "alaa..takkan tak paham lagi kot..standard ar lambat sikit..". Kalau lambat 5 minit, bolehlah cakap lambat sikit. Kalau lambat sampai 30 minit?takkan dah masuk universiti tak tahu maksud 'lambat sikit' tuh?
Penulis sekadar menulis untuk ekspresikan apa yang terbuku dalam fikiran. Berkenaan dengan janji melayu. Janji yang dah diisytiharkan sebagai melayu punya. Kaum lain tak boleh amik gelaran janji ini dari kaum melayu. Susah agaknya nak berjanji dengan melayu ni. Tapi, bila bab bekerja, ataupun berjanji dengan orang lebih besar, bos, ataupu
n pangkatnya super duper lagi tinggi dari kita, 30 minit sebelum dah boleh pacak kat pintu. Bila berjanji dengan kawan, 15 minit dah berlalu pun, baru nak langkah kaki masuk bilik air untuk amik air dalam heater, panaskan, dan minum dulu!Sadisnya kita. Double standardkan kawan kita sendiri. Dengan bos, atau orang lagi tinggi kedudukan kita, punyalah hormat. Dengan kawan?hormatkah kita?Adakah kawan kita mempunyai masa terluang macam kita?mana tau kawan kita dah providekan masa 2 jam sahaja untuk kita tapi kita extendkan sampai 4 jam. Lagi 2 jam kita ke yang nak ganti?

Belum sampai lagi yang perangai marah bila tunggu orang. Tapi, bila kita yang ditunggu, muka dek je. Tanpa terbit secebis rasa bersalah langsung. Alasannya, 'kalau aku siap awal-awal pun, korang tak siap lagi jugak. Lambat jugak jadinya". Kalau semua orang berfikir macam tuh, susahlah. Semua fikir kalau janji pukul 9, pukul 9.30 lah bermulanya. Bila kita hendak berubah?bila?bila?bila?

"Kita marah kalau tunggu orang..tapi, kita tak pernah rasa orang marah bila tunggu kita.."

Renungan buat diri sendiri...
Tolonglah wahai bangsaku..berubahlah..Islam menyuruh menepati janji, kita pula memungkiri janji..agama lain pula lagi tepat janjinya..

1 comments:

{ MaJiDaH } at: May 26, 2011 at 2:46 AM said...

Erm, sgt like post nie.. Sesungguhnya masih ramai yg x menepati waktu~~

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine