Keblinger

Keblinger

Pentingkan mana yang penting terlebih dahulu..

0
| Thursday, October 29, 2009
Hari ini penulis terasa ingin menulis sesuatu setelah menelaah pelajaran. Penulis terasa letih belajar subjek sistem elektronik & Digital Signal Processing(DSP). Memandangkan final exam sudah hampir, terpaksalah melipat kali gandakan usaha menelaah pelajaran. Tambahan pula, ini masanya untuk penulis meningkat pointer penulis yang sudah semakin merundum. InsyaAllah, penulis cuba untuk menaikkannya dan diharap pembaca semua dapat mendoakan kejayaan penulis dalam menempuh alam peperiksaan kelak.

Tengahari tadi, penulis ternampak sebuah gambar yang menceritakan sesuatu. Penulis agak terkejut sebenarnya namun tidaklah terlalu hairan. Gambar itu adalah gambar sejumlah siswi yang berada di hadapan sebuah rumah yang pernah penulis pergi sebelum ini iaitu ketika program Star v5.0. Apa yang menarik perhatian penulis ialah tarikh gambar itu diupload di sebuah laman web. Tarikh tersebut sama dengan tarikh berlangsungnya sebuah program besar di kolej tempat penulis tinggal. Penulis memandang gambar tersebut dan mendapati adanya insan yang sepatutnya terlibat di dalam program besar di kolej penulis. Agak terkilan dan sedih pabila insan yang kita percayai dan berharap memberi alasan yang tak boleh diterima akal. Apakah kerana di kolej tiada keseronokan seperti yang didapati di tempat yang kalian lebih berminat untuk pergi?adakah kerana kurangnya ukhwah yang membuatkan kalian beralih ke tempat yang lain?adakah kerana penulis sendiri yang membuatkan kalian memberi tumpuan kepada organisasi yang lain?

Penulis bersyukur kerana dikurniakan ahli jawatankuasa yang cukup mantap dan hebat. Penulis sendiri mengakuinya betapa hebatnya ahli2 di bawah jagaan penulis. Namun, kehebatan mereka sehingga mereka lebih rela membuat kerja untuk organisasi yang lain. Penulis sendiri tak faham apa keinginan mereka semua. Adakah bila diberi jawatan yang amat tinggi baru nak melaksanakan komitmen 199%???

Buat adik-adik atau sesiapa yang bakal memegang jawatan di dalam organisasi, ingatlah..anda sendiri yang memilih untuk berada di dalam organisasi tersebut. Di mana anda diletakkan, terimalah dengan hati terbuka. Anda perlu patuh pada arahan ketua jika anda mempunyai ketua. Ingatlah, kita memang boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih baik berbanding perancangan kita. Allah berfirman "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada orang yang berhak,"Surah An-Nisa',Ayat 58.

Ketika ini, perasaan terkilan penulis amat tebal dan kesal kerana penulis diperlakukan sebegini. Bukan sekali penulis dikenakan sebegini, tetapi sudah berkali-kali. Namun tiada siapa yang mengerti. Penulis mendoakan kalian dapat belajar dari kesilapan kalian dan berharap kalian tidak melakukan perkara sebegitu kepada ketua kalian kelak. Walaupun kalian tidak menyukai ketua kalian, ingatlah beliau tetap seorang ketua yang harus dihormati selagi mana tidak menyuruh ke arah kemaksiatan..

Raya Konvoi SEP 2009~!

0
|
Lama rasanya tak updatekan blog. Jadi penulis ingin berkongsikan lagi satu pengalaman penulis berada di bumi negeri Johor Darul Ta'zim.

Pada 3hb okt yang lalu, rakan sekursus penulis di UTM mengajak berkonvoi dengan kereta ke rumah rakan-rakan di sekitar Johor. Penghuni tetap negeri Johor cuma ada 3 orang iaitu Wani, Dila & Majidah. Memandangkan rumah Majidah di Mersing, kami mengambil keputusan untuk ke rumah Wani&Dila sahaja. Secara kebetulan, abang kandung Fairuz turut menjemput kami ke rumah beliau maka dengan itu 3 buah rumah menjadi sasaran konvoi kami.

Berkumpul jam 9.45 pagi namun awal2 lagi sudah ramai yang menunjukkan peel masing2. Hanya 1 kereta teguh di check point berkumpul jam
9.45 pagi. Penulis pelik kerana susah sgt untuk tepati masa. Akhirnya jam 10.45 pagi baru kami bertolak dari stesen minyak Shell. 2 buah kancil, 2 buah kelisa, sebuah viva, sebuah proton saga & sebuah kereta proton wira memacu jalanraya di Johor Bahru. 7 kereta untuk berkonvoi dan majoritinya tidak tahu jalan merupakan sesuatu yang amat menarik. Destinasi pertama:Setia Tropika. Apa yang menarik, kami menaiki lebuhraya di haluan yang salah iaitu menuju semula ke skudai. Kami terpaksa membayar RM2.10 di tol Kempas gara-gara tersalah simpang. Aduhai..kenapa susah sgt mencari Setia Tropika??Akhirnya penulis yang mengetuai jentera untuk ke Setia Tropika. Alhamdulillah,kami tiba di rumah abang kepada Fairuz di Setia Tropika jam 1215 tengahari. Melucukan memikirkan perjalanan yang sepatutnya hanya 20 minit memakan masa 1 jam setengah. Kami hanya menghabiskan kuih raya yang terhidang memandangkan jamuan berat masih belum tersedia.

Jam 1245 tengahari, kami seramai 25 orang berangkat ke Kg Melayu Pandan iaitu rumah Dila. Penulis, Sara dan Akmal pernah ke rumah beliau. Tidaklah terlalu sukar untuk mencarinya tambahan pula dengan peta yang sememangnya tidak akan membuat sesiapa sesat bagi yang membacanya. Gara-gara getah pintu tercabut,lebuhraya pasir gudang yang sesak & lampu isyarat 2 kereta terlepas dari landasan sebenar. Kami terpaksa berhenti di The Store untuk menunggu baki 2 kereta. Akhirnya kami tiba jam 1.30 ptg. Hidangan yang disediakan:mee sup,bihun sup,nasi impit,rendang ayam,kuah kacang,tembikai dan lain2. Dek kerana perut semua sudah berbunyi, semua makan seolah tak makan setahun. Agak sedap dan menyelerakan hidangan yang disediakan. Kami siap solat zohor dan membuang apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan. Di Rumah Dila

Jam 315 ptg, kami meneruskan perjalanan ke rumah Wani di Simpang Renggam. Akibat jalan yang sesak dan hujan lebat, penulis membuat keputusan untuk mengikut jalan yang lain. Konvoi telah berpecah dan kami setuju untuk berkumpul semula di stesen minyak Shell Sri Putri. Penulis dan kereta proton wira tiba terlebih dahulu. Sebuah kereta mengambil keputusan untuk pulang ke UTM dan tinggalla 6 buah kereta. Setelah semua tiba dan mengisi minyak, kami bertolak jam 4 ptg. Akibat RM2.10 yang melayang untuk membuat u-turn, majoriti ingin menggunakan jalan persekutuan berbanding menggunakan lebuhraya PLUS. Hari raya memang mengundang perasaan sabar. Jalan Senai-Kulai sangat sesak,penuh lampu isyarat dan dalam keadaan hujan. Kerana terlalu lama di jalan raya, penulis mengambil keputusan untuk melalui lebuhraya. Kami tiba di Simpang Renggam jam 530 ptg dan solat Asar di sebuah masjid. Selesai solat, kami terus ke rumah Wani. Alhamdulillah, setelah lama berada di jalan raya, kami tiba di rumah Wani jam 6.10 ptg. Makanan memang sudah terhidang. Soto yang memang menyelerakan perut2 yang sudah lapar.
Di rumah Wani

Kami solat Maghrib dan bersembang2 dengan ibu bapa beliau. Bagi penulis, ibu bapa Wani agak sporting dan mudah mesra. Cuma Wani agak pendiam dan kurang bercerita berbanding ibu bapa beliau. Setelah mengena teh, kami mengambil keputusan untuk pulang ke UTM. Satu hari yang penuh dengan pancaroba dan cabaran memungkinkan semua orang kembali mengenangkannya. Kami bertolak dari Simpang Renggam jam 815 malam. Malam itu, penulis mempunyai 2 jemputan iaitu jamuan raya Bikeone & jamuan raya KLM. Kerana sudah terlalu lambat, penulis memandu dengan agak laju dan tiba di UTM jam 8.45mlm. Setelah bersiap2, penulis terus ke jamuan raya Bikeone dan KLM.

Konvoi raya sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam untuk diri penulis dan rakan-rakan. Kita tidak semestinya 100% betul dan sentiasa betul. Ada juga salahnya. Kerana itulah Allah memberi kita rakan-rakan yang sepatutnya bertindak menjadi penegur dan memberi ingatan serta percambahan idea. Apa-apapun, masing-masing merasai satu kenangan yang sukar dilupakan walau pahit untuk ditelan. Perjalanan yang bermula jam 1045 pagi dan berakhir jam 8.45mlm menyimpan pelbagai episod memori. InsyaAllah, penulis akan cuba untuk merancang pelbagai lagi perkara menarik untuk kita sama-sama jadikan memori indah kita sebagai mahasiswa sarjana kejuruteraan elektrik-elektronik perubatan di Universiti Teknologi Malaysia.

p/s: Thank you very much to Fairuz,Dila & Wani kerana menjemput penulis ke rumah. InsyaAllah, penulis menjemput anda semua ke rumah pada masa yang akan datang.^_^

Raya Kuala Lumpur~

0
| Wednesday, October 14, 2009
Kali ini penulis ingin berkongsi tentang raya di Kuala Lumpur. Penulis pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu pada 24hb September. Penulis pulang bersama kakak kerana ibu bapa penulis masih berada di Kota Bharu sehingga 29hb September. Kata mereka, taknak sesak-sesak semasa pulang. Al-maklumla, orang yang dah pencen..

Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dikhabarkan agak teruk kesesakan lalulintasnya, jadi kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan Kota Bharu-Rantau Panjang-Jeli-Dabung-Gua Musang. Kalau diikutkan agak jauh jarak sebenarnye namun lebih baik daripada tersangkut dlm kesesakan lalulintas. Tapi, apa yang penulis ingin kongsikan ialah mengenai jalan Jeli-Gua Musang. Teruk sangat jalannya!berlubang sana-sini sedangkan jalan itu adalah jalan persekutuan. Ramai ahli politik atau yang berhormat namun jalan persekutuan yang menjadi laluan org ramai pun tak boleh baiki. Baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, usahlah bertelagah mengenai isu yang remeh temeh. Baiklah anda turun melihat jalan yang terlalu teruk keadaannya.Sedangkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, kambing cedera di kaki kerana ada lubang di jalan pun, beliau mengambil serius perkara tersebut..Elokkan kalau kita jadikan pedoman dan renungan.....

Apapun, menziarahi rumah sahabat handai di Kuala Lumpur tetap diteruskan. Hari jumaat (25/9/09), Alyaa, kawan penulis sejak di bangku sekolah rendah menjemput penulis datang ke rumahnya. Jam 2.45 ptg penulis tiba. Sedapnya makanan yang dihidangkan. Ibu beliau yang memasak. Nasi putih, ayam goreng, udang masak lemak dan sayur goreng. Perut yang bermuzik-muzik tanda kelaparan diisi dengan 2x tambah nasi. 1st time raye jumpa nasi putih..hahahhahahaa...Next, penulis bersama rakan-rakan penulis pergi ke rumah Wanie. Beliau juga merupakan rakan sejak di bangku sekolah rendah. Kerana sudah kenyang di rumah Alyaa, kami dihidangkan dengan kuih raya dan kesemuanya dibuat oleh ibu beliau. Sangat sedap rasanya..tahun depan saya tempah ye makcik! Malamnya, penulis pergi ke rumah Fariz. Fariz merupakan antara kawan rapat penulis ketika belajar di MRSM Beseri. Hidangan satay dan nasi impit sudah memadai utk mengenyangkan perut penulis. Bukan makanan sebenarnya yang menjadi topik utama penulis bertandang ke rumah tetapi rakan-rakan yang agak lama penulis tidak bersua. Cerita-cerita menarik, pengalaman yang dialami di tempat-tempat berbeza menjadi tumpuan. Bertuah kerana memiliki rakan yang ramai serta masih ingat sesama sendiri. Kawan yang baru umpama perak, kawan yang lama umpama emas. Jangan sesekali kita melupakanya.
Di Rumah Alyaa

Esok malamnya (26/9/09), penulis bertandang ke rumah Faten. Penulis mengenali Faten ketika kami sama-sama berada di kelas yang sama di sekolah agama. Agak lama penulis tidak bersembang dan bersua dengan beliau. Faten menyediakan spagetti dan yang paling best adalah puding caramel. Seriously sedap! Penulis berasa agak se
dih kerana terpaksa pulang ke UTM pada keesokkannya. Faten akan pulang ke India, Wanie ke Ireland, Alyaa ke Indonesia, Azhar ke UiTM Shah Alam, Aliff ke KLCC dan Natasha ke Cyberjaya. Masing-masing mempunyai haluan sendiri untuk mencapai impian. Kita tidak akan sentiasa berada pada landasan yang sama tetapi kita mempunyai ikatan hati yang sama. Penulis tidak sesekali akan melupakan kalian. InsyaAllah, penulis mendoakan kalian berjaya walau di mana jua kalian berada.
Di Rumah Faten

p/s : Thanks kepada Wanie, Alyaa, Fariz & Faten sebab menjemput dan memasak yang sedap- sedap. InsyaAllah, suatu masa kelak, penulis akan menjemput anda datang ke rumah penulis.

Masihkah Kau Ingat..........

0
| Friday, October 9, 2009
Hari ini hari Jumaat,penghulu segala hari. Penulis terasa sunyi dan seakan-akan kosong memikirkan kehidupan di Universiti Teknologi Malaysia yang tercinta. Adakalanya seronok,adakalanya menyakitkan dan adakalanya mematahkan semangat kita. Penulis tidak pasti sampai bila perasaan ini akan berakhir. Tempoh perkhidmatan penulis di Kolej Tuanku Canselor hampir berakhir. Perasaan gembira tak terhingga sudah terbayang namun apakah kegembiraan itu dapat mengembalikan apa yang telah terlepas selama ini.Penulis cuba menilai apa yang telah dilakukan selama 10 bulan memegang amanah yang amat berat. Adakah penulis dapat mengangkat sebelah kaki yg telah diletakkan di dalam neraka atau kedua-duanya dalam neraka?

"Ya ALLAH..Ampunkan dosa hambaMu ini..hambaMu ini telah melakukan apa yang terdaya untuk memikul amanah yang telah diberikan..namun,banyak perkara yang hambaMu ini lupa dan lalai serta gagal menjalankan amanah tersebut..dosa hambaMu ini ibarat pepasir di pantai yang tidak terkira banyaknya..selamatkanlah aku daripada seksa api nerakaMu Ya ALLAH..."

Buat teman-teman seperjuangan dalam organisasi penulis,penulis memohon kemaafan seinfinitinya andai penulis ada tersilap kata,terkasar bahasa,terguris hati dan sebagainya. Penulis tahu banyak kekurangan semasa penulis memegang jawatan panas tersebut dan banyak kecelaruan yang terjadi. Organisasi kita menjadi antara yang terburuk dalam sejarah. Namun,segala pengalaman yang dirasai diharapkan dapat
menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri kalian bagi menghadapi tahun 2010 yang bakal menjelma. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat mereka-mereka yang telah berkhidmat dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penulis terutamanya Sakinah, Onn, Azizat, Fiza, Sara, Ana, Farid, Intan, Taufik, Aisyah, Azim, Madihah, Nafis, Hadijah, Haziq, Dilah, Izzat, Shaufiq, Hassan, Hasrul, Hafiz, Syazreen, Daud, Idayu, Hazwan, Fareha.

Buat adik-adik yang bakal meneruskan tempoh perkhidmatan, ingatlah..jawatan bukan untuk dikejar tetapi satu amanah yang perlu dipikul dan perlu dijawab ketika di akhirat sana. Tempoh perkhidmatan penulis mungkin sudah tamat, namun adakah penulis mampu menjawab pabila berhadapan dengan Allah S.W.T kelak?

Sokonglah sesiapa sahaja yang bakal menjadi pengerusi pada tahun depan. Jangan kerana anda tidak mendapat jawatan yang anda inginkan,anda meninggalkan terus organisasi tersebut. Janganlah jadikan jawatan sebagai alasan untuk kita tidak menunaikan amanah kerana itulah yang akan menjadi bahan untuk dipertikaikan tatkala anda berkhidmat nanti. Ingatlah pesan ini walaupun tidak seberapa. Belajarlah daripada kesilapan yang berlaku pada tahun ini.
video

Hari Raya Aidilfitri 2009..

0
| Thursday, October 8, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga penulis menyiapkan layout blog ini.Ini kali pertama penulis membuat blog walaupun hasilnya takla seberapa(belum khatam belajar lg). 1 Syawal telah menjelma setelah semua umat Islam mengharungi bulan Ramadhan selama 1 bulan. Apa yang pasti, ramai mendapat rahmat dan ganjaran pahala puasa malahan ada yang memperolehi ganjaran malam lailatul qadar. Apakah mungkin kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..?sama-sama kita renungkan..

Menjelang hari raya aidilfitri,seperti biasa penulis tetap pulang ke kampung halaman iaitu di Pasir Pekan,Kelantan. Keluarga penulis bersetuju untuk pulang pada hari sabtu(19/09/2009) memandangkan penulis baru sahaja pulang dari dr johor pada hari jumaat(18/10/2009). Perjalanan dimulakan tepat pada pukul 6 pagi setelah selesai solat subuh. Terlalu ramai anak perantau di bandar sehingga kami tiba di Pasir Pekan jam 5.04 ptg.11 jam perjalanan!kaki cramp,pinggang tergeliat,otot2 kejang tetap dirasai.(21 thn dah balik kelantan,xdela rasa sangat..).

Apa yang menarik dalam Aidilfitri kali ini,penulis memasuk
i selatan Thailand pada 3 Syawal tanpa menggunakan passport. Hanya menyeberang menggunakan perahu seperti PATI(pendatang asing tanpa izin). Alhamdulillah,tiada apa yang berlaku. Sepanjang hidup penulis,ini kali pertama penulis melakukan kerja sebegitu.

"Dulu masa kecik-kecik,ayah dgn cik long banyak kali seberang golok..siap sampai pattani lagi..sekarang pon duk wat lagi..xde papepon jat", kata ayah.

"Ummi pon slalu ikot Tok Boh naik perahu masuk siam
.tentera Thailand bukan cek pon.dier tgk je kt tepi sempadan tuh.",Ummi pulak cerita.

Sebelum kami seberang ke Golok, penulis berpeluang untuk solat di Masjid Beijing di Rantau Panjang. Penulis kagum dengan senibina masjid tersebut. Memang terasa di China. Kata salah seorang rakan, masjid ini dibina hasil ilham Menteri Besar Kelantan ketika beliau melawat China.
Mimbar
Masjid BeijingPintu Gerbang MasjidPenulis di hadapan Masjid
Tiba di Rantau Panjang, penulis terus menaiki perahu yang di maksudkan. Gambaran penulis,sempadan Rantau Panjang-Golok adalah sungai yang lebar dan besar. Rupanya,dua kali kayuh pendayung sudah sampai. Sememangnya banyak bot yang membawa orang Kelantan dan Siam berulang-alik. Seorang hanya perlu membayar RM1.

Sempadan Malaysia-Thailand


Tiba di Golok,penulis dibawa melawat semua rumah saudara-mara. Nenek penulis sememangnya berasal dari Pattani. Kesemua adik-beradik beliau menetap di Golok ataupun di Pattani. Hanya beliau menetap di Pasir Pekan setelah berkahwin dengan Tok Wan. Kerap kali juga kami pulang ke Golok. Apa yang menarik di Golok, semua makanannya pelik dan manis. Penulis agak gemar ke sini kerana makanannya. Bahasa juga salah satu tarikan. Penulis sempat juga belajar beberapa perkataan baru dalam bahasa siam. InsyaAllah,cukup 50 tahun penulis fasih berbahasa siam(hehe...).Antara hidangan kuih yang disediakan
Kuih seakan-akan Apam Balik
Favourite penulis(dah lupa nama kuih)

Menjelang jam 8.43mlm(9.43 mlm jam Malaysia),penulis bertolak pulang ke Malaysia.(macam jauh je kan..) Penulis diberitahu atas permintaan ramai,perkhidmatan bot dilanjutkan selama 24 jam. Ayah dan ummi bagitau,ini kali pertama mereka menyeberang sempadan pada waktu malam. Sepupu kami mengatakan InsyaAllah selamat. Tiba di Pengkalan Tok Awang,pemilik bot sudah sedia ada untuk membawa kami bertujuh pulang ke Rantau Panjang.

Apa-apa pun,pengalaman tetap pengalaman. Penulis berasa teruja dapat menjadi PATI di negara orang. Penulis tidak menggalakkan untuk pembaca mengikut apa yang penulis lakukan tetapi sekali-sekala apa salahnya. Pengalaman di Golok menjadi satu pengajaran buat penulis. Negara kita aman damai tanpa sebarang kekacauan berbanding di sana. Penulis melihat ramai tentera berkawal untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Oleh itu, sayangilah tanah air kita.
Bergambar sebelum pulang ke Malaysia

p/s : Sesiapa yang berminat nak ke Golok,boleh ikut penulis pulang ke Kelantan ^_^



Welcome to my blog

0
| Wednesday, October 7, 2009
I'm still developing my blog..still under construction.InsyaAllah,i will try post something after i'm finished all this things.
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine