Keblinger

Keblinger

Oh Beseri!

4
| Tuesday, March 29, 2011
Menarik kali ini. MRSM Beseri mendapat tempat ke-30 dalam ranking SPM 2010. Ranking 30 daripada 42 MRSM Semalaysia. Ranking yang meletakkan kecemerlangan keputusan SPM mengikut gred purata sekolah. Ini adalah pencapaian Beseri selepas 5 tahun penulis meninggalkan maktab rendah sains itu yang terletak di dalam negeri Perlis. Penulis merupakan batch yang ke-20 dan agakkan penulis SPM 2010 adalah batch yang ke-25. Batch Jubli Perak.

Ketika keputusan SPM 2005 diumumkan, MRSM Beseri mendapat tempat ke-4. Di belakang Taiping, Jasin, Pengkalan Chepa dan berjaya memintas kedudukan Lan
gkawi. Suatu pencapaian yang amat membanggakan bagi batch penulis. Ketika itu, kami dicanang-canang untuk mendapatkan gred purata sekolah sebanyak 1.5. Tetapi, kami hanya mampu mendapat 1.84. Penulis antara insan-insan yang mencacatkan hasrat pihak maktab untuk mendapatkan gred purata sekolah sebegitu. Apakan daya, sudah ditetapkan sebegitu.



Kedudukan ranking SPM 2010 telah diletakkan di dalam laman sosial Facebook. Setelah dipostkan di situ, berturutan komen-komen dari rakan batch penulis. Kebanyakan mereka mengkritik kedudukan itu. Ramai yang memberi reaksi negatif mengenai ranking itu. Kebanyakan daripada yang memberi komen itu juga yang belajar di luar negara walaupun dipostkan oleh salah seorang yang belajar di dalam negara. Antara komen-komennya :-

"hipotesis : semakin cantik bngunan2 kt beseri tu,semakin teruk result pelajar2 kt beseri...."

"lor......bende la super juniors aku ni buat kt bilik...study ke or main ______?"

"teruk tau tak!? terokkk!!!! ni yang tak nak mengaku beseri nih"

Antara komen-komen yang mengkritik batch 25. Bagi penulis, keputusan SPM memang penting. Tetapi, apalah sangat nak dibanggakan dengan ranking. Rafael Nadal berada di ranking no.1 dunia dalam permainan tennis tetapi tetap kecundang di tangan Federer mahupun Jokovic. Ramai orang mencanang SPM umpama hidup dan mati. Penentu haluan hidup dan sebagainya. Setiap kegagalan pasti menimbulkan kebangkitan. Kebangkitan itu sebenarnya pencetus kejayaan. Tidak mustahil untuk bangkit semula selepas SPM. Tidak semestinya tidak skor dalam SPM, bermakna tidak boleh berjaya dalam hidup. Bukan sistem pendidikan di Malaysia yang membuatkan SPM itu segala-galanya tetapi mentaliti rakyat Malaysia sendiri. Perlu ke kita mengkritik mereka?Perlu ke kita mengatakan mereka teruk?Perlu ke kita malu untuk mengaku pernah belajar di Beseri?Kadang-kadang yang belajar di luar negara lebih teruk daripada yang tidak sambung belajar langsung. Bukan dari segi akademik, tetapi dari segi sahsiah, peribadi, perwatakan dan hormat.

Sekadar bingkisan hati menguntumkan senyuman buat penawar...

Titipan jari menekan keyboard menurut hati..

0
| Sunday, March 27, 2011

Aku..
dikurniakan hati d
an perasaan..
yang ingin mencintai dan dicintai..
oleh insan yang lain..
mencari titik persamaan..
bagi meraikan pe
rbezaan..

Aku..
Tidak sekuat gempa bu
mi gegarannya..
Namun tidak selemah h
embusan angin bayu..
Hatiku kuat mengatakan begitu..
Walaupun akan ada aral melintangnya..
Tidak mungkin boleh berlabuh kapal tanpa meredah tingginya ombak..

Aku..
Walaupun kata-k
ataku sebegitu..
Tidak bermakna tidak
endahkannya..
Malahan lebih mendalam maksudnya..
Usahlah diragui kata-kataku itu..
Kerana ungkapanku adalah dari hati..
Walhal terbitnya dari mulut..

