Keblinger

Keblinger

Kisah suami & isteri

| Tuesday, March 15, 2011
Penulis pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 14hb Mac 2011. Setelah 3 hari di Kelantan dan 3 hari setengah di Kuala Lumpur. Letih, penat dan juga agak kurang rehat. Memandu sejauh 300km kemudian terbang sejauh 475 km seterusnya pulang semula sejauh 475km dan memandu semula 300km. Itu tidak termasuk pelbagai kerja-kerja yang dilakukan sepanjang berada di Kelantan dan KL. Sekurang-kurangnya ketika penulis di KL, penulis berkesempatan berjumpa dengan Nabil, Fikri dan Ainul. Ketiga-tiga rakan penulis ketika di MRSM Beseri. Sudah lama tidak ketemu mereka. Ada yang berubah, ada yang maintain. Yang penulis paling teruja bila Fikri tanya,

"maintain je aku nampak ko..pe rahsia?"

Jawapannya - Hahaha..penulis pun rasa dah berisi sekarang..hahahha!

Dalam perjalanan ke Johor Bahru, penulis tertarik dengan satu kisah yang diceritakan. Berkenaan dengan suami isteri. Cerita yang mengisahkan perbezaan fikiran lelaki dan perempuan. Ceritanya bermula apabila Faizal(bukan nama sebenar) dan Rokiah(juga bukan nama sebenar) berkahwin. Setelah 2 minggu mendirikan rumahtangga, mereka kelihatan serasi bersama. Segala perbezaan diserap bagi meraikan perbezaan itu. Satu kejadian telah berlaku. Pada hari Ahad, Faizal bangun dari tidur dengan muka yang monyok. Diam, tiada kata dan juga tidak ceria.

Rokiah bertanya, "hari ni kita nak pegi mane?"

Jawab Faizal, "mana-mana yang awak nak pergi."

Rokiah menjawab, "kita pergi Alamanda yeh. Nak pegi window shopping."

"ok", jawab Faizal dengan muka selamba.

Sepanjang mereka di Alamanda, Faizal hanya mendiamkan diri dan seolah-olah tiada mood. Wajahnya masih ditimpa sedih. Rokiah sudah semakin pelik. Ditanya, tapi tiada jawapan. Merajuk dengan dia kah?Ada dia buat salah ke?Ataupun masakan semalam tak sedap ke?Rumah x kemas ke?dah lama tak balik umah mak dia ke?Kesemua soalan ditanya namun Faizal mendiamkan diri. Last sekali Rokiah tanya, "Saya ada buat salah dengan abg ke sampai abg taknak cakap dengan saya,muker dek je..diam membatu, tak layan saya?"

Faizal menjawab, "mende ni takde kaitan dgn awak pun".

Rokiah terus merajuk. Dalam kereta, kedua-duanya mendiamkan diri. Rokiah mencebikkan mukanya dengan harapan suaminya akan memujuk. Namun, harapannya meleset. Faizal tetap mendiamkan diri. Mukanya masih lagi serius dan tidak bercakap. Rokiah semakin gusar dan sudah memikirkan pelbagai perkara yang lain. Ni mesti ada fair dengan perempuan lain sampai dah taknak layan. Saya ni dah tak cantik ke?sampai hati abang buat macam ni kat saya.

Sepanjang memandu pulang ke rumah, dalam fikiran Faizal pula, "Macam mana Arsenal boleh kalah semalam. Dahlah kalah dengan Birmingham City kat League Cup, tersingkir dari Champions League lepas kalah dengan Barcelona. Semalam pulak kalah lagi dengan Manchester United dalam FA Cup. Aiseh, tension betul aku. Alahai the Gunners!"

Hati perempuan mengatakan 'D' tapi fikiran lelaki mengatakan 'P'. Tidak akan sama walaupun serasi. Pasti ada perbezaannya. Cuma terpulang kepada suami & isteri untuk meraikan perbezaan itu dalam mencari kebahagiaan dalam mahligai perkahwinan. Ini cerita sekadar cerita. Tiada kaitan dengan sesiapa.

Selamat pengantin baru kepada Abg Muz & Kak Hasni setelah mereka diijabkabulkan pada 12hb Mac 2011...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine