Hari Ahad. Pagi yang indah. Redup mata memandang dengan kesejukan embun menyelubungi bilik penulis. Semalam gatal minum air kopi. Gara-gara nak habiskan juga kopi yang sedikit itu. Sehingga jam 3.30 pagi masih belum ke alam mimpi padahal badan sudah kepenatan dan menguap yang banyak. Panas, resah dan seperti tiada haluan malam semalam. Banyak sangat ke penulis fikirkan. Emosi juga kurang stabil. Terasa panas dan mudah untuk marah. Period?aloo..lelaki kot..
Ni lah ramainya yang beratur
Ni lah ramainya yang beratur
Penulis menghantar mesej kepada Erizuwan jam 7.30 pagi. Dia mengajak penulis untuk breakfast di McDonald. Katanya ada kupon, pembelian minimum RM5 boleh dapat percuma 2 set Big Breakfast. Lebih kurang RM2.50 untuk seorang bagi 1 set Big Breakfast. Berkobar juga nak pergi. Setelah dipersetujui, 9.15 pagi baru hendak ke sana. Ahli yang menyertai?Ziantty, Zaida, Erizuwan, Nuqman dan Naufal. Semuanya nampak macam selera besar. Kata orang dulu-dulu, kalau nak sarapan pagi patutnya jam 7-8.30 pagi. Dah pukul 9.15 pagi panggil ape yeh?hehe..
Beginilah keadaannya di Taman Tun Aminah
Setibanya di McD Skudai sebelah Shell, kelihatan penuh kereta parking sehingga ke bahu jalan. Dalam hati penulis, "McD bagi makan free ke sampai ramai macam nie?"Dapat dilihat yang beraturnya sampai ke luar daripada restoran. Sesak nampak. Macam seksa je nak beli dan boleh dapat. Jam ketika itu sudah menunjukkan 9.35 pagi. Kelibat lagi satu kereta adalah "On the way". Penulis mencadangkan untuk ke Taman Tun Aminah. Barangkali tak ramai di sana. Setibanya di sana, dari luar macam tak ramai. Masuk dalam, memang ramai. Tempat duduk?harapan jela. Parking? Nasib baik ada satu. Jam ketika itu 9.56 pagi. Beraturlah semuanya dengan kupon masing-masing. Nampak macam tak bergerak. Ketika itu, keputusannya untuk bungkus sahaja. Sedang-sedang beratur, secara tiba-tiba elektrik terputus. Notis daripada TNB, tenaga elektrik diputuskan daripada jam 10 pagi - 6 petang. Ketika itu, jam sudah menunjukkan 10.20 pagi. Jauh lagilah nak sampai kaunter. Musnah harapan di situ. Gila apa TNB nie?buatlah kerja hari biasa lepas pukul 12 tengah malam.
Akhirnya, teh tarik, teh 'o' panas, milo air tabur & kopi 'o' panas
Seterusnya, kami membuat keputusan untuk makan nasi lemak kukus di Restoran Aminah. Kat mana?kat Taman Teratai. Belakang KTGB je. Setibanya di sana, masih lagi ramai. Jam ketika itu adalah 10.40 pagi. Perut ni dah macam buat tarian poco-poco. Sampai kat dalam restoran, demonstrasi pulak isi perut ni. Tiada siapa yang mahu ambil order. Akhirnya, datanglah seorang untuk mengambil pesanan. Diulang-ulang untuk minuman tapi tak pulak diambil pesanan makanan. Sehinggakan kopi ais penulis ulang hampir 5 kali rasanya. "Dey, tulis kan senang!" Bila hendak dipesan makanan, jawapannya "Nasi lemak dah habis" Aihh..habis, penuh, letrik putus, ramai, sesak, panas. Akhirnya, tosai telur juga yang dipesan penulis. Itupun, penulis dapat dalam pukul 11.18 pagi. Haiyoo..penulis pun panas hati ketika itu. Nak mengamuk pun ada jugak. Segala perancangan penulis untuk hari ahad terganggu gara-gara peristiwa ini. Akhirnya, semua tidak berhasil. Dalam hati terbakar jugak. Cepat juga penulis melenting hari ni.
I don't know why. I don't know how. I don't know when. But it already happened. I feel hot, angry, not comfortable, hate, and everything must be wrong somewhere.
I'm sorry if you take it seriously but I don't really mean it...
0 comments:
Post a Comment