Keblinger

Keblinger

Kisah suami & isteri

0
| Tuesday, March 15, 2011
Penulis pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 14hb Mac 2011. Setelah 3 hari di Kelantan dan 3 hari setengah di Kuala Lumpur. Letih, penat dan juga agak kurang rehat. Memandu sejauh 300km kemudian terbang sejauh 475 km seterusnya pulang semula sejauh 475km dan memandu semula 300km. Itu tidak termasuk pelbagai kerja-kerja yang dilakukan sepanjang berada di Kelantan dan KL. Sekurang-kurangnya ketika penulis di KL, penulis berkesempatan berjumpa dengan Nabil, Fikri dan Ainul. Ketiga-tiga rakan penulis ketika di MRSM Beseri. Sudah lama tidak ketemu mereka. Ada yang berubah, ada yang maintain. Yang penulis paling teruja bila Fikri tanya,

"maintain je aku nampak ko..pe rahsia?"

Jawapannya - Hahaha..penulis pun rasa dah berisi sekarang..hahahha!

Dalam perjalanan ke Johor Bahru, penulis tertarik dengan satu kisah yang diceritakan. Berkenaan dengan suami isteri. Cerita yang mengisahkan perbezaan fikiran lelaki dan perempuan. Ceritanya bermula apabila Faizal(bukan nama sebenar) dan Rokiah(juga bukan nama sebenar) berkahwin. Setelah 2 minggu mendirikan rumahtangga, mereka kelihatan serasi bersama. Segala perbezaan diserap bagi meraikan perbezaan itu. Satu kejadian telah berlaku. Pada hari Ahad, Faizal bangun dari tidur dengan muka yang monyok. Diam, tiada kata dan juga tidak ceria.

Rokiah bertanya, "hari ni kita nak pegi mane?"

Jawab Faizal, "mana-mana yang awak nak pergi."

Rokiah menjawab, "kita pergi Alamanda yeh. Nak pegi window shopping."

"ok", jawab Faizal dengan muka selamba.

Sepanjang mereka di Alamanda, Faizal hanya mendiamkan diri dan seolah-olah tiada mood. Wajahnya masih ditimpa sedih. Rokiah sudah semakin pelik. Ditanya, tapi tiada jawapan. Merajuk dengan dia kah?Ada dia buat salah ke?Ataupun masakan semalam tak sedap ke?Rumah x kemas ke?dah lama tak balik umah mak dia ke?Kesemua soalan ditanya namun Faizal mendiamkan diri. Last sekali Rokiah tanya, "Saya ada buat salah dengan abg ke sampai abg taknak cakap dengan saya,muker dek je..diam membatu, tak layan saya?"

Faizal menjawab, "mende ni takde kaitan dgn awak pun".

Rokiah terus merajuk. Dalam kereta, kedua-duanya mendiamkan diri. Rokiah mencebikkan mukanya dengan harapan suaminya akan memujuk. Namun, harapannya meleset. Faizal tetap mendiamkan diri. Mukanya masih lagi serius dan tidak bercakap. Rokiah semakin gusar dan sudah memikirkan pelbagai perkara yang lain. Ni mesti ada fair dengan perempuan lain sampai dah taknak layan. Saya ni dah tak cantik ke?sampai hati abang buat macam ni kat saya.

Sepanjang memandu pulang ke rumah, dalam fikiran Faizal pula, "Macam mana Arsenal boleh kalah semalam. Dahlah kalah dengan Birmingham City kat League Cup, tersingkir dari Champions League lepas kalah dengan Barcelona. Semalam pulak kalah lagi dengan Manchester United dalam FA Cup. Aiseh, tension betul aku. Alahai the Gunners!"

Hati perempuan mengatakan 'D' tapi fikiran lelaki mengatakan 'P'. Tidak akan sama walaupun serasi. Pasti ada perbezaannya. Cuma terpulang kepada suami & isteri untuk meraikan perbezaan itu dalam mencari kebahagiaan dalam mahligai perkahwinan. Ini cerita sekadar cerita. Tiada kaitan dengan sesiapa.

Selamat pengantin baru kepada Abg Muz & Kak Hasni setelah mereka diijabkabulkan pada 12hb Mac 2011...

Al-Fatihah...

2
| Saturday, March 12, 2011
Toknik bersama dengan cicitnya, Nadira Antasya

Tanggal 8hb Mac 2011, penulis menerima panggilan daripada ibu penulis jam 12.02 tengahari. Penulis baru sahaja memasuki pintu masuk UTM daripada Pontian. Penulis membawa rakan-rakan KLM untuk mengunjungi sekolah yang bakal mereka adakan kursus motivasi.

"Jat, Toknik dah meninggal dunia..", kata ibu penulis.

Sekujur Tubuh putih berseri ringan dan mudah diurus. Sewaktu Izrail datang menjemputnya pulang, lidahnya basah dengan Zikrullah, memberi salam kiri dan kanan lalu pergi buat selamanya menemui Allah dan juga suaminya yang terpisah selama 22 tahun...

Penulis tersentak dan tergamam walaupun sedang memandu. Tiada apa yang mampu diucapkan. Penulis pulang ke bilik dan telefon kakak penulis untuk mencari tiket penerbangan terus ke Kota Bahru. Flight JB - KL Airasia hanya ada pada jam 11 malam. Flight KL - Kota Bahru ada jam 1 petang, 6 petang dan 8.50 malam. Penulis terus meng
ambil beberapa pakaian dan beberapa barang yang penting, menaiki kereta dan memandu pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, penulis bersetuju bersama kakak penulis untuk pulang menaiki Air Asia jam 8.50 malam. Penulis terus memandu hingga ke Putrajaya untuk meletakkan kereta dan rakan penulis menghantar penulis ke LCCT. Penulis berjumpa dengan kakak penulis di sana.

Sepanjang perjalanan yang terik, penulis mengalirkan air mata. Tidak terjangka penulis, nenek penulis akan pergi meninggalkan kami. Kami 4 bradik seolah-olah tidak percaya nenek penulis yang kelihatan sihat dan kuat sudah tiada. Memandu keseoran
gan dalam keadaan panas terik nyata mencabar. Kakak penulis selalu menghubungi penulis supaya memandu berhati-hati. Kami semua kelihatan sugul dengan mata masing-masing seperti lebam. Bagi penulis, mata penulis sedikit bengkak gara-gara kelihatan bercampur air mata. Jam 8.50 malam, kami meninggalkan Kuala Lumpur dan tiba di Kota Bahru jam 9.35 malam. Kami dibawa terus ke umah mak sedara penulis dan berjumpa dengan keluarga di sana. Air mata mengalir untuk ke berapa kali entah. Di saat nenek penulis menghembuskan nafas, beliau ditemani oleh ibu bapa penulis. Kata beliau, "Supo duk Kolumpo..".

Gambar terakhir Toknik bersama anak, cucu & cicit
12hb September 2010

Jam 11.40 pagi, nenek penulis sudah kelihatan tenat dengan matanya sudah mula memandang ke atas. Dadanya bernafas semakin laju dan tangan serta kakinya sudah sejuk. Ketika itu, ibu penulis menelefon kesemua adik bradik ayah penulis untuk datang ke hospital. Jam 11.55 pagi, nenek penulis menghembuskan nafasnya yang terakhir. Asbab kematian, paru-paru berair dan jantung sudah semakin lemah untuk berfungsi. Jenazah d
ibawa ke Pasir Pekan untuk dimandikan, dikapankan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Pekan selepas asar. Sememangnya permintaan nenek penulis untuk dikebumikan di sana. Ramai, penuh dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Seorang yang amat pemurah telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Seminggu yang lalu, nenek penulis dimasukkan ke hospital Kota Bahru kerana sesak nafas. Ketika itu, ayah dan ibu penulis sudah pulang ke Kota Bahru dan mereka menjalankan sistem giliran bagi menjaga nenek penulis. Hujung minggu yang lalu,
kesemua sepupu-sepupu penulis pulang untuk menziarahi nenek. Hanya penulis yang berada di Johor Bharu tidak pulang gara-gara peperiksaan TECS pada hari sabtu. Penulis bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hari khamis dan pulang ke Kelantan pada keesokannya untuk menjaga nenek. Apakan daya, beliau telah pergi dahulu pada hari selasa. Rasa terkilan, sedih, sayu tidak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir memandangkan beliau dikebumikan selepas asar sedangkan penulis tiba selepas isyak. Paling terakhir penulis menemui beliau ketika hari raya aidilfitri 2010. Ketika beliau di rumah penulis, penulis berada di Johor Bharu. Air mata yang mengalir tak dapat menghidupkan kembali arwah Toknik. Hanya doa mampu cucumu ini kirimkan. Beliau adalah nenek terakhir yang menyulami hidup penulis selama 22 tahun. Tokwan sudah meninggal dunia ketika penulis baru sahaja 7 bulan. Nenek sebelah ibu meninggal dunia 10 bulan sebelum penulis dilahirkan manakala atuk meninggal dunia ketika penulis berumur 3 tahun.

Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi saat kematian. Beliau telah pergi, kita..?bila lagi..

~Nik Maimah binti Nik Hussein~
~9 Oktober 1924 - 8 Mac 2011~
~Tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang mendapat redha-Mu Ya Allah~

Al-Fatihah...

KAMI BLOGGER AKTIF UTM

1
| Monday, March 7, 2011

Blogger sudah semakin popular di kalangan warga universiti. Semakin ramai sudah mempunyai blog yang tersendiri. Kreatif, inovatif dan mempunyai bakat dari segi penulisan. Tidak hairan ramai yang mempunyai blog. Seperti penulis, sekadar ingin menulis di alam maya. Sekadar berkongsi cerita-cerita mengenai penulis, apa yang penulis lalui dan apa pandangan penulis mengenai sesuatu. Tetapi, penulis dijemput untuk sertai blogger UTM yang aktif, jadi penulis unjurkan kepada warga-warga UTM yang lain untuk turut serta juga. ^_^

Sila lah klik -
http://dirahpunyerblog.blogspot.com/2011/03/gathering-bloggers-utm.html

Nama : Wan Muhammad Aizat bin Wan Md Salleh
Umur : 23 tahun
Tempat menarik di UTM : Hutan Rekreasi

"Saya rasa BLOGGER UTM terbaik!"

Silalah join kerana tarikh tutupnya 13hb Mac 2011.

Seoul - Episod 1

2
| Sunday, March 6, 2011

Penulis sudah ke Seoul, Korea Selatan pada 8hb Disember - 14hb Disember. Tapi, belum berkesempatan untuk menulis di dalam blog. Jadi, penulis membuat keputusan untuk menulis secara berperingkat. Penulis bercadang untuk menulis mengikut hari pertama dan seterusnya. Mungkin lebih tersusun dan mungkin mengambil sehingga tempoh 5 bulan sebelum betul-betul tamat ceritanya. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh sepanjang 10 bulan sebelum ke Seoul. Semuanya dilalui dengan sendirinya. Kami sekursus menempuhnya tanpa sebarang garis panduan. Kesemuanya sendiri dan itu sebenarnya pengalaman yang paling berharga. Kalau semua tanya orang, takde pengalaman membuat kesilapanlah kan?

Tanggal 8hb Disember 2010, saatnya sudah tiba tatkala jam memasuki pukul 12 tengah malam. Ketika itu, penulis masih lagi sedang mengemas barang
untuk dibawa ke Korea. Masih lagi bingung barang mana yang hendak dibawa dan tidak. Makanan?haruslah penting. Maggi, coklat, roti dan sebagainya semua disumbat di dalam 1 beg yang besar. Pukul 1 pagi, penulis cuba melelapkan mata. Tetapi, agak gagal di situ kerana terlalu gemuruh untuk ke Korea Selatan. Jam 3 pagi, ibu penulis mengejut penulis. Bersiap-siap dengan mandi dan sebagainya memandangkan kami akan mula bergerah membawa barang jam 4 pagi. Awal pagi yang hening, sunyi dan sejuk. Kami berkumpul di Arked Kolej 9. Menanti bas untuk tiba sementara pelbagai pemeriksaan terakhir dilakukan. Akhirnya, kami bertolak daripada UTM jam 5.30 pagi menuju ke LCCT. Dalam perjalanan, perasaan gembira bercampur gemuruh. Akhirnya, kami tiba di LCCT jam 10.15 pagi dan menunggu beberapa lagi rakan penulis untuk sampai sebelum kami check-in beramai-ramai.Ketika di LCCT, penulis masih lagi sempat menghantar email kepada Afif di Dongguk University dan Hafiz di Korea University tentang kedatangan kami ke sana. Segala persiapan terakhir memandangkan kemungkinan kami tiada perhubungan bermula menaiki penerbangan sehingga ke universiti itu. Jam 11 pagi, kami semua mula untuk check-in tiket penerbangan. Barang sememangnya banyak dan kami dipecahkan kepada dua kumpulan bagi memudahkan urusan. 36 orang untuk di check-in serentak. Sehinggakan kaunter itu ditutup khas untuk kami. Pastinya lama menunggu sehingga selesainya semua pada jam 12.30 tengahari. Seterusnya, kami masuk ke balai berlepas dan melepasi semua pemeriksaan keselamatan. Memandangkan zohor telah masuk, kami semua mengerjakan solat jamak & qasar terlebih dahulu. Tetapi, dalam keadaan kelam-kabut memandangkan kami perlu masuk ke dalam kapal terbang paling lewat adalah 1.30 petang. Penerbangan kami jam 1.55 petang.
Alhamdulillah, segalanya selamat dalam penerbangan. Jam 1.55 petang, kami mula meninggalkan dunia Malaysia. Penerbangan yang mengambil masa 6 jam 45 minit ke Incheon International Airport dari LCCT. Semuanya gembira. Muka ceria kelihatan di wajah setiap rakan penulis. Dalam penerbangan, haruslah berjalan-jalan. 6 jam 45 minit untuk duduk statik adalah satu kerja yang agak kurang munasabah. Kami juga sudah ditempah makanan dalam penerbangan. Taklah rasa tak tau nak buat apa. Semakin lama, semakin gelap cuaca kelihatan. Sudah semakin hampir dengan Seoul. Ketika m
emasuki ruang udara Korea Selatan, kami melihat pembentukan ais di tingkap menandakan sememangnya cuaca sangat sejuk. Kami juga berkesempatan melihat turunnya salji ketika penerbangan. Perjalanan 6 jam 45 minit semakin hampir ke penghujungnya. Akhirnya, jam 9 malam waktu Korea Selatan, kami tiba di Incheon International Airport. Kagum, terpesona, tidak percaya, gembira, jakun dan sebagainya bercampur baur.

Apabila memasuki bangunan terminal, kami sudah merasakan kesejukan. Tetapi, dikhabarkan itu sekadar kesejukan penghawa dingin. Kami perlu menaiki tren seperti di KLIA untuk ke bangunan terminal utama. Pemeriksaan passport dan sebagainya dilakukan dan kami semua mengambil bagasi masing-masing. Kami keluar dari balai ketibaan dan disambut oleh Mr. Vincent dan Mr. Lewis. Mereka adalah tour guide kami sepanjang kami berada di Seoul. Kami diberi masa untuk menukar pakaian yang lebih tebal kerana diberitahu cuaca ketika itu adalah -2 darjah celcius. Untuk ke bas, kami keluar dari bangun
an terminal. Sememangnya sangat sejuk. Lebih daripada duduk di dalam air-cond. Mulut kami semua berasap dan kelihatan ais berada di atas jalan dan kenderaan. Dikhabarkan, sebelum kami tiba salji telah turun. Ketika kami tiba, salji sudah berhenti. Teruja perasaan penulis melihat suasana di Seoul. Kami terus dibawa ke Hotel Co-Op Omokyo di Yangpyeong, pinggir bandar Seoul.

Setibanya di hotel, semua masuk ke bilik masing-masing. Ada yang makan maggi, ada yang berjalan-jalan di luar dan ada yang sudah melelapkan mata. Pelbagai kerenah. Cuba mencari air-cond dan ada yang mengeluh kerana pintu bilik airnya lutsinar. Apa-apapun, kami semua telah selamat tiba di bumi Seoul. Bumi yang sudah menjadi impian kami untuk menjejakkan kaki sejak bulan Februari. Gembira tidak terhingga dapat dirasa. Badan penulis terasa amat penat kerana hanya tidur 2 jam dan menempuh perjalan sejak jam 5.30 pagi. Tidur malam itu walaupun kurang nyenyak kerana tempat baru tetapi perlu tidur memandangkan esok kami semua akan ke Dongguk University. Esok paginya apa yang terjadi?Penulis akan ceritakan dalam episod yang akan datang.

Aquaria,KLCC

1
|

Lama tidak update blog. Kekurangan idea untuk menulis?mungkin. Tiada mood untuk menulis?mungkin. Sibuk dengan PSM?mungkin juga. Penulis cuba mencari ruang untuk terus menulis di dalam blog. Sekadar ingin memahatkan memory dalam bentuk penulisan di alam maya. Orang kata, kepuasan sendiri.Pada tarikh 2hb Februari yang lalu, penulis berkesempatan untuk ke Aquaria, KLCC. Ini merupakan kali ke-3 penulis ke Aquaria. Yang pertama bersama keluarga iaitu pada tahun 2006. Kali ke-2 ketika penulis membawa salah seorang foreigner dari Bahrain ketika cuti bulan Disember 2010. Ke-3?pada tarikh 2hb Februari. Harga tiket?hanya RM25(harga student). Pada hari sebelumnya, penulis baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Tiba jam 12 tengah malam selepas selesai temuduga How To Get Yourself Employed.

Seperti yang dijanjikan iaitu pukul 10 pagi. Tetapi, penulis sudah maklumkan untuk tiba lewat sedikit kerana penulis harus ke Damansara terlebih dahulu. Peserta yang sertai?Sasa, Ziantty, Haziq, Ijat amer, Ijat lau, Nuqman, Erizu, dan Adi. Semuanya 9 orang termasuk penulis. Jam 11 pagi kami bertemu di Aquaria. Pabila masuknya ke dalam Aquaria, perkara pertama yang kami lihat adalah belangkas. Baru kami tahu kenapa pepatah melayu mengatakan, "macam belangkas". Belangkas jantan dan belangkas betina selalu bergerak bersama. Itu yang berlaku dalam dunia realiti. Seterusnya, kami melihat hidupan air dan darat yang lain. Pelbagai kerenah, telatah dan juga lawak-lawak yang tercipta ketika di dalam Aquaria itu. Apatah lagi, apabila semuanya saling memangkah di saat mereka semua menemui hidupan masing-masing.Gamat, ikan buntal, ikan flowerhorn, katak lonjong, kura-kura, plankton, sotong. Kesemua ditemui. Alangkah indahnya hidup mereka. Jangan marah ye kwn-kwn semua. Terpangkah dalam diam. Bukan sekadar berlawak mahupun jalan-jalan tetapi melihat, menatap, memerhati, dan pelajari pelbagai hidupan yang terdapat di dunia ini. Itulah soal pembelajaran sebenarnya. Pembelajaran melalui pemerhatian. Ilmu boleh didapati di mana-mana walaupun dilihat sebagai berjalan-jalan. Kami menikmati makan tengahari di KLCC sebelum ke taman KLCC untuk bergambar. Kenangan bagi Ziantty yang datang dari Yong Peng untuk melihat KLCC. Dari duduk, berdiri malah melompat. Pelbagai gaya yang dapat dilihat. Apa-apapun, kami seronok bersama. Walaupun orang melihat dari segi yang lain tetapi hati yang merasainya sendiri ini mempunyai persepsi tersendiri. Penulis terpaksa pulang awal kerana ada lagi kerja yang hendak diselesaikan. Mereka terus ke Mid Valley. Pukul 5 petang, penulis sudah pun tiba di kereta untuk pulang ke rumah.

Mereka dan mereka. Just another day with them. Seriously, I don't have words to describe how I feel to it. But, I'm really enjoy the moment we have together. It will be our memories that we have created together and ever. As we go on, I still remember you guys..

~Sasa,Ziantty,Haziq,Nuqman,Erizuwan,Ijat Amer,Ijat Lau,Adi~

Contest "Gambar Percutian yang Menarik"

0
|

Next contest. Contest lagi?kena tag sampai 3 contest, jadi kenalah join tiga-tiganya. Lagipun, semuanya menarik untuk disertai. Tapi, ada lagi satu contest tak boleh masuk pula. Kali ini contest untuk gambar percutian menarik. Percutian, banyak dah yang penulis pergi. Paling latest, ketika ke Korea Selatan. Jadi, gambar yang penulis pilih pastinya di Korea Selatan.
Inilah gambarnya. Gambar yang diambil ketika penulis di Myeongdong Street, Seoul, Korea Selatan. Umpama di New York Street. Suhu ketika ini sekitar -5 darjah celcius. Dengan anginnya lagi. Sejuuuukkk sangat....

Kalau nak menyertai contest ini, bolehlah klik link di bawah : -

http://wanmyzuracollections.blogspot.com/2011/02/contest.html

Tarikh tutupnya pada 6hb March 2011. ^_^




"Our Memory Photo Contest"

2
|

Lame dah tak menjenguk ke blog sendiri. Tapi, bila dijenguk, perkara utama dibuat ialah join contest. Hahaha, thanks Sara untuk tag penulis bagi contest seterusnya. Memory Photo?memory?Banyak je memory bersama dengan mereka. Jadi, banyaklah gambarnya.

Untuk join contest nie, pastinya ada syarat-syarat tersendiri. Jika kalian ingin sertainya, bolehlah ke link seperti di bawah. Syarat-syaratnya juga ada terserta. ^_^

http://www.weebitbear.blogspot.com/

Untuk gambarnya, penulis memilih gambar ini : --Penulis memilih gambar ini kerana semua mereka gaya bersahaja-

Siapa mereka?Mereka adalah insan yang menyinari bintang-bintang bergemerlapan dalam hidup penulis di UTM ini. Mereka adalah ahli Kelab Lambaian Masyarakat yang sememangnya rapat dengan penulis. Penulis merindui gelak tawa mereka yang seringkali menyelubungi penulis ketika masa-masa suram. Thanks Guys!

Untuk contest ini, penulis tagkan lagi 4 orang. Siapa mereka yang bertuah itu?

Ainul Hasnida
Shafiq Shukor
Kak Aimi
Salfiza

Lupa, tarikh tutupnya ialah 1hb April 2011. ^_^
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine