Keblinger

Keblinger

Demam..Selsema..Batuk..

| Wednesday, February 17, 2010
Hari ini hari rabu..baru 9 minit melepasi hari selasa..sejak dua hari lalu,penulis demam,selsema,batuk dan sakit tekak. Mungkin masih kurang menyesuaikan diri di bumi kuala lumpur..ternyata cuaca panas yang amat terik telah menyebabkan penulis secara tiba-tiba demam.Suhu di kuala lumpur mencecah hampir 34 darjah celcius. Akibat terdedah panas sebegitu, badan penulis turut sama panas dan terbaring penulis selama hampir 2 hari. Alhamdulillah, penulis sudah kembali segar cuma batuk masih berbunyi2..

Sinar Seoul semakin cerah..apabila Dr Bustanur menghantar email yg dihantar oleh P.A dekan kepada penulis. Dr Bustanur telah menawarkan untuk memperbaiki kertas kerja yang telah dibuat oleh penulis namun ada cerita yang kurang enak..penulis terpaksa merahsiakan demi menjaga perhubungan semua orang..biarla perkara itu selesai dengan sendirinya asalkan yang ingin ke Seoul dapat ditunaikan hajatnya..hari ahad penulis akan berbincang bersama salah seorang pelajar malaysia di korea untuk memudahkan urusan ketika di sana..insyaAllah segalanya berjalan lancar..

Untuk Muhsin, selamat pengantin baru..semoga gerbang perkahwinan yang ditemui membawa seribu satu makna untuk diri anda dan isteri..Muhsin merupakan salah seorang rakan sekursus dengan penulis..beliau telah akad nikah pada hari ahad(14/2) dan segalanya sudah selamat..penulis hanya mampu menghasilkan video yang agak ringkas untuk beliau..al-maklumla,penulis masih lagi beginner dalam perkara sebegini..untuk kenduri di Langkawi, penulis mohon maaf kerana tidak dapat menghadirinya..kegawatan ekonomi..hehhehe..



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine