Aku..
dikurniakan hati dan perasaan..
yang ingin mencintai dan dicintai..
oleh insan yang lain..
mencari titik persamaan..
bagi meraikan perbezaan..
Aku..
Tidak sekuat gempa bumi gegarannya..
Namun tidak selemah hembusan angin bayu..
Hatiku kuat mengatakan begitu..
Walaupun akan ada aral melintangnya..
Tidak mungkin boleh berlabuh kapal tanpa meredah tingginya ombak..
Aku..
Walaupun kata-kataku sebegitu..
Tidak bermakna tidak endahkannya..
Malahan lebih mendalam maksudnya..
Usahlah diragui kata-kataku itu..
Kerana ungkapanku adalah dari hati..
Walhal terbitnya dari mulut..
Aku..
Tiada bertulis jaminannya..
Tiada bersaksi kata-kata yang diungkapkan..
Tiada bukti mampu ku leraikan..
Tiada janji lagi yang boleh ku ikatkan..
Tiada itu, ini, dan sebagainya..
Apa yang ada..hanyalah aku..
Aku terasa hati walaupun tidak bersuluh mahupun terang cahayanya itu. Tersentap seketika jiwa yang memerangkap perasaan aku ketika itu. Hakikatnya, manusia itu berbeza. Hakikat yang tidak mampu ditelan oleh semua manusia. Ianya pahit dan ramai yang enggan menerimanya. Aku sekadar aku. Yang inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Tanpa menerbitkan permusuhan di antara sekalian manusia. Andai ku pergi dahulu, maafkanlah segala kesalahan aku. Maaf ku pinta dari segenap lapisan yang pernah mengenaliku.

0 comments:
Post a Comment