Ak
u..
Tiada bertulis jaminannya..
Tiada bersaksi kata-kata yang diungkapkan..
Tiada bukti mam
pu ku leraikan..
Tiada janji lagi yang boleh ku ikatkan..
Tiada itu, ini, dan sebagainya..
Apa yang ada..hanyalah aku..
Aku terasa hati walaupun tidak bersuluh mahupun terang cahayanya itu. Tersentap seketika jiwa yang memerangkap perasaan aku ketika itu. Hakikatnya, manusia itu berbeza. Hakikat yang tidak mampu ditelan oleh semua manusia. Ianya pahit dan ramai yang enggan menerimanya. Aku sekadar aku. Yang inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Tanpa menerbitkan permusuhan di antara sekalian manusia. Andai ku pergi dahulu, maafkanlah segala kesalahan aku. Maaf ku pinta dari segenap lapisan yang pernah mengenaliku.

Tragedi Ahad Pagi

0
|
Hari Ahad. Pagi yang indah. Redup mata memandang dengan kesejukan embun menyelubungi bilik penulis. Semalam gatal minum air kopi. Gara-gara nak habiskan juga kopi yang sedikit itu. Sehingga jam 3.30 pagi masih belum ke alam mimpi padahal badan sudah kepenatan dan menguap yang banyak. Panas, resah dan seperti tiada haluan malam semalam. Banyak sangat ke penulis fikirkan. Emosi juga kurang stabil. Terasa panas dan mudah untuk marah. Period?aloo..lelaki kot..

Ni lah ramainya yang beratur

Penulis menghantar mesej kepada Erizuwan jam 7.30 pagi. Dia mengajak penulis untuk breakfast di McDonald. Katanya ada kupon, pembelian minimum RM5 boleh dapat percuma 2 set Big Breakfast. Lebih kurang RM2.50 untuk seorang bagi 1
set Big Breakfast. Berkobar juga nak pergi. Setelah dipersetujui, 9.15 pagi baru hendak ke sana. Ahli yang menyertai?Ziantty, Zaida, Erizuwan, Nuqman dan Naufal. Semuanya nampak macam selera besar. Kata orang dulu-dulu, kalau nak sarapan pagi patutnya jam 7-8.30 pagi. Dah pukul 9.15 pagi panggil ape yeh?hehe..

Beginilah keadaannya di Taman Tun Aminah

Setibanya di McD Skudai sebelah Shell, kelihatan penuh kereta parking sehingga ke bahu jalan. Dalam hati penulis, "McD bagi makan free ke sampai ramai macam nie?"Dapat dilihat yang beraturnya sampai ke luar daripada restoran. Sesak nampak. Ma
cam seksa je nak beli dan boleh dapat. Jam ketika itu sudah menunjukkan 9.35 pagi. Kelibat lagi satu kereta adalah "On the way". Penulis mencadangkan untuk ke Taman Tun Aminah. Barangkali tak ramai di sana. Setibanya di sana, dari luar macam tak ramai. Masuk dalam, memang ramai. Tempat duduk?harapan jela. Parking? Nasib baik ada satu. Jam ketika itu 9.56 pagi. Beraturlah semuanya dengan kupon masing-masing. Nampak macam tak bergerak. Ketika itu, keputusannya untuk bungkus sahaja. Sedang-sedang beratur, secara tiba-tiba elektrik terputus. Notis daripada TNB, tenaga elektrik diputuskan daripada jam 10 pagi - 6 petang. Ketika itu, jam sudah menunjukkan 10.20 pagi. Jauh lagilah nak sampai kaunter. Musnah harapan di situ. Gila apa TNB nie?buatlah kerja hari biasa lepas pukul 12 tengah malam.

Akhirnya, teh tarik, teh 'o' panas, milo air tabur & kopi 'o' panas

Seterusnya, kami membuat keputusan untuk makan nasi lemak kukus di Restoran Aminah. Kat mana?kat Taman Teratai. Belakang KTGB je. Setibanya di sana, masih lagi ramai. Jam ketika itu adalah 10.40 pagi. Perut ni dah macam buat tarian poco-poco. Sampai kat dalam restoran, demonstrasi pulak isi perut ni. Tiada siapa yang mahu ambil order. Akhirnya, datanglah seorang untuk mengambil pesanan. Diulang-ulang untuk minuman tapi tak pulak diambil pesanan makanan. Sehinggakan kopi ais penulis ulang hampir 5 kali rasanya. "Dey, tulis kan senang!" Bila hendak dipesan makanan, jawapannya "Nasi lemak dah habis" Aihh..habis, penuh, letrik putus, ramai, sesak, panas. Akhirnya, tosai telur juga yang dipesan penulis. Itupun, penulis dapat dalam pukul 11.18 pagi. Haiyoo..penulis pun panas hati ketika itu. Nak mengamuk pun ada jugak. Segala perancangan penulis untuk hari ahad terganggu gara-gara peristiwa ini. Akhirnya, semua tidak berhasil. Dalam hati terbakar jugak. Cepat juga penulis melenting hari ni.

I don't know why. I don't know how. I don't know when. But it already happened. I feel hot, angry, not comfortable, hate, and everything must be wrong somewhere.

I'm sorry if you take it seriously but I don't really mean it...

Sekitar Pesta Konvokesyen UTM ke-46

3
| Saturday, March 26, 2011
Pemandangan Pesta konvo dari S01

Universiti Teknologi Malaysia menganjurkan pesta konvokesyen ke-46 bermula 23hb Mac 2011 - 28hb Mac 2011 seiring dengan Festival Inovasi & Kreativiti. Festival yang dikenali sebagai INATEX masa dahulu menampilkan pelbagai projek penyelidikan yang dilakukan oleh mahasiswa mahupun pensyarah dan juga warga-warga universiti yang lain. Kali ini, pesta konvokesyen ditaja oleh MyTv3 dan juga TV9. Turut ditaja bersama MPH, Storm Readers dan sebagainya. Tiada lagi Celcom. Dah tamat kontrak agaknya kot atau mencari angin baru. Menjejakkan kaki ke tapak pesta, penulis merindui semula saat menjadi pengerusi Pesta Konvokesyen ke-42 yang dilihat pahit walaupun terselit manisnya. Apa yang berlaku biarkan ianya berlaku. Tiada apa lagi yang perlu diungkapkan.

Penulis turun pada hari pertama pesta konvokesyen iaitu pada hari rabu malam. Di mana ketika itu diadakan slot Aman Palestin. Panel dibawa ketika itu adalah salah s
eorang peserta konvoi kapal marvi marmara. Menceritakan pengalaman beliau ketika ditahan, diselamatkan dan pulang ke tanah air. Pengalaman yang sangat tragis dan sangat berharga namun tidak melunturkan semangat mereka untuk berjuang demi rakyat Palestin dalam membebaskan negara mereka dari taklukan Israel. Penulis turut berjalan-jalan sekitar gerai konvokesyen dan apa yang dapat dilihat umpama syurga membeli belah bagi wanita. Tudung syria, selendang, indon dan sebagainya penuh dijual. Pamerannya juga agak kurang dan barangkali baru hari pertama. Apa yang dibeli?Cempedak goreng bersama ice blended cappucino. Sempat juga penulis berkenalan dengan beberapa orang. ^_^

Antar gerai-gerai yang terdapat di Pesta Konvokesyen

Penulis pergi sekali lagi pada jumaat pagi di tapak pesta konvokesyen. Kali ini, penulis ke Festival Inovasi bagi melihat apa projek yang dibentang. Hakikatnya, memang menarik apa yang terdapat di sana. Ketika itu, sedang berlangsung pertandingan robocon di mana pelbagai robot di pertandingkan. Sempat juga penulis menjenguk booth r
akan sekelas penulis. Nampak sudah berhasil projek mereka. Penat lelah setelah berkampung di dalam makmal berminggu lamanya. Luar daripada festival, penulis tertarik dengan mesin pembuat roti jala yang diinovasikan oleh zul design. Khabarnya, Zul ini ditemuramah oleh MHI Tv3 pada khamis pagi. Ketika Dato' NC merasmikan festival inovasi. Beruntunglah rakan sekelas penulis 3 orang tuh. Dapat masuk tv percuma. Sempat juga penulis rasa roti jalanya yang diberikan secara percuma. Sedap. Mungkin sebab percuma. Sebelahnya kelihatan kereta proton elektrik. Kereta yang diubahsuai menjadi kereta elektrik hasil kerjasama FKE dan Proton.Antara pelajar sekolah yang memeriahkan festival inovasi

