Keblinger

Keblinger

Ingatkan Dongeng..

| Wednesday, January 11, 2012
Hari ni, hari ke-3 dalam tempoh seminggu pergi ke klinik yang sama. Kali pertama, gara-gara demam+sakit kepala+sakit tekak+tekanan darah rendah. Kali kedua, gara-gara batuk+radang paru-paru+selsema. Kali ketiga, gara-gara sakit mata dan hilang suara. Hasilnya, RM150 dah keluar. Dalam keadaan sakit, kena jugak travel pergi Kuantan sebab dah janji dengan customer dan takde backup. Seharian perjalanan memang memenatkan. Dengan keadaan makan ubat batuk, khayal jugaklah sepanjang perjalanan dari KL-Kuantan. Alhamdulillah pergi dan balik dengan selamat walaupun mengambil masa yang lama berbanding biasa.

Kali ini, dapatlah mc 2 hari. Doktor kata takut berjangkit dengan orang. Mata dah macam cyclops. Merah je. Dah pernah berpengalaman sakit mata macam ni. Tahun 2004. Bangun pagi-pagi, jenuh bersihkan taik mata. Barulah boleh bukak mata. 2 hari lepas sebelah mata je yang penuh taik mata. Semalam dua-dua belah penuh taik mata. Memang minggu yang kurang menyihatkan. Bak kata kawan-kawan, "kuat sangat kerja ni.."

Dah sudah jumpa doktor, sempatlah tanya.

"Doktor, betul ke kalau sakit tekak boleh makan aiskrim?"

"Betul. Memang betul. Tapi, bukan aiskrim yang batang tuh. Aiskrim yang cedok dari bekas. Macam kat baskin robin ke, haagen dazs ke..Kalau aiskrim yang dari ais, memang lagi teruk."

"Kalau tutti fruiti?"


"Tutti fruiti pon boleh. Bagus untuk diet. Tapi, awak tak bolehlah. Sebab awak batuk kuat. Kalau sakit tekak je yang boleh makan.."

"Erk?baru nak pergi beli..huuu.."

Ingatkan mitos je makan aiskrim kalau sakit tekak. Rupanya memang betul. Tapi, masa pergi dulu dalam keadaan batuk. Padanlah makin teruk. Heee. Ayuh, kita berehat untuk lebih bertenaga bila bekerja nanti. ^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine