Syarikat tempat kerja penulis?namanya Gaia Science (M) Sdn Bhd. Mempunyai cawangan di Singapura dan Indonesia. Cawangan di Indonesia adalah yang terbesar dan di Singapura adalah yang terawal. Cawangan di Malaysia baru memasuki tahun keduanya bertapak dalam Malaysia. Syarikat penulis menjadi solely distributor untuk beberapa jenama seperti Nuaire, CEM, Heidolph, Percival dan lain-lain. Jenama-jenama seperti ini untuk barang biosains ataupun analytical. Kebanyakannya digunakan di makmal penyelidikan yang menggunakan kimia ataupun sel-sel.
Mana syarikat ini?di Bandar Puteri, Puchong. Mempunyai 17 orang dalam satu syarikat. 3 orang director, seorang General Manager, 7 orang product specialist, 2 orang marketing support, 1 orang admin dan 3 orang engineer termasuk penulis. So far, penulis sudah berurusan dengan semua dan semuanya sangat friendly. Memang environment yang sangat sesuai untuk bekerja. Banyak membantu sesama sendiri dan terasa seperti sangat welcome untuk bekerja dalam syarikat ini. Kebanyakan mereka merupakan orang yang sudah lama bekerja. Penulis merupakan orang ke-3 fresh grad untuk bekerja di situ.
Jadi kerja penulis?service engineer. Lebih kepada installation, calibration, testing, comissioning, troubleshooting dan service. Penulis biasanya bekerja selepas penjualan barang kepada pengguna. Antara barang-barangnya, biological safety cabinet, co2 incubator, laminar flow, autoclave, magnetic stirrer, homogeniser, vortex mixer, digestive microwave, rotary evaporator dan sebagainya. Setelah hampir sebulan bekerja, ada lagi barang yang penulis sendiri belum jumpa mahupun tengok.
Nak kena pergi kerja dah, nantilah penulis sambung lagi ceritanya. ^_^
Thanks to Dr Chua, Chang, Li Juan, John, Mei Sing, Andrea, Megan, Chiong, Vanessa, Jan, Puteri, Emily, Durga for all your support.
Big thanks to Shakir, Evon and Tung for really being nice to me.
Kerja memang kerja. Tapi, harapnya taklah terikut sangat dengan mereka. Harapnya taklah..