Tidak ketinggalan pelajar sekolah yang hadir dengan digamitkan oleh juruacara pesta konvo. Pelbagai telatah mereka sedikit sebanyak membuatkan penulis tersenyum. Antara yang penulis amati, mengenai kehadiran seorang artis yang namanya ringkas tetapi tinggi suaranya serta pernah menjuarai salah sebuah pertandingan nyanyian yang tersohor. Tatkala penulis mengedarkan flyers, datang pelajar sekolah bertanya kepada penulis.



"Abang, Tv3 ada datang sini eyh?"

"A'ah dik. Pagi semalam. MHI ada datang. Buat interview Naib Canselor UTM pasal festival inovasi yang adik tengok kat dalam khemah ada aircond tuh."

"Artis ada datang x bang?sape artis yang ada?"

"Taktaulah dik. Ada kot artis yang datang. Tapi malam ni or malam esok. Abang x sure la sape yang akan datang"

"Pagi ni takde artis ke bang?"

"Nanti abang pesan kat brader tuh untuk bawak artis datang pagi ni jugak"

Berlalu kecewa pelajar sekolah itu. Penulis hanya tersenyum. Harapan melihat artis musnah. Takpelah dik, tengok festival inovasi tu lagi berharga. Untung-untung boleh fikir tajuk psm bila dah masuk universiti. Taklah macam abang ni yang tak siap-siap lagi psm nya walaupun bercita-cita nak bergraduasi. Kesimpulannya, malam semalam Black yang popular dengan lagu Sofia Jane hadir memeriahkan pesta konvokesyen ke-46. Bak kata seorang rakan penulis, "ramai je yang putih, hitam tuh juga yang diminatnya". Bukan penulis yang keluarkan ayat ni, penulis hanya sampaikan apa yanbg disampaikan oleh rakan penulis. Oleh itu, silalah pergi ke Pesta Konvokesyen ke-46!

Penulis tetap tidak berpuas hati. Mana mungkin dilayan kucing putih seperti anak sendiri sedangkan kucing hitam seperti anak tiri jiran kampung sebelah sedangkan dua-dua kucing berada dalam sangkar yang sama.

-Taulah hebat tapi tak payah bangga sangat-


Master vs Bekerjaya

2
| Tuesday, March 22, 2011
Semester akhir semakin tiba ke penghujungnya. Kini sudah 22hb Mac, tarikh tamat semester adalah 15hb Mei. Tidak jauh lagi jika diukur jaraknya. Ketika inilah pelbagai benak soalan bermain di fikiran. Persoalan yang memerlukan pelbagai sudut diperhati dan diperhalusi untuk menjawabnya supaya tidak tersilap memeta langkah seterusnya dalam kehidupan.

"Master atau bekerja?"

Peluang sudah terbuka. Mari kita ungkap dahulu berkenaan dengan master. Walaupun degree belum tamat lagi tetapi peluang untuk sambung belajar ke peringkat master sudah terbuka. Tambahan pula, UTM sudah bertukar menjadi status menjadi Universiti Penyelidikan. Pelbagai geran sudah diluluskan untuk melaksanakan penyelidikan dalam banyak bidang. Bagi penulis, penulis cuba untuk mencari peluang. Penulis tidaklah sampai ditawarkan ke peringkat phD, tetapi peringkat master itu sudah boleh dipertimbangkan.



Berjalan di fakulti tadi, terpandang iklan. Tawaran biasiswa daripada Panasonic. Syarat-syaratnya CGPA 3.0 and above. Menarik, tertarik. Dalam taklim
at hari tuh, untuk yg CGPA 3.0 - 3.49 ni susah sikit nak dapat tajaan. Ada tawaran untuk menjadi research assistant di mana dibayar RM1600 per semester. Tawaran sudah terhidang. Minat secara tiba-tiba terbuka. Penulis berjumpa dengan 2 orang pensyarah bagi menyatakan hasrat untuk menyambung master. Alhamdulillah, disambut baik. Ditanya software atau hardware?Penulis lebih cenderung untuk membuat software. Tajuk pun sudah diberikan. Apa yang tinggal?memohon biasiswa dan juga tempat tinggal di UTM. Pembantu felo mungkin?


Bekerjaya. Resume dan cover letter sudah dihantar ke pelbagai syarikat. Tapi, tiada satu pun yang memanggil untuk temuduga. Banyak juga harapan disandarkan tetapi masih tiada jawapan. Penulis hanya pergi ke temuduga Intel padan bulan Februari yang lalu. Jawapannya haruslah gagal. Penulis juga cuba mencari peluang di Singapura ataupun di Jerman. Tapi, memikirkan dipanggil temuduga, jauhla pulak. Ibu penulis juga seperti kurang gemar jika penulis bekerja di Singapura. Katanya jauh dari Kuala Lumpur. Baik ummi, anakmu ini pulang berbakti di KL. Apapun, peluang pekerjaan masih terbuka luas. Banyak lagi yang belum diterokai. Penulis juga memikirkan untuk memohon di tempat penulis jalani latihan industri yang lalu. Ataupun mencari kerja di Kelantan. Semuanya demi membina karier dalam kehidupan di samping merangka rumahtangga dan keluarga yang lebih besar. Niat bekerja juga tinggi.

Kesimpulannya - tidak boleh disimpulkan yang mana satu pilihan hati...

Dalam kehidupan antara paling susah sekali adalah membuat keputusan. Sebab itu kemahiran decision making sangat berharga dalam diri setiap insan.

HMM - Harimau Malaya Mengaum!

2
| Sunday, March 20, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa

HMM - Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi, penulis boleh garapkan untuk dijadikan Harimau Malaya Mengaum. Bukan apa, salah sebuah filem epik melayu yang boleh dianggap antara yang terbaik. Filem yang menelan belanja berjuta nilainya ternyata membuahkan hasil yang memuaskan. Hasil pementasan oleh KRU iaitu tiga anak muda yang penulis kenali sewaktu lagu popular mereka 'Awas'. Melalui trailernya, sememang ada day
a tarikan untuk umum melihat. Tidak ketinggalan bagi penulis. Harus tengok.

Hasil sentuhan tiga anak muda, KRU

Sudah ditayangkan lebih daripada seminggu baru penulis berkesempatan untuk menontonnya. Penulis bersama dengan haziq, nuqman, erizuwan dan izaat lau membelah waktu tatkala jam menunjukkan 12.32 p.m. Tempat yang dipersetujui ialah Jusco Tebrau. Pada mulanya, dicadangkan di Skudai Parade tapi dilencongkan ke Tebrau. Seperti biasa, Jusco Tebrau dipenuhi dengan pelanggannya tambahan pula pada hari ahad. Beratur sudah, waktu tontonan juga sudah dipilih. 3.15 p.m. Harga tiket..? RM14!!What?!!Penulis tengok Lord of The Ring pun RM10. Bukan taknak support filem melayu, tapi tak payahlah sa
mpai cekik RM14. Siot betol..

Antara babak di dalam filem HMM

Selesai solat dan makan, tibalah saat untuk menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa. Filem sejarah yang membuka mata kita apa yang berlaku dahulu kalanya. Filem yang boleh dikatakan 60% bahasa inggeris dan 40% bahasa melayu. Lakonan Stephen Rahman, Umie Nazira dan Khir Rahman sangat menjadi. Mereka sangat menjiwai watak masing-masing. Dari segi ceritanya, seolah-olah seperti filem Lord of The Ring di mana Aragorn yan
g dilihat sebagai lone ranger pada akhirnya menjadi seorang raja. Backdrop, scenery dan penggunaan cahaya sangat menarik. Penulis agak teruja dengan ceritanya. Pelbagai intonasi, bahasa melayu dahulu dan kiasan-kiasan yang menarik dikeluarkan. Antara dialog yang menjadi pilihan penulis,

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua. Bila dua
jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"

"Empangan sudah dibuka masakan boleh ditahan airnya"

"Apa salahnya jika mahu dilihat apa yang di dalam tudung saji"

"Manakan sama bau perisai dengan bau wanita"Inilah bukti RM14. Sengal betol..

Kiasan yang mendalam. Penulis biarkan kalian menonton sendiri cerita itu. Kalau diceritakan dalam blog ini, tiada lagi kejutannya. Apa-apapun, penulis letakkan rating 4.5/5 untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa!Tahniah KRU!

Kisah suami & isteri

0
| Tuesday, March 15, 2011
Penulis pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 14hb Mac 2011. Setelah 3 hari di Kelantan dan 3 hari setengah di Kuala Lumpur. Letih, penat dan juga agak kurang rehat. Memandu sejauh 300km kemudian terbang sejauh 475 km seterusnya pulang semula sejauh 475km dan memandu semula 300km. Itu tidak termasuk pelbagai kerja-kerja yang dilakukan sepanjang berada di Kelantan dan KL. Sekurang-kurangnya ketika penulis di KL, penulis berkesempatan berjumpa dengan Nabil, Fikri dan Ainul. Ketiga-tiga rakan penulis ketika di MRSM Beseri. Sudah lama tidak ketemu mereka. Ada yang berubah, ada yang maintain. Yang penulis paling teruja bila Fikri tanya,

"maintain je aku nampak ko..pe rahsia?"

Jawapannya - Hahaha..penulis pun rasa dah berisi sekarang..hahahha!

Dalam perjalanan ke Johor Bahru, penulis tertarik dengan satu kisah yang diceritakan. Berkenaan dengan suami isteri. Cerita yang mengisahkan perbezaan fikiran lelaki dan perempuan. Ceritanya bermula apabila Faizal(bukan nama sebenar) dan Rokiah(juga bukan nama sebenar) berkahwin. Setelah 2 minggu mendirikan rumahtangga, mereka kelihatan serasi bersama. Segala perbezaan diserap bagi meraikan perbezaan itu. Satu kejadian telah berlaku. Pada hari Ahad, Faizal bangun dari tidur dengan muka yang monyok. Diam, tiada kata dan juga tidak ceria.

Rokiah bertanya, "hari ni kita nak pegi mane?"

Jawab Faizal, "mana-mana yang awak nak pergi."

Rokiah menjawab, "kita pergi Alamanda yeh. Nak pegi window shopping."

"ok", jawab Faizal dengan muka selamba.

Sepanjang mereka di Alamanda, Faizal hanya mendiamkan diri dan seolah-olah tiada mood. Wajahnya masih ditimpa sedih. Rokiah sudah semakin pelik. Ditanya, tapi tiada jawapan. Merajuk dengan dia kah?Ada dia buat salah ke?Ataupun masakan semalam tak sedap ke?Rumah x kemas ke?dah lama tak balik umah mak dia ke?Kesemua soalan ditanya namun Faizal mendiamkan diri. Last sekali Rokiah tanya, "Saya ada buat salah dengan abg ke sampai abg taknak cakap dengan saya,muker dek je..diam membatu, tak layan saya?"

Faizal menjawab, "mende ni takde kaitan dgn awak pun".

Rokiah terus merajuk. Dalam kereta, kedua-duanya mendiamkan diri. Rokiah mencebikkan mukanya dengan harapan suaminya akan memujuk. Namun, harapannya meleset. Faizal tetap mendiamkan diri. Mukanya masih lagi serius dan tidak bercakap. Rokiah semakin gusar dan sudah memikirkan pelbagai perkara yang lain. Ni mesti ada fair dengan perempuan lain sampai dah taknak layan. Saya ni dah tak cantik ke?sampai hati abang buat macam ni kat saya.

Sepanjang memandu pulang ke rumah, dalam fikiran Faizal pula, "Macam mana Arsenal boleh kalah semalam. Dahlah kalah dengan Birmingham City kat League Cup, tersingkir dari Champions League lepas kalah dengan Barcelona. Semalam pulak kalah lagi dengan Manchester United dalam FA Cup. Aiseh, tension betul aku. Alahai the Gunners!"

Hati perempuan mengatakan 'D' tapi fikiran lelaki mengatakan 'P'. Tidak akan sama walaupun serasi. Pasti ada perbezaannya. Cuma terpulang kepada suami & isteri untuk meraikan perbezaan itu dalam mencari kebahagiaan dalam mahligai perkahwinan. Ini cerita sekadar cerita. Tiada kaitan dengan sesiapa.

Selamat pengantin baru kepada Abg Muz & Kak Hasni setelah mereka diijabkabulkan pada 12hb Mac 2011...

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine