Sesudah mengharungi hari-hari yang mendatang, akhirnya April muncul jua. Kenapa dengan April?Tiada apa. Hanya semakin dekat tempoh masa untuk penulis meninggalkan UTM. Berkelana di bumi Skudai ini hampir 4 tahun. Tiba saat dan waktu untuk penulis mengorak langkah ke tempat lain. Ke mana destinasi selepas ini? Mungkinkah di Skudai? ataupun di Kuala Lumpur? mahupun di Singapura? Impian itu ada, hasrat itu terukir, cita-cita itu menggunung namun jalannya? Itu yang penulis sedang cuba untuk corakkan. Semester akan berakhir pada 15hb Mei. Kira-kira sebulan setengah lagi tinggal. Pahit, manis, masam, kelat, masin, perit, haru,biru dan berbagai lagi keadaan yang penulis lalui. Apa-apapun, organisasi yang telah penulis sertai tetap yang terbaik bagi penulis. Bermula dengan SEP 07/11, JKM KTC 2008, Kelab Lambaian Masyarakat, JKM KTC 2009 dan juga beberapa organisasi yang lain.
Itu kenangan penulis di UTM. Kali ini, penulis hendak coretkan peristiwa ketika mengambil keputusan SPM 2005. Dah tertulis tentang keputusan SPM 2010 untuk MRSM Beseri, penulis teringat peristiwa ini. Tarikhnya 12hb Mac 2006, penulis bersama-sama dengan rakan penulis seramai 8 orang. Kami menaiki bas Etika Ekspress daripada Stesen Puduraya ke Stesen Kangar. Tidak silap, kami mengambil bas jam 9 pagi. Sembilan orang daripada Kuala Lumpur dalam sebuah bas dengan niat untuk mengambil keputusan SPM keesokkannya. Ada lagi ramai batch penulis yang ke Perlis. Masing-masing dengan cara masing-masing. Kami sudah merancang lebih awal untuk tidur di Hotel Putra Palace. Tempah bilik deluxe 1, kongsi hampir 12 orang. Suasana yang seronok dalam bas. Maklumlah, berjumpa dengan rakan-rakan lama. Kami tiba di Kangar jam 4 petang. Terus check in di Putra Palace. Petang itu, ada di antara kami yang pergi swimming di hotel itu. Malamnya, kami berjalan-jalan sekitar Kangar. Namun, bandar Kangar sudah mula sunyi mulai jam 10 malam. Malam itu, kami berkumpul lebih daripada 20 orang dan tokey kedai makan itu senyum malam itu. Ketika itu, penulis masih ingat kami sama-sama menonton live Manchester United vs Newcastle United di mana Man Utd menang 2-0.
Selesai makan dan berjalan-jalan, kami pulang semula ke hotel. Di hotel juga terbit sedikit masalah. Kesimpulannya, kami mencabut undi. Dibahagikan kepada 4 kategori. Pertama, mendapat bantal. Kedua, mendapat selimut. Ketiga, tempat tidur di atas katil. Keempat, breakfast buffet di hotel. Penulis dapat breakfast buffet. Tapi, tidurnya hanya beralaskan karpet, berbantalkan beg dan berselimutkan tuala. Takpelah, janji dapat makan sedap pagi esoknya. Biasalah, anak muda. Jam 3 pagi barulah semuanya lelap. Jam 6.30 pagi, bangun untuk solat subuh. Ada lagi yang baru tiba di Kangar. Mereka menumpang di bilik kami untuk mandi dan bersiap. Penulis turun untuk sarapan bersama rakan penulis. Hari ini, keputusan SPM akan diumumkan. Keputusan yang akan diperolehi setelah 2 tahun berada di Perlis. Berdebar-debar juga hati penulis. Gerun, cuak, tidak keruan dan sebagainya. Siapa yang tidak resah ketika itu memandangkan hanya 20 km memisahkan kami dengan MRSM. Jam 9.30 pagi, kami menempah 3 buah teksi untuk membawa kami ke Beseri. Ketika itu, sudah ada yang menelefon rakan yang berada di Beseri. Semuanya dengan nada ceria. Bagi penulis, nada ceria itu ada baiknya memungkinkan penulis juga akan mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Kami tiba di Beseri jam 10 pagi. Ketika itu, sudah ramai batch penulis berada di situ. Ada yang melihat senarai hutang, ada yang berjumpa dengan guru, bersama ibu bapa. Ada juga yang ceria, menjerit kegembiraan, air mata kejayaan dan tidak kurang yang hanya mendiamkan diri. Penulis segera melihat di mana patut penulis ambil keputusan. Di dalam dewan Syed Putra, penulis melangkah masuk. Di depan penulis adalah Razif Zainudin atau biasanya dipanggil razai. Staff yang menyampaikan keputusan kepada razai berkata, "Tahniah!". Sempat penulis melihat slipnya. Kesemuanya A. Seterusnya, giliran penulis. Penulis menerima slip itu dan staff itu hanya mendiamkan diri. Penulis memerhati lama slip itu. Dikira, dihitung, dicongak. Tidaklah begitu memberangsangkan. Penulis terus keluar daripada dewan dan dihujani dengan soalan biasa, "Berapa dapat?"
-4 Diligent-
Tiada kata-kata yang mampu penulis katakan. Penulis terus menelefon ibu penulis. Ketika itu, sudah mengalir air mata kegagalan. Sedikit demi sedikit air mata itu mencurah. Tersedu-sedu penulis bercakap dengan ibu penulis. Kata Ummi, "Dahlah..dah tertulis sebegitu. SPM bukan segalanya. Yang penting dah berusaha. Allah dah tentukan sebegitu.". Ya Ummi, anakmu ini sudah mengecewakanmu. Anakmu ini sudah belajar jauh-jauh tapi keputusannya tidaklah seperti yang diharapkan. Penulis sempat berjumpa dengan cikgu Rakesh. Sempat dipeluk penulis. Penulis masih ingat kata-kata beliau, "Perjalanan masih jauh. SPM ini hanya permulaan. Dunia luar sana lebih besar dari yang awak sangkakan. Banyak lagi peluang-peluang untuk awak yang dah sedia terhidang.". Rakan penulis yang 8 orang tadi sudah senyum kegembiraan. Ceria berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Ketika itu, penulis menghantar mesej kepada kawan baik penulis, Fariz. "Aku balik KL dulu. Tak payah cari aku. Aku balik sendiri.". Beg dicapai, melangkah ke pondok pengawal. Mata ditutup dengan spek mata hitam. Hanya senyum palsu kepada rakan-rakan yang selisih dengan penulis. Penulis hanya senyum bila ditanya tentang keputusan.
Teksi tiba. Penulis terus menaiki teksi ke stesen kangar. Di stesen bas, dicari bas ke Kuala Lumpur. Namun, tiada. Penulis mengambil teksi terus ke Alor Setar. Keseorangan. Handphone ditutup. Mata disarungkan spek hitam. Berbual dengan pakcik teksi pun penulis agak lemau. Setibanya di Alor Setar jam 1.30 petang, penulis terus mengambil bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Di dalam bas, terus menerus air mata penulis mengalir. Umpama tiada henti. Pelbagai sesalan dan sedih menyelubungi penulis. Sesekali penulis melihat pintu bas. Rasa seperti mahu membunuh diri dengan terjun dari sana. Sesekali terlelap juga penulis. Penulis rasakan seperti tidak mahu lagi hidup gara-gara SPM. Malu, sedih, kecewa, tiada arah tujuan lagi dalam hidup. Bersama dengan 8 orang untuk ke Perlis, tetapi mereka semuanya memperolehi keputusan yang sangat cemerlang. Paling kurang pun 9A 1B. Jauh sekali dengan penulis. Antara mesej yang penulis perolehi, "takpe jat. SPM bukan segala-galanya. Ada lagi insan yang lebih teruk dari yang kita dapat." , "Jangan buat kerja gila. Balik kl, balik kl. Jangan pergi bunuh diri ke pe..". Risau juga ibu bapa penulis memandangkan penulis pulang keseorangan. Jam 7.30 malam, penulis orang pertama dari Beseri yang tiba di Kuala Lumpur. Ayah penulis mengambil di stesen Puduraya. Lesu, tidak bermaya, mata lebam, tidak mahu membuka mulut. Sunyi sahaja di dalam kereta.
Tiba di rumah, penulis mengurungkan diri di dalam bilik. 3 hari 3 malam penulis murung. Mesej tidak berjawab. Panggilan tidak diangkat. Makan pun tiada selera. Hanya baring di atas katil, dengan telangkupkan bantal dan menitiskan air mata. Tidak bermaya untuk keluar dari rumah. Resah ibu penulis ketika itu. Sehingga hari ke-3, ibu penulis seperti sudah hilang sabar. "Bangun ni!SPM tuh bukannya teruk sangat. Ada juga A. Bukan takde langsung. Nak jadi apa nie?Nak baring kat katil ni sampai mati?Takde usaha langsung nak ubah diri sendiri. Isilah apa-apa yang patut dulu. Sambung belajar. Takkan nak memerap je!Fikir perasaan dia je..ni,perasaan ummi ni tak fikir?!keputusan dah dapat. Ummi susah hati tengok ajat macam ni tak fikir?!bangun!". Tersentak penulis seketika. Difikir-fikir semula, takkan penulis hendak berterusan sebegini. Penulis bangun, kemas katil. Basuh muka dan mandi hampir sejam lamanya. Keluar dari bilik dan terus salam ummi. "Minta maaf ummi, ajat kecewakan ummi."
Hasrat untuk ke luar negara sudah berkecai. Rakan-rakan penulis yang lain kebanyakannya mendapat tawaran belajar di luar negara. Dan ketika itu, penulis sudah menjauhkan diri daripada mereka. Malu, kecewa dan juga cemburu dengan kejayaan mereka. Penulis mendiamkan diri dan terus memasuki Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Membina semula semangat, perwatakan dan juga impian untuk berjaya. Merangka semula perhubungan rakan-rakan yang baru. Memperkuatkan jambatan silaturrahim dengan pelbagai insan bermula dengan KMPP seterusnya di UTM Skudai. Penghujungnya, kini penulis sudah di semester akhir tahun akhir di UTM. Bermula tahun 2006 - 2011 pelbagai pengalaman yang mendewasakan penulis. Pengalaman yang memungkinkan penulis tidak boleh perolehi andainya ke luar negara. Setidak-tidaknya penulis boleh mengenali Pulau Pinang, Perak, Johor dan pernah juga menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Penulis ingat kisah ini. Kisah yang menjadi titik hitam dalam sejarah hidup penulis.
"Gagalnya kita sekali tidak memungkinkan untuk kita gagal lagi melainkan kita menjadikan kegagalan itu untuk melompat ke arah kejayaan. SPM bukan segala-galanya. Walaupun tersungkur di satu jalan, ada lebih banyak jalan alternatif lain yang terbuka untuk kita lalui, untuk kita harungi dan untuk kita alami..."

3 comments:
teringat zaman pakai baju putih kain khaki.. tapi pdrm sempoi sket..f5 bleh pakai baju peach+kain koko,baju putih +kain khaki, baju biru muda+ kain biru gelap. lagi dua hari pakai baju kurung biasa bagi perempuan..
Giler sempoi.. Sekarang tak de dah..
Tapi kan, dapat banyak A pun belum tentu rezeki kita tertulis untuk ke luar negara..mungkin ada hikmah yang belum kita namapak.. dan mungkin kita dah nampak tapi buat-buat tak nampak..hahaha
haih..y aku xdek memory amek result n tserempak ko n cermin mata hitam ko tu eh? hehe.. poyo la Jat... smpai mcm tu skali upenye 'kegagalan' ko.. cehs~~ cuba bsyukur sket.. hihihi.. aku lg teruk kot..tp haih..xde prasaan~ hee.. bru trasa teruk nya aku ni bila baca psl ko n 'kgagalan' ko neh~ hoho.. :p
Sara:kalo kat beseri pon,leh je pki t-shirt ngan sluar khakis..gambar je nmpk rajen pkai kemeja putih..hehehe..kalo dpt byk A,skurang-kurangnya terbukak peluangnye..kurang A,tutop tros kot..heee...
Ainul:Yang pasti,aku x tego sesape sgt pon..tros chalow blk kl..bkn nk kate x bersyukur,cumanya kurang kewarasan akal berfikir tym tuh..sbb tuh aku postkan kt group beseri 'x semestinya x skor xleh berjaya'. Contohnya ko. Dah bley blanje aku nando's!weee...
Post a Comment