Sekian lama tidak menulis. Mungkin kerana beraya dan kemalasan timbul untuk menulis. Yang pasti, penulis kembali untuk menulis coret-coret kehidupan. Kenderaan - Sesuatu yang diperlukan oleh penulis ketika ini di UTM. Jika dahulu, tidaklah sukar untuk meminjam motor atau kereta untuk ke mana-mana terutamanya untuk makan. Namun kini, segalanya berubah. Kerap kali penulis hanya terperap di bilik gara-gara tiada kenderaan. Berjalan kaki?semestinya. Namun, untuk membeli makanan malam-malam sehingga ke arked kolej 9 dan keseorangan?Sesuatu yang sukar bagi penulis.
Benar, penulis ingin membeli kenderaan. Motor atau kereta?

Kenapa motor?
- Mudah bergerak dalam UTM
- Jimat duit minyak
- Lebih cepat(terutamanya bila kat UTM ni banyak bonggol)
- Tak susah nak parking
- Senang nak menyelit(terutama bila kesesakan lalu lintas)

- Lesen memandu dah ada
- Boleh bawa lebih ramai penumpang
- Parents benarkan memandu kereta sahaja
- Ada bumbung kalau hujan
- Balik rumah x payah fikir tiket bas.(Bila-bila boleh bertolak)
- Senang nak berjalan luar UTM
Sebab apa auto?
- Semua orang dalam rumah boleh memandu(kakak tak reti drive manual)
- Mudah bila kesesakan lalu lintas kat KL
- Seronok sikit memandu(boleh tukar-tukar gear)
- Kurangkan mengantuk
- Jimat minyak dan harga kereta
Solusinya?!!
