Keblinger

Keblinger

Melaka, Here We Come!

| Thursday, July 28, 2011
Let go for vacation!
This time, Malacca..

Mulanya merancang nak pergi ramai-ramai, last sekali tinggal 3 orang je yang nak pergi. Memandangkan Faten tak balik KL, kami turun ke Melaka.
Hari sabtu, 23hb Julai 2011. Setelah dirancang, kami memulakan perjalanan jam 10.15 pagi. Rancang masa nak pergi tapi tak rancang nak pergi mana bila dah kat sana. Dengan memandu myvi kelajuan 110km/j, kami tiba di Manipal College lebih kurang 11.40 pagi. Haruslah mengambil orang yang pakar tentang jalan Melaka dahulu.

Coconut Shake Klebang - RM2.00

1st impression tengok Manipal College, 'nice'. Cantik, menarik. Tempat taklah besar mana tapi puas hati la jugak. Selesai amik Faten, meluncur ke Klebang. Penulis, Wanie, Farah dan Faten. Klebang ada apa?Klebang ada Pantai Klebang. Sini, orang selalu main layang-layang. Penuh juga orang jual layang-layang. Tetapi, apa yang istimewa adalah 'Coc
onut Shake Klebang'. Dengan cuaca yang sangat panas, minum air coconut shake klebang dengan ada ais krim sangat menyegarkan. Memang teruja dengan coconut shake ini!

Menara Taming Sari

Ok. Sudah segar, mengantuk sudah hilang, sejuk pun sudah. Kali ini, gerak masuk ke Bandar Melaka. Tempat tumpuan pelancong. Maklumlah, tak salah m
enjadi pelancong negara sendiri kan. Penulis berada betul-betul di hadapan Menara Taming Sari. Melihat macam best je. Kami mengambil keputusan untuk naik Menara Taming Sari. Harganya, RM10. Untuk naik selama 7 minit. Kalau naik malam lagi cantik rasanya. Walaupun panas, dalam menara itu ada air-cond. Setelah naik, walaupun gayat, teruja juga melihat sekitar Melaka. Cantik pemandangan dari atas. Ketinggiannya kurang pasti. Dapatlah melihat sampai ke kawasan laut.

Pemandangan dari Menara Taming Sari

Seterusnya, kami ke bukit St. Paul, ke Kota A'Famosa, bangunan Stadhuys. Kat area-area ni, perkara standardnya adalah mengambil gambar. Macam-macam gambar posingnya. Dengan cuaca yang amat panas, hanya 1 payung dan naek turun tangga. Memang berpeluh. Bau masham habis badan. Dah penat lelah, singgah di depan bangunan Stadhuys untuk makan cendol. Dalam pada masa yang sama, sempat lagi beli potato twist. Sedap juga walaupun pedas.

X pepasal dalam penjara : Wanie, Farah, Penulis

Next, Jonker Street. Jalan asal namanya Jalan Hang Jebat. Bila bahasa inggerisnya, terus jadi Jonker. Hebat betul Jebat ni. Jonker Street ni macam Insa
dong kalau kat Korea Selatan. Ataupun Petaling Street. Kereta boleh lalu. Tepi-tepinya banyak kedai jual souvenir yang agak murah. Bolehlah kalau nak beli souvenir di sini. Selain itu, ada juga jual buah melaka, cendol, gula ketuk dan sebagainya.

Jonker Street = Jalan Hang Jebat

Setelah berpanas, mencari pula air-cond. Terus masuk kereta, pasang aircond sampai volume 3. Bila fikir punya fikir, kami mengambil keputusan untuk ke Tanjung Bidara. Ambil angin di tepi pantai yang indah. Harapnya taklah panas sangat. Dari Bandar Melaka ke Tanjung Bidara mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiba sahaja di sana, kami hanya duduk sambil perhatikan laut. Cerita..cerita..dan cerita..Itu jelah..

Pantai Tanjung Bidara

Masa untuk makan. Destinasi seterusnya adalah Muara Sg Duyung. Kata Faten, antara ikan bakar yang sedap. Ada orang kata kat Alai lagi sedap. Memandangkan tahu jalan ke Muara Sg Duyung je, kami ke sana. Memilih ikan sendiri. Menu yang di order, tauhu bakar, sotong goreng tepung, sayur kailan, ikan siakap sebelah masak masam manis, sebelah bakar dan air tembikai. Otak-otak juga ada. Yang uniknya, orang Melaka makan lauk-lauk ni dengan nasi lemak bukan dengan nasi putih. Tak tahulah kalau penulis memang tak pernah nampak sebelum ni. Tapi, memang sedap memandangkan tak makan sejak tengahari.

Menu Makan Malam di Muara Sg Duyung

Selesai makan, hantar semula Faten ke Manipal. Terpaksalah kami meninggalkan beliau. Nak belajar, memanglah kena tinggal. Dengan perut sudah sendat, mata mujur masih lagi kuat. Selesai mengisi minyak dan buang apa yang patut, jam 9.30 malam kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Mujur Wanie dan Farah tak tidur sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, kami selamat sampai di tol Sg Besi jam 10.30 malam. Taklah laju kan?

We will be friends forever..Wanie-Aizat-Faten

I really appreciate the time with you guys. It just remind me how close we are since in primary school. I won't ever forget you guys. And seriously I'm happy live in Kuala Lumpur with people like you.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine