Keblinger

Keblinger

Back to My Blog

| Monday, February 8, 2010
So long..so long..sooooo looooonnnggg....

Lama terasa tak updatekan blog..terbengkalai macam tuh je..keinginan untuk menaip tak dtg..so,kena terimala tak menaip..hehehe..

Hujung minggu lepas iaitu hari sabtu..penulis terlibat dalam program sehari bersama @lambaian. Program yang sebenarnya amat bermakna untuk yang akan meninggalkan UTM dan memulakan karier masing-masing pada masa depan. Setiap program pasti meninggalkan kesan pahit dan manis untuk dikenang sepanjang zaman. Tetapi, sayang..kita tidak boleh merekod setiap perjalanan kehidupan kita tetapi yang hanya boleh diingat sekadar di dalam memori. Penulis merupakan timbalan pengarah program tetapi penulis diberi tanggungjawab untuk menguruskan barbeque pada malam tersebut. Kerisauan dan keresahan sentiasa berlaku sepanjang masa. Sehinggakan, penulis hanya mampu menyertai program itu pada jam 9 pg - 1 ptg saja. Selebihnya penulis terlibat untuk penyediaan barbeque dan juga persembahan. Untuk persembahan, ini kali pertama penulis menyanyi di khalayak ramai dan thanks to Erizu, Haziq, Cipun dan Ijat yang sedia menjadi 'backdrop' penulis. Setidak2nya, kalian yang menjadi perhatian..hahahhaha..

Back to the program story, sebenarnya penulis sangat tertekan pada hari sabtu pagi..kerisauan berganda-ganda memikirkan aktiviti malam itu dengan peralatan yang masih belum mencukupi. Sehingga pada jam 3.50 pagi penulis setia menanti Cipun menyiapkan aktiviti yang hendak dilakukan pada malam itu. I never had this overstress in my life. Kerana terlalu tidak dapat berfikir, penulis menghantar sms kepada seseorang. Hampir 3 page lebih penulis menaip sms tersebut dan penulis tidak mengharapkan beliau reply sms penulis. Jam 4.15 pagi, penulis terlelap. Tersedar jam 6.40 pagi, perkara pertama penulis melihat adalah hp penulis. Tertera msg dari beliau. Mudah dan ringkas jawapannya. "i know u can do that,i'Allah,...I pray for u.."

Terharu penulis membaca sms tersebut. Sms tersebut membuatkan penulis terfikir sejenak. Ya Allah, hambamu ini selalu melupakanMu tatkala senang mahupun susah. Segala rintihan dan kesusahan yang dialami sebenarnya ujian daripada Allah untuk melihat hambaNya menambah ketakwaan kepadaNya. Penulis menyedari, walaupun kita keseorangan berada dalam kesusahan, Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah sentiasa berada bersama kita. Dalam keadaan itu, muncul pelbagai orang untuk membantu kita tanpa kita sangka. Ya Allah, besarnya nikmatMu yang telah dicurahkan sehingga aku mampu menjadi begini.

Thanks to abg Sport, kak Shila, abg Azwar, kak Ain, abg Adam, kak Ezi, kak Ayu and kak Ikin..

Special thanks to Erizu, Haziq, Cipun, Ijat and Radhi..

Even penulis sudah pencen dalam program sebegini, kalian menunjukkan realiti kehidupan kepada penulis...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine