Keblinger

Keblinger

Sekitar Pesta Konvokesyen UTM ke-46

| Saturday, March 26, 2011
Pemandangan Pesta konvo dari S01

Universiti Teknologi Malaysia menganjurkan pesta konvokesyen ke-46 bermula 23hb Mac 2011 - 28hb Mac 2011 seiring dengan Festival Inovasi & Kreativiti. Festival yang dikenali sebagai INATEX masa dahulu menampilkan pelbagai projek penyelidikan yang dilakukan oleh mahasiswa mahupun pensyarah dan juga warga-warga universiti yang lain. Kali ini, pesta konvokesyen ditaja oleh MyTv3 dan juga TV9. Turut ditaja bersama MPH, Storm Readers dan sebagainya. Tiada lagi Celcom. Dah tamat kontrak agaknya kot atau mencari angin baru. Menjejakkan kaki ke tapak pesta, penulis merindui semula saat menjadi pengerusi Pesta Konvokesyen ke-42 yang dilihat pahit walaupun terselit manisnya. Apa yang berlaku biarkan ianya berlaku. Tiada apa lagi yang perlu diungkapkan.

Penulis turun pada hari pertama pesta konvokesyen iaitu pada hari rabu malam. Di mana ketika itu diadakan slot Aman Palestin. Panel dibawa ketika itu adalah salah s
eorang peserta konvoi kapal marvi marmara. Menceritakan pengalaman beliau ketika ditahan, diselamatkan dan pulang ke tanah air. Pengalaman yang sangat tragis dan sangat berharga namun tidak melunturkan semangat mereka untuk berjuang demi rakyat Palestin dalam membebaskan negara mereka dari taklukan Israel. Penulis turut berjalan-jalan sekitar gerai konvokesyen dan apa yang dapat dilihat umpama syurga membeli belah bagi wanita. Tudung syria, selendang, indon dan sebagainya penuh dijual. Pamerannya juga agak kurang dan barangkali baru hari pertama. Apa yang dibeli?Cempedak goreng bersama ice blended cappucino. Sempat juga penulis berkenalan dengan beberapa orang. ^_^

Antar gerai-gerai yang terdapat di Pesta Konvokesyen

Penulis pergi sekali lagi pada jumaat pagi di tapak pesta konvokesyen. Kali ini, penulis ke Festival Inovasi bagi melihat apa projek yang dibentang. Hakikatnya, memang menarik apa yang terdapat di sana. Ketika itu, sedang berlangsung pertandingan robocon di mana pelbagai robot di pertandingkan. Sempat juga penulis menjenguk booth r
akan sekelas penulis. Nampak sudah berhasil projek mereka. Penat lelah setelah berkampung di dalam makmal berminggu lamanya. Luar daripada festival, penulis tertarik dengan mesin pembuat roti jala yang diinovasikan oleh zul design. Khabarnya, Zul ini ditemuramah oleh MHI Tv3 pada khamis pagi. Ketika Dato' NC merasmikan festival inovasi. Beruntunglah rakan sekelas penulis 3 orang tuh. Dapat masuk tv percuma. Sempat juga penulis rasa roti jalanya yang diberikan secara percuma. Sedap. Mungkin sebab percuma. Sebelahnya kelihatan kereta proton elektrik. Kereta yang diubahsuai menjadi kereta elektrik hasil kerjasama FKE dan Proton.Antara pelajar sekolah yang memeriahkan festival inovasi

Tidak ketinggalan pelajar sekolah yang hadir dengan digamitkan oleh juruacara pesta konvo. Pelbagai telatah mereka sedikit sebanyak membuatkan penulis tersenyum. Antara yang penulis amati, mengenai kehadiran seorang artis yang namanya ringkas tetapi tinggi suaranya serta pernah menjuarai salah sebuah pertandingan nyanyian yang tersohor. Tatkala penulis mengedarkan flyers, datang pelajar sekolah bertanya kepada penulis.



"Abang, Tv3 ada datang sini eyh?"

"A'ah dik. Pagi semalam. MHI ada datang. Buat interview Naib Canselor UTM pasal festival inovasi yang adik tengok kat dalam khemah ada aircond tuh."

"Artis ada datang x bang?sape artis yang ada?"

"Taktaulah dik. Ada kot artis yang datang. Tapi malam ni or malam esok. Abang x sure la sape yang akan datang"

"Pagi ni takde artis ke bang?"

"Nanti abang pesan kat brader tuh untuk bawak artis datang pagi ni jugak"

Berlalu kecewa pelajar sekolah itu. Penulis hanya tersenyum. Harapan melihat artis musnah. Takpelah dik, tengok festival inovasi tu lagi berharga. Untung-untung boleh fikir tajuk psm bila dah masuk universiti. Taklah macam abang ni yang tak siap-siap lagi psm nya walaupun bercita-cita nak bergraduasi. Kesimpulannya, malam semalam Black yang popular dengan lagu Sofia Jane hadir memeriahkan pesta konvokesyen ke-46. Bak kata seorang rakan penulis, "ramai je yang putih, hitam tuh juga yang diminatnya". Bukan penulis yang keluarkan ayat ni, penulis hanya sampaikan apa yanbg disampaikan oleh rakan penulis. Oleh itu, silalah pergi ke Pesta Konvokesyen ke-46!

Penulis tetap tidak berpuas hati. Mana mungkin dilayan kucing putih seperti anak sendiri sedangkan kucing hitam seperti anak tiri jiran kampung sebelah sedangkan dua-dua kucing berada dalam sangkar yang sama.

-Taulah hebat tapi tak payah bangga sangat-


3 comments:

{ NadiRah } at: March 27, 2011 at 1:26 AM said...

esok ade maher zain!!! =)

{ Wan Muhammad Aizat } at: March 27, 2011 at 3:36 PM said...

Serius ke Maher Zain??

{ syamem } at: March 28, 2011 at 3:04 AM said...

esok ade manbai... tadi ade dafi..hehe...

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine