Keblinger

Keblinger

Another Day With Them..

1
| Saturday, January 22, 2011
Bukti Penulis di tempat ke-2..ramai tak percaya kan?=p

Hari ini penulis bersama mereka lagi. Siapa mereka?pastinya kanak-kanak riang ahli Kelab Lambaian Masyarakat. Pencen?Ini hanya program sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan kemesraan antara ahli kelab dengan aktiviti riadah. Riadah kali ini ialah KLM Super Bowl 2. Eh, sudah 2?haruslah..penulis merupakan pemenang tempat ke-2 kategori individu lelaki tahun lepas. Tahun ini?sejak dari awal penulis sudah katakan tidak akan pertahankan kedudukan itu. Tahun lepas, mungkin nasib. Penulis bukan hebat sangat permainan bowling ini. Tahun lepas, kami bermain jam 10 pagi. Tahun ini kami bermain jam 1.00 tengahari dan tempatnya masih lagi Danga City Mall dengan bayaran yang sama.Kami yang bersaing..

Seperti biasa, apabila bertemu sesama ahli kelab, masing-masing mengeluarkan taring untuk memangkah sesama sendiri. Acapkali bertemu, itu sahaja modalnya. Tapi, ta
waan sebegitu yang mengeratkan lagi hubungan kami sekelab. Itu antara skill-skill ahli kelab lambaian. Penulis juga tidak ketinggalan untuk memangkah mereka terutamanya Abg Sport yang jarang-jarang berjumpa. Permainan bermula. Jatuhan pin penulis pada frame pertama game pertama ialah 3. Aiseh..dah nampak susah nak menang macam ini. Hasilnya selepas 2 game, penulis hanya mampu menjatuhkan 215 pin. Tahun lepas, penulis jatuhkan 257 pin. Tahun ini merundum. Kedudukan ke-8 untuk kategori lelaki. Namun, tempat ke-3 kategori berkumpulan dengan jatuhan pin sebanyak 693 bersama Naufal dan Nana. Tempat ke-2 tahun lepas telah dirampas oleh Naufal. Fahim di tempat ke-3. Seperti biasa, Abg Azwar tempat pertama dengan 370 pin. Mungkin penulis harus training lagi selepas ini. Apa yang penting?hubungan kami semakin erat.Ais Batu Campur..Kat Kg Melayu lagi sedap kot..

Selesai solat, dengan 5 buah kereta, kami bertolak ke Larkin. Larkin untuk ape? Untuk lunch+dinner. Menu makanannya ialah kacang pool. Kacang pool?apa ada dalam kacang pool?Kacang pool ini berhampiran dengan balai bomba larkin. Setelah 3 tahun setengah di JB, baru tahu tempatnya. Penulis kurang pasti kedai ini dibuka waktu
malam atau tidak. Kacang pool ialah kuah seperti kuah kacang yang dicampur dengan bawang dan diletakkan telur. Roti dicicahkan bersama untuk menjadikan rasanya agak menarik. RM4.00. Kacang pool dimakan bersama ABC. Jam 5 petang, kami semua pulang ke UTM. Just another day with them. Gelak tawa yang pasti akan penulis ingati.
Inilah Kacang Pool..Next time boleh bawa SEP maybe..

As we go on..
We remember..
All the time we had together...

Terima kasih semua!


Lain orang..Lain pandangan

0
| Friday, January 21, 2011
Semalam penulis melepak di tepi Tambak Johor. Melihat negara Singapura daripada negeri Johor. Lebih kurang pukul 12.30 tengah malam. Penulis bersama 9 yang lain sekadar sembang-sembang dan bergelak ketawa. Maklumlah cuti Thaipusam keesokan harinya. Dalam sembang-sembang itu, berceritalah tentang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita yang dikhabarkan sangat kelakar dan boleh pecah perut. Cerita arahan Mamat Khalid. Tidak ketinggalan juga cerita tentang Ngangkung dan juga Khurafat. Kesemuanya cerita genre seram yang sememangnya popular di Malaysia kini. Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah genre komedi seram manakala Khurafat sememangnya cerita seram yang asli.

Bila bercerita tentang cerita di panggung wayang ini pasti ada yang mengatakan cerita ini best dan cerita ini bosan. Banyak yang telah penulis lihat orang beri ko
men tentang cerita-cerita ini. Ada yang mengutuk, ada yang kata best dan ada yang kata langsung tak seram. Hantu Kak Limah Balik Rumah, antara cerita yang dikatakan kelakar dan penuh dengan komedi. Setengah orang melihat cerita itu sebagai sebuah cerita tanpa mesej. Ada yang melihat sebagai sebuah jalan cerita yang boleh buat pecah perut. Dalam 10 orang yang menonton,mungkin 8 orang berkata best serta kelakar dan 2 orang lagi sekadar mengatakan, "bolehlah.."

Ngangkung, ramai mengatakan kelakar dan berkomedi tetapi pasti ada sahaja yang mengatakan tidak best dan tiada motif. Apatah lagi cerita Khurafat. Penulis melihat di Facebook, ada seorang yang beriya-iya ingin menonton cerita Khurafat setelah degembar-gemburkan oleh Melodi bahawa cerita itu antara lain daripada yang lain. Selesai tonton, komen beliau, "Hantu kak limah balik rumah lagi seram wehh..", dengan penuh kecewa. Bagi penulis, cerita di panggung wayang adalah subjektif. Ianya tidak boleh ditafsirkan melalui cerita daripada orang. Pandangan Ali dan Abu juga tak mungkin sama. Ali mungkin nampak Leha itu cantik tetapi Abu melihat Leha itu manis. Dari segi kecantikan itu sendiri sudah terkeluar beberapa tafsiran yang lain. Jadi, komen selagi boleh namun kritikan membina itu perlu ada. Lain orang, lain pandangannya de
r..

Ketiga-tiga cerita ini belum lagi penulis tonton. Jadi, tak boleh komen lebih. Apa-apapun industri perfileman negara sudah cuba untuk mengorak langkah lebih jauh. Semoga Berjaya!

Tentang Bulan..

0
| Tuesday, January 18, 2011
Bulan dan bintang bersinar berkerlipan
Dan menerangi keindahan malam
Tanpamu bulan malam kegelapan
Tanpamu bintang hilanglah keindahan

*
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Semoga berkekalan selamanya

Begitulah kami hidup lima sekawan
Sama berjanji susah senang dirasa
Membawa sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

Penulis gemarkan melodi muzik yang diadunkan dengan lirik sebegini. Sangat bermakna. Terima kasih kepada Zaidah yang memutarkan lagu ini ketika program Euphoria. Memang sangat bermakna lirik lagunya.



Memori Tercipta

3
| Monday, January 17, 2011
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Lagu ini sudah lama. Namun, bila dimainkan ketika program Euphoria di saat-saat akhir, penulis terkesima dengan liriknya. Ringkas, tiada tersirat. Semuanya tersurat. Tetapi, lirik dan melodi lagunya mampu membuatkan penulis bergelinangan air mata. Mungkin kerana penulis sudah bertekad untuk berhenti daripada menyertai sebarang program selepas ini. Itu yang telah penulis katakan di dalam program Euphoria yang mungkin merupakan program terakhir penulis dalam Kelab Lambaian Masyarakat. Memori yang tercalit sukar dipadamkan bersama mereka apatah lagi dipelawa untuk menjadi ketua fasilitator. Penulis sudah berikan yang terbaik dan itu sahaja yang mampu penulis terbitkan dari diri penulis ini.

Euphoria - I really appreciate it..

This song dedicated to sasa,telor,izaat lau,ijat amer,haziq,roza,zianti,zaidah,haha,didi,budin,zakiah,sabhi,amir hasrul,shahrul,abang,mat yan,shafiq,nadira,abg azwar..dan semua peserta Euphoria!



Temasik - 1st Time

0
| Friday, January 14, 2011
Temasik..nama sekarang - Singapura. Bahasa inggerisnya - Singapore.
Sejak tahun 2007, penulis hanya melihat tanah besar seberang Selat Tebrau dari Danga Bay. Itulah Singapura. Negara yang terpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 dengan di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew. Negara yang dikenali ramai orang di dunia dan antara sedang mencapai status negara maju. Malaysia?juga di landasan yan
g sama untuk menjadi negara maju.

Tarikh 16hb Januari 2010. Penulis bersama abg azwar ke sana. Rancangannya sudah termaktub 2 minggu sebelumnya. Itupun, beliau yang mengajak penulis u
ntuk ke sana. Seperti mengantuk disorong bantal, terima saja pelawaan. Tambahan pula, sudah ada passport. Passport pula seperti sudah lama menanti untuk dicop. Kali terakhir passport penulis dicop ketika ke Phnom Penh. Jam 7.10 pagi abg azwar menjemput penulis dan kami terus ke Terminal bas Larkin. Bas SBS Transit no. 170. Tambang - RM1.50. Bermulalah edisi ke luar negara walaupun ke seberang Selat Tebrau. Selesai imigresen, kami berhenti di stesen MRT Kranji. Abg azwar mencadangkan penulis membeli kad seperti touch n go. 15 dollar singapore. Dalam kad, ada 10 dollar. Katanya, cukup untuk perjalanan 1 hari. Pesan abg azwar, "Ko ikot aje aku..jangan mandai nak pegi tempat-tempat lain. Jangan wat per0k sangat". Hahaha...

Destinasi pertama, Pulau Sentosa. Dari Kranji, kami terus ke Harbour Front dan melaluit Vivo City. Dari Vivo City, kami mengambil Sentosa Express tros ke P
ulau Sentosa. Kranji - Harbour Front, 1.82 dollar. Vivo City - Sentosa Island, 3 dollar. Cantik pantainya. Seperti di Hawaii. Dah kata di Singapura, pastinya ada sahaja foreigner yang sun bathing. Tambahan pula, cuaca sudah semakin panas. Kami terus ke Underwater World. Melihat hidupan marine yang dipamerkan. Lebih besar sedikit daripada Aquaria. Tetapi, kami terlepas persembahan dolphin. Selepas itu, kami menaiki Luge. Menarik juga dengan menaiki sky walker. Dua kali pusing juga. Dah boleh racing dengan abg azwar. Seterusnya, kami berjalan-jalan di Pulau Sentosa. Mengambil gambar di setia sudut. Akui penulis, pulau dengan keadaan pasir serta pantainya sememangnya amat cantik. Cuma pemandangannya kurang menarik bila nampak banyak kapal-kapal berlabuh seperti di perlabuhan pula. Tidak ketinggalan, penulis juga melihat ramai gadis-gadis melayu Singapura yang hanya memakai bikini ketika mandi laut mahupun berkelah. Budaya mereka atau sudah semakin hilang identiti?tiada jawapan..

Pukul 3 petang, kami pulang semula ke tanah besar. Mak
an tengahari di Vivo City dan solat di masjid berhampiran. Kami meneruskan destinasi ke Raffles. Di situ terdapatnya Merlion Park dan Esplanade. Akhirnya, sampai juga penulis di tempat trademark Singapura. Apabila ke Singapura, tempat ini pasti dikunjungi seperti di Malaysia iaitu KLCC. Identiti negara sendiri. Selepas puas bergambar, penulis pergi ke Orchard Road. Sabtu petang, sememangnya sibuk di Orchard Road. Penuh dengan lautan manusia. Orchard Road boleh digambarkan seperti Bukit Bintang atau Dongdaemun Market di Korea Selatan. Kedai-kedainya agak mahal sedikit tetapi mempunyai banyak pilihan. Kalau berpisah penulis dan abg azwar, memang susah hendak berjumpa semula. Destinasi terakhir, kami ke Chinatown. Mencari ole-ole untuk keluarga dan rakan sekelas. Tambahan pula, mereka tidak tahu penulis ke Singapura walaupun hari sebelumnya kami ke Air Terjun Bekok. Chinatown samalah seperti Petaling Street. Banyak yang dijual murah souvenir Singapura. Penulis paling terpikat apabila melihat 6 keychain untuk hanya 2 dollar. Memang penulis borong keychain itu. Selesai segala-galanya, kami menaiki MRT dan terus ke stesen Kranji semula. Kami tiba di Terminal bas Larkin kira-kira jam 10.30 malam. Pulang ke UTM dan sampai di bilik, selesai mandi dan kemas barang seperti tiada apa yang berlaku. Rakan penulis masuk, "Jat, jom pegi makan". "Jom!", balas penulis tanpa sebarang syak wasangka.

Nice experience to be in other country. Nice place to visit but not for living. Pengalaman yang menyedarkan betapa bersyukurnya berada di Malaysia. ^_^


Nasi Ayam Penyet

4
| Thursday, January 13, 2011
Nasi ayam penyet. Nasi dengan ayamnya dipenyetkan. Menu yang kebiasaannya memang sedap jika makan di negeri Johor. Tambahan pula, di Taman Universiti sahaja sememangnya banyak menu nasi ayam penyet. Bagi penulis, ni bukanlah menu kegemaran sangat. Kali pertama penulis menikmati nasi ayam penyet ketika di Restoran Benafe selepas beriadah di taman kebun bunga bersama ahli-ahli KLM yang lain. Terkejut juga penulis. Apa yang dihidangkan ialah nasi, ayam yang penyet, sambal belacan dan ulam-ulam.

"Ini je??kuah-kuah xde??"

Itulah nasi ayam penyet. Sejak dari itu, penulis jarang makan nasi ayam penyet ini walaupun ramai yang menggemarinya. Kerana?kerana penulis bukan boleh makan yang pedas sangat. Nak cicah dengan apa nasi putih tuh?Mestilah ada kuah. Tapi, gara-gara tiada kuah terpaksalah telan dengan sambal belacan yang memang pedas. Berpeluh-peluh juga makan. Sampai terpaksa teguk air 2 gelas. Masuk dalam kereta, pedih je perut. Nak buat macam mana..perut bukan pegi training untuk tahan pedas.

Petang tadi, kak syila menunaikan permintaan penulis untuk dibelanja nasi ayam penyet. Sudah lama tidak merasa. Nak jugak merasa semula. Kami pergi ke Restoran Pinang. Bila menu dihidangkan, nampak sedap. Sambal belacannya memang pedas. Mujur ada sup. Boleh buat kuah. Ayamnya?boleh tahan sedap. Pada masa ini, mungkin persepsi penulis sudah berubah. Nasi ayam penyet sedap!Setibanya di bilik, perut sudah seperti membuat tunjuk perasaan. Meronta-ronta minta dilepaskan. Perut semakin pedih gara-gara pedas sambal belacan. Terpaksa servis perut pula.

Kesimpulannya, kalau dah tak boleh makan pedas, jangan gatal nak makan pedas..
(peringatan untuk diri sendiri..)


Project or MLM?!!

0
| Tuesday, January 11, 2011
Penulis berehat lebih kurang 3-4 hari daripada menulis gara-gara coding html blog ini. Sengsara juga bila tengok layout belakang kaler biru dah hilang. Bila regenerate, tiada apa-apa berlaku. Kerana malas hendak mencari layout baru, penulis berehat daripada menulis. Setelah selesai meletakkan layout baru, baru ada semangat nak menulis semula. Cantik tak layout baru nie?hehehe..

Petang tadi, penulis dikejutkan dengan satu panggilan(unknown n
umber). Katanya, beliau dapat no telefon penulis berdasarkan direktori UTM dan mengatakan penulis terpilih untuk menyertai sebuah projek. Fasih juga berbahasa inggeris sehingga penulis sedikit kelu untuk menjawabnya semula. Beliau mengatakan untuk berjumpa dengan penulis pada jam 5.30 petang di arked kolej 9. "It's a student's project and we r selecting our core leader at the moment..". Itu message yang penulis terima. Bunyi seperti inginkan bantuan untuk program dan sebagainya. Atas niat yang baik, penulis pergi ke arked kolej 9.

Beliau tiba di arked kolej 9 jam 5.40 petang. Penulis agak-agak mengantuk ketika itu kerana kekeyangan. Setelah dijanjikan, penulis berjumpa dengan beliau. Berbangsa india. Perempuan. Speaking?wonderful!tremendous!excellent! Band 7 agaknya..(dalam hati penulis). Beliau memberitahu terdapat sumber-sumber yang membolehkan beliau mendapat no tel penulis. Beliau mencari orang-orang yang aktif di dalam fakulti untuk menyertai projek ini. Nama projeknya, "Being student,being millionaire".

Pada mulanya, penulis agak tertarik kerana yang dijanjikan sehingga angka RM10000 dalam masa 3 bulan. Ada kaitnya dengan sebuah syarikat terkemuka dan dijamin oleh kerajaan berdasarkan ucaptama ketika persidangan ekonomi negara-negara komanwel tahun 2007. Diceritakan bagaimana Tun Abdullah ketika itu menjadi perdana menteri berjumpa dengan founder syarikat ini dan menggalakkan rakyat menyertainya. Pelaburan syarikat ini pastinya sudah mencapat juta-juta dan beribu pejabat di petaling jaya. Sebelah
federal highway. Gempak jugak cerita minah ni. Projek yang dikatakan hanya 10% bumiputera menyertainya dan 90% adalah dari kaum india dan cina. Dikatakan juga mahu dibawa projek ini ke mahasiswa UTM. Penulis sudah membayangkan projek yang ada kaitnya dengan industri dan merupakan peluang terbaik bagi menghadapi dunia luar.

Beralih ke cerita seterusnya, beliau menceritakan tentang konsep bagaimana untuk mencapai RM10000. Mula-mula, konsepnya adalah mendapat team kanan 3
orang dan team kiri 3 orang. Anggapan penulis, dah macam nak pergi perang. Serang satu tempat, hantar 3 orang kiri dan kanan..kemudian,seRang!! Sangkaan meleset. Rupanya, mencari 2 orang seperti downline MLM. !@#$%^&*!!!!!Penulis terkena lagi. Sanggup juga sampai mencari direktori UTM untuk melariskan apa yang dilakukan. Mulanya perlu bayar RM1820 untuk biodiesel iaitu sekali seumur hidup kemudian duit akan masuk RM1000 tiap-tiap bulan. Siap ada waktu bonanza sehingga 21/1/2011. Katanya, waktu bonanza tuh boleh dapat tambahan sehingga RM12000. Wow! boleh pergi Paris!
Ni bukan macam sistem piramid MLM???

Beliau dalam usaha menyakinkan penulis mengatakan "projek" ini disokong oleh pihak kerajaan 101% dan ianya legal. Tambahan beliau, dalam sistem ini tiada pangkat sekiranya sudah mempunyai ramai "pengikut". Memang jelas sistem piramid. Taktiknya sama seperti MLM(multi-level marketing) yang lain. Tapi, diubah juga ayatnya. "This is not MLM as you think". Kau ingat aku bodoh sangat ke?macamlah tak pernah dengar MLM semua nie. Bila ditanya kepada penulis hendak join atau tidak, penulis menjawab untuk berfikir dulu. Balasnya,"what is in your mind right now?it is because of RM1820?".
Taktikal yang sama. Wujud juga manusia sebegini kat UTM. Sehingga mencari unknown person untuk join bawah downline.Bonanza konon..


Stress rasa!5.30 petang- 6.50 petang dengan cuaca agak mendung. Masa membazir mendengar perkara yang tak berfaedah. Tak terlaksana untuk pergi jogging.

Aku nak jogging weh!!!


@#$%^&*!!!!


 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine