Menarik kali ini. MRSM Beseri mendapat tempat ke-30 dalam ranking SPM 2010. Ranking 30 daripada 42 MRSM Semalaysia. Ranking yang meletakkan kecemerlangan keputusan SPM mengikut gred purata sekolah. Ini adalah pencapaian Beseri selepas 5 tahun penulis meninggalkan maktab rendah sains itu yang terletak di dalam negeri Perlis. Penulis merupakan batch yang ke-20 dan agakkan penulis SPM 2010 adalah batch yang ke-25. Batch Jubli Perak.
Ketika keputusan SPM 2005 diumumkan, MRSM Beseri mendapat tempat ke-4. Di belakang Taiping, Jasin, Pengkalan Chepa dan berjaya memintas kedudukan Langkawi. Suatu pencapaian yang amat membanggakan bagi batch penulis. Ketika itu, kami dicanang-canang untuk mendapatkan gred purata sekolah sebanyak 1.5. Tetapi, kami hanya mampu mendapat 1.84. Penulis antara insan-insan yang mencacatkan hasrat pihak maktab untuk mendapatkan gred purata sekolah sebegitu. Apakan daya, sudah ditetapkan sebegitu.

Kedudukan ranking SPM 2010 telah diletakkan di dalam laman sosial Facebook. Setelah dipostkan di situ, berturutan komen-komen dari rakan batch penulis. Kebanyakan mereka mengkritik kedudukan itu. Ramai yang memberi reaksi negatif mengenai ranking itu. Kebanyakan daripada yang memberi komen itu juga yang belajar di luar negara walaupun dipostkan oleh salah seorang yang belajar di dalam negara. Antara komen-komennya :-
"hipotesis : semakin cantik bngunan2 kt beseri tu,semakin teruk result pelajar2 kt beseri...."
"lor......bende la super juniors aku ni buat kt bilik...study ke or main ______?"
"teruk tau tak!? terokkk!!!! ni yang tak nak mengaku beseri nih"
Antara komen-komen yang mengkritik batch 25. Bagi penulis, keputusan SPM memang penting. Tetapi, apalah sangat nak dibanggakan dengan ranking. Rafael Nadal berada di ranking no.1 dunia dalam permainan tennis tetapi tetap kecundang di tangan Federer mahupun Jokovic. Ramai orang mencanang SPM umpama hidup dan mati. Penentu haluan hidup dan sebagainya. Setiap kegagalan pasti menimbulkan kebangkitan. Kebangkitan itu sebenarnya pencetus kejayaan. Tidak mustahil untuk bangkit semula selepas SPM. Tidak semestinya tidak skor dalam SPM, bermakna tidak boleh berjaya dalam hidup. Bukan sistem pendidikan di Malaysia yang membuatkan SPM itu segala-galanya tetapi mentaliti rakyat Malaysia sendiri. Perlu ke kita mengkritik mereka?Perlu ke kita mengatakan mereka teruk?Perlu ke kita malu untuk mengaku pernah belajar di Beseri?Kadang-kadang yang belajar di luar negara lebih teruk daripada yang tidak sambung belajar langsung. Bukan dari segi akademik, tetapi dari segi sahsiah, peribadi, perwatakan dan hormat.
Sekadar bingkisan hati menguntumkan senyuman buat penawar...