Keblinger

Keblinger

Master vs Bekerjaya

| Tuesday, March 22, 2011
Semester akhir semakin tiba ke penghujungnya. Kini sudah 22hb Mac, tarikh tamat semester adalah 15hb Mei. Tidak jauh lagi jika diukur jaraknya. Ketika inilah pelbagai benak soalan bermain di fikiran. Persoalan yang memerlukan pelbagai sudut diperhati dan diperhalusi untuk menjawabnya supaya tidak tersilap memeta langkah seterusnya dalam kehidupan.

"Master atau bekerja?"

Peluang sudah terbuka. Mari kita ungkap dahulu berkenaan dengan master. Walaupun degree belum tamat lagi tetapi peluang untuk sambung belajar ke peringkat master sudah terbuka. Tambahan pula, UTM sudah bertukar menjadi status menjadi Universiti Penyelidikan. Pelbagai geran sudah diluluskan untuk melaksanakan penyelidikan dalam banyak bidang. Bagi penulis, penulis cuba untuk mencari peluang. Penulis tidaklah sampai ditawarkan ke peringkat phD, tetapi peringkat master itu sudah boleh dipertimbangkan.



Berjalan di fakulti tadi, terpandang iklan. Tawaran biasiswa daripada Panasonic. Syarat-syaratnya CGPA 3.0 and above. Menarik, tertarik. Dalam taklim
at hari tuh, untuk yg CGPA 3.0 - 3.49 ni susah sikit nak dapat tajaan. Ada tawaran untuk menjadi research assistant di mana dibayar RM1600 per semester. Tawaran sudah terhidang. Minat secara tiba-tiba terbuka. Penulis berjumpa dengan 2 orang pensyarah bagi menyatakan hasrat untuk menyambung master. Alhamdulillah, disambut baik. Ditanya software atau hardware?Penulis lebih cenderung untuk membuat software. Tajuk pun sudah diberikan. Apa yang tinggal?memohon biasiswa dan juga tempat tinggal di UTM. Pembantu felo mungkin?


Bekerjaya. Resume dan cover letter sudah dihantar ke pelbagai syarikat. Tapi, tiada satu pun yang memanggil untuk temuduga. Banyak juga harapan disandarkan tetapi masih tiada jawapan. Penulis hanya pergi ke temuduga Intel padan bulan Februari yang lalu. Jawapannya haruslah gagal. Penulis juga cuba mencari peluang di Singapura ataupun di Jerman. Tapi, memikirkan dipanggil temuduga, jauhla pulak. Ibu penulis juga seperti kurang gemar jika penulis bekerja di Singapura. Katanya jauh dari Kuala Lumpur. Baik ummi, anakmu ini pulang berbakti di KL. Apapun, peluang pekerjaan masih terbuka luas. Banyak lagi yang belum diterokai. Penulis juga memikirkan untuk memohon di tempat penulis jalani latihan industri yang lalu. Ataupun mencari kerja di Kelantan. Semuanya demi membina karier dalam kehidupan di samping merangka rumahtangga dan keluarga yang lebih besar. Niat bekerja juga tinggi.

Kesimpulannya - tidak boleh disimpulkan yang mana satu pilihan hati...

Dalam kehidupan antara paling susah sekali adalah membuat keputusan. Sebab itu kemahiran decision making sangat berharga dalam diri setiap insan.

2 comments:

{ Cik Sara } at: March 22, 2011 at 11:54 PM said...

decision making adalah part yang paling susah. Sangat saya sokong..
Tahniah! dah dapat tajuk dan supervisor. Nampaknya macam lebih memberat kepada master j.
Grablah scholars panasonic tu.. ada terbaca juga. tapi cam tak layak untuk apply..hahah

{ Wan Muhammad Aizat } at: March 27, 2011 at 3:37 PM said...

hehhe..sebab penulisan ni pon dah nampak macam berat sebelah..hahhaa..insyaAllah mana yang termampu..

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine