"Jat, Toknik dah meninggal dunia..", kata ibu penulis.
Sekujur Tubuh putih berseri ringan dan mudah diurus. Sewaktu Izrail datang menjemputnya pulang, lidahnya basah dengan Zikrullah, memberi salam kiri dan kanan lalu pergi buat selamanya menemui Allah dan juga suaminya yang terpisah selama 22 tahun...
Penulis tersentak dan tergamam walaupun sedang memandu. Tiada apa yang mampu diucapkan. Penulis pulang ke bilik dan telefon kakak penulis untuk mencari tiket penerbangan terus ke Kota Bahru. Flight JB - KL Airasia hanya ada pada jam 11 malam. Flight KL - Kota Bahru ada jam 1 petang, 6 petang dan 8.50 malam. Penulis terus mengambil beberapa pakaian dan beberapa barang yang penting, menaiki kereta dan memandu pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, penulis bersetuju bersama kakak penulis untuk pulang menaiki Air Asia jam 8.50 malam. Penulis terus memandu hingga ke Putrajaya untuk meletakkan kereta dan rakan penulis menghantar penulis ke LCCT. Penulis berjumpa dengan kakak penulis di sana.
Sepanjang perjalanan yang terik, penulis mengalirkan air mata. Tidak terjangka penulis, nenek penulis akan pergi meninggalkan kami. Kami 4 bradik seolah-olah tidak percaya nenek penulis yang kelihatan sihat dan kuat sudah tiada. Memandu keseorangan dalam keadaan panas terik nyata mencabar. Kakak penulis selalu menghubungi penulis supaya memandu berhati-hati. Kami semua kelihatan sugul dengan mata masing-masing seperti lebam. Bagi penulis, mata penulis sedikit bengkak gara-gara kelihatan bercampur air mata. Jam 8.50 malam, kami meninggalkan Kuala Lumpur dan tiba di Kota Bahru jam 9.35 malam. Kami dibawa terus ke umah mak sedara penulis dan berjumpa dengan keluarga di sana. Air mata mengalir untuk ke berapa kali entah. Di saat nenek penulis menghembuskan nafas, beliau ditemani oleh ibu bapa penulis. Kata beliau, "Supo duk Kolumpo..".
Gambar terakhir Toknik bersama anak, cucu & cicit
12hb September 2010
Jam 11.40 pagi, nenek penulis sudah kelihatan tenat dengan matanya sudah mula memandang ke atas. Dadanya bernafas semakin laju dan tangan serta kakinya sudah sejuk. Ketika itu, ibu penulis menelefon kesemua adik bradik ayah penulis untuk datang ke hospital. Jam 11.55 pagi, nenek penulis menghembuskan nafasnya yang terakhir. Asbab kematian, paru-paru berair dan jantung sudah semakin lemah untuk berfungsi. Jenazah dibawa ke Pasir Pekan untuk dimandikan, dikapankan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Pekan selepas asar. Sememangnya permintaan nenek penulis untuk dikebumikan di sana. Ramai, penuh dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Seorang yang amat pemurah telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Seminggu yang lalu, nenek penulis dimasukkan ke hospital Kota Bahru kerana sesak nafas. Ketika itu, ayah dan ibu penulis sudah pulang ke Kota Bahru dan mereka menjalankan sistem giliran bagi menjaga nenek penulis. Hujung minggu yang lalu, kesemua sepupu-sepupu penulis pulang untuk menziarahi nenek. Hanya penulis yang berada di Johor Bharu tidak pulang gara-gara peperiksaan TECS pada hari sabtu. Penulis bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hari khamis dan pulang ke Kelantan pada keesokannya untuk menjaga nenek. Apakan daya, beliau telah pergi dahulu pada hari selasa. Rasa terkilan, sedih, sayu tidak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir memandangkan beliau dikebumikan selepas asar sedangkan penulis tiba selepas isyak. Paling terakhir penulis menemui beliau ketika hari raya aidilfitri 2010. Ketika beliau di rumah penulis, penulis berada di Johor Bharu. Air mata yang mengalir tak dapat menghidupkan kembali arwah Toknik. Hanya doa mampu cucumu ini kirimkan. Beliau adalah nenek terakhir yang menyulami hidup penulis selama 22 tahun. Tokwan sudah meninggal dunia ketika penulis baru sahaja 7 bulan. Nenek sebelah ibu meninggal dunia 10 bulan sebelum penulis dilahirkan manakala atuk meninggal dunia ketika penulis berumur 3 tahun.
Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi saat kematian. Beliau telah pergi, kita..?bila lagi..
~Nik Maimah binti Nik Hussein~
~9 Oktober 1924 - 8 Mac 2011~
~Tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang mendapat redha-Mu Ya Allah~
Al-Fatihah...
2 comments:
hmm..takziah yee abg aizat.. jgn sedih2..:)
Al-Fatihah..
Salam Takziah..
Muga kau tabah dan redha dengan pemergiannya..Doakan dia semoga mendapat tempat disisi ILAHI bersama-sama orang-orang yang beriman.. Bertabahlah wahai sahabat..
Post a Comment