Isu hangat. Dalam UTM. Menjelang 2 minggu terakhir sebelum 3542 orang mahasiswa tahun akhir UTM menamatkan pengajian mereka. Pastinya pelbagai kenangan tidak boleh dilupakan di tempat menara gading ini. Tempat yang menjadi curahan pelbagai ilmu duniawi mahupun ukhrawi di mana bakal meninggalkan kesan rindu walaupun sekecil zarah di dalam hati mahasiswa sekalian.Namun, ketika akhir-akhir ini timbul pula isu status berhutang di kalangan 3542 orang ini. Dibuka Aimsweb, ditekan pada status kewangan, apa yang terpapar Berhutang. Seronok rasanya melihat status sebegitu tambahan pula di akhir-akhir semester ini. Menjadi mahasiswa tahun akhir bukanlah mudah. Draf thesis perlu dihantar, peperiksaan akhir lagi, tengah-tengah tuh wujud pula assignment. Tiba-tiba muncul isu hutang. Hutang kerana apa?kerana yuran TECS.TECS - ujian yang diambil ketika bulan Februari dan 5hb Mac yang lalu. Taklimat telah diberikan kepada semua mahasiswa tahun akhir. UTM menjadi universiti pertama untuk mengaplikasikan ujian ini untuk semua mahasiswa tahun akhir. Nak masuk universiti kena ambil MUET, nak keluar universiti kena ambil TECS. Seperti kebiasaannya, umpan yang sangat mujarab untuk mahasiswa tahun akhir, "Jika anda tidak hadir, bakal menjejaskan proses graduasi anda". Apa itu TECS?Kaedahnya sama seperti MUET. Ada 2 sahaja ujian iaitu communication & writing skills. Communication - bersembang mengenai satu topik dengan 4 orang dan writing pula menulis karangan. Sama seperti MUET. Apa yang tiada adalah reading dan listening. Bandnya juga sama seperti MUET. Dikatakan jika band 3 dan ke atas, baru dimasukkan ke dalam transkrip. Kenapa tak guna MUET je?Bukankah semua industri dah kenal apa itu MUET?Jenuhlah nak terangkan tentang TECS pula.
Bukti yuran TECS sudah dimasukkan dalam yuran pengajian
Apa isunya? Isunya adalah mahasiswa tahun akhir perlu membayar sendiri RM40 untuk yuran TECS. Ketika taklimat, telah diberitahu bahawa yuran TECS telah dimasukkan sekali di dalam yuran yang telah dibayar. Menjelang tarikh-tarikh akhir ini, mahasiswa diminta untuk menjelaskan hutang yuran TECS. Janji lain, buat lain. Macam janji RM 10 juta nak bina kandang kuda tapi suruh 10 juta orang bayar RM1 untuk bina kandang kuda itu. Kelakar. Penulis juga ada membaca isu ini di Facebook MPM bersama mahasiswa. Katanya, yuran itu untuk membayar gaji pensyarah yang menanda kertas TECS dan mungkin yang menjadi panel ketika ujian. Sampaikan untuk bayar gaji pensyarah dah takde duit?
Alahai Bendahari, matanglah sikit..
Kalau berkaitan dengan duit, pastinya mahasiswa akan melenting. Ya, benar, pasti ada suara-suara mengatakan "ala..beli iPhone boleh, takkan RM40 tak boleh bayar. Untuk pelajaran jugak. Susahlah mentaliti macam ini..". Ini bukan berkenaan dengan duit. Ini berkenaan dengan janji yang telah diutarakan. Terbukti menunjukkan bahawa yuran itu sudah dimasukkan. Alih-alih kena bayar sendiri. Kalau dah dalam universiti sudah menunjukkan penipuan sebegini, apatah lagi dunia realiti di luar. Mana mungkin kita bakal mencapai negara yang berintegriti tinggi. Salah siapa?Kalau semua menjalankan tugas masing-masing dengan amanah setelah menerima gaji, pastinya tidak akan menjadi sebegini. Kalau isu duit boleh dimanipulasi, apatah lagi isu-isu lain. Jangan salahkan mahasiswa jika kurang rasional atau bertindak melulu. Kalau yang melayan mahasiswa itu profesional, mana mungkin mahasiswa akan bertindak tidak profesional. Sikit-sikit ugut tak boleh bergraduasi. Bermula dengan degree++, harvard case study, TECS, kajian KPT dan lain-lain. Umpannya tetap sama - "Bakal menjejaskan proses graduasi anda!"
Penulis sekadar ingin memberitahu, mahasiswa adalah pelanggan universiti. Apalah salahnya kalau melayan mahasiswa seperti pelanggan yang berkelas tinggi. Penulis agak tidak berpuas hati bila ke kedai di Meranti. Bila ditanya, muka tiada senyuman malahan jawab seperti taknak menjawab. Agak-agak kalau Dato' Seri Najib yang datang kedai tuh, buat macam tuh tak?Inilah manusia kat Malaysia. Yang berjawatan tinggi, berkepentingan dilayan bagai raja. Yang pelajar, kecil lagi umurnya, dilayan bagai anjing belaan. Diskriminasi!
Janji ditabur seperti manis gulanya tapi bila ditelan kelat pahit terasa. Anda mahu profesional?sila layan kami secara profesional. Jangan marah kalau dibalas layanan itu seperti anjing, kalau dah diberi layanan anjing..