Keblinger

Keblinger

Menangis lagi..

0
| Wednesday, July 13, 2011
Sekian lama ku menanti,
Tidak juga kunjung tiba,
Walaupun hari-hari ku menunggu,
Apa yang dinanti,gagal jua memunculkan diri

Aku tahu aku tidak mampu,
Aku tahu aku juga tidak hebat,
Namun,aku punyai hati, keinginan juga perasaan,
Usahlah dipalitkan kekecewaan di hati ini

Digembar gembur engkau hebat,
Diceritakan engkau berpesta di London,
Berdansa di Paris, berkelana di Rome,
Tidak langsung difikirkan hatiku yang panas membara ini


Aku masih berharap,
Berharap pada suatu yang tidak pasti,
Bahkan mungkin mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin,
Tetapi, tidak salah untuk berangan impian yang tinggi

Kalau engkau kata aku cemburu,
Benar, memang aku cemburu,
Kalau engkau kata aku dengki,
Haruslah sebagai manusia yang punyai hati, tidak mampu menolak perasaan


Aku berdoa agak engkau bahagia,
Walaupun aku masih lagi sengsara di sini,
Melakukan rutin seharian yang sama,
Biarlah ini yang menjadi jalanku..

Can't stop from hating people who always post about what they got..



Bertemu untuk diduga

3
| Tuesday, July 12, 2011
Finally, the day has come!
Alhamdulillah, sejak hampir 50 hari mencari kerja dengan seriusnya, akhirnya penulis dipanggil untuk satu temuduga di syarikat yang berhampiran dengan rumah penulis. Hanya 15 minit perjalanan. Syarikat semiconductor yang tidaklah sefamous syarikat seperti motorola,intel,freescale mahupun infineon. Syarikat biasa-biasa je.

Hari jumaat(8/7/2011) ialah harinya. Jam 4.30 petang. Dipanggil untuk jawatan die prep engineer. Apa punye position daa?Ketika ini, tercari-cari juga bila penulis apply untuk jawatan ini. Rasanya sejak awal bulan Jun yang lalu penulis apply. Jam 3.15 petang sudah mula untuk bersiap-siap. Kemeja dipakai, seluar disarung, tali leher diikat, rambut disisipkan dan siap untuk ke tempat temuduga.

Penulis tiba jam 4.20 petang. Diminta untuk mengisi borang terlebih dahulu. Sementara menunggu dipanggil masuk ke bilik temuduga, penulis diberi buku "Engineering". Boleh tahan tempat ni nak suruh study dulu. hahaha. Kelibat dua orang penemuduga. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Chinese dan melayu. Habis segala gemuruh. Jantung berdegup kencang. Tangan sudah pucat dan semakin sejuk.

"Tell us about yourself"
Soalan standard lagi.

"What do you know about this company?"
Mujur sempat baca sebelum pergi interview.hehe.

"When you walk through this company, what is your expectation?"
Yang ni dah start mengarut. Penulis jawab, I saw very security tight here and I'm thinking that your company have very expensive equipment costs more that billions.

"I see in your resume, you are more interested in medical field but you are apply for semiconductor company. So, why would you do that?"
Haiyaak!mestilah sebab nak kerja. Carik duit. Pe daa.Tapi, penulis jawab pun mengarut jugak yang ni.

"What is your hobby?"
I Like to travel.

"Where have you been?"
I have been to Bandung, Phnom Penh, Bangkok, Singapore, Seoul and all over the Penisular.

"Ok, let me tell you this. If you are accepted here, you will spend most of your time in this company. This is manufacturing company and we are producing 60 millions product per day. So, you will not be able to travel to anywhere and you are going to be here most of the time. You will work more than 12 hours even during weekend as well. Can you cope with that?"
I'm speechless.

Thank you for your time coming here. We really appreciate that. Our HR will call you in a week.
Orait. Thank you very much.

Hurmm..Masih berharap..haiihhh...

End of Weekend

3
| Monday, July 11, 2011
Really had a great weekend!
After BBQ on friday, Majlis aqiqah on saturday and
Delicious on Sunday.
I don't even bother about the rallies that make Kuala Lumpur shut down by the police.

Izad, Aliff, Wahab and me.

On saturday, I went to Bandar Utama for Majlis aqiqah. Worried about roadblocks, I use Duke + Penchala Link. There, I saw Jalan Kuching was clear. As this is my first time saw that kind of image. Wow!they
really shut down all the road going into the city. I'm grateful there was no roadblock and we just went to Bandar Utama and going back without any problem. However, in the television, facebook, malaysiakini all being told about the rallies. It depends on you guys which one to believe. As for me, it just make the people suffered.

Let's move on sunday. Faten and Wanie invited me to One Utama. Bandar Utama again?ok..ok..Why?They just want to have lunch with Syed Izad. Izad is going back to Melbourne this thursday after finish his su
mmer holiday. They also wanted to eat at the Delicious. I've heard the name before but only once even I have been staying in KL for almost 22 years. Staying nearby I guess. hahaha. So, we had lunch. Wahab and Aliff as well. With another 2 girls from Ireland. Diyana and Farah. Both are Faten & Wanie's friends. So, another two friends in the pocket. hahhaha.

Me, Faten and Diyana.

Ok. Let's talk about the menu. Given menu books, everyone blur. Didn't know which to select. After all, these is what being ordered - Traditional Beef Meatball Spaghetti,
Wild Mushroom Soup,
Rendang Short Ribs,
Grilled Balinese Chicken,
Traditional Nasi Lemak,
Portobello Mushroom Burger.
For me - Mama's Beef Bolognese Spaghetti.

This is Grilled Balinese Chicken

Thats just the main dish. We move on the desserts. Sorry. I just have the picture. Not the name of each foods. Hahaha.


By the way, with 8 people, the price for all is RM349.05. Seriously, perhaps only once I will try this. Not even after this. But for them, it is just like a small piece of money.

Thanks Izad!
For Faten, today is school day!haha..
For Aliff, monday blues haa?hahhaha..
For Wanie, Diyana and Farah, enjoy your holiday..
For Wahab, good luck for your job hunting..

For me, it is just another week..still hoping..




Sweet Memorial Moments..

0
| Saturday, July 9, 2011
After 5 days planning, here we go!
An awesome Barbeque!



Daripada idea nak pergi Broga Hill, last sekali end up d
engan BBQ. Tuan rumahnya adalah Wanie. Penulis sangka hanya beberapa orang sahaja yang sudah sediakala jumpa sebelum ini. Rupanya, masih ramai lagi yang ada.

Bermula jam 6.30 petang, tapi penulis tiba jam 7.45 malam di Ukay Bestari. Menunya - ayam, daging kambing, kentang, coleslaw,nasi goreng, udang, sotong, kek, agar-agar, buah tembikai, buah oren beserta air gas.



It's not about food. It's about friends. Of course, untuk memenuhkan makanan dalam perut juga salah satu agenda. Tetapi, apa yang p
enting pertemuan semula selepas hampir 8 tahun tidak berjumpa. Sejak penulis meninggalkan sekolah menengah taman melawati untuk berpindah ke mrsm beseri. Ketika itu juga penulis pindah rumah ke Ukay Perdana. Apa-apa pun, semuanya mempunyai haluan sendiri. Belajar bidang yang berlainan dan universiti yang berlainan.



Regular guests - Aliff, Azhar, Wanie, Tasha, Faten

Long Time no see - Adrina, Roseeta, Adam, Ravind, Azif, Izad, Dizyana, Ayie, Wadi, Wahab.


Aliff - Bekerja di PWC. Belajar di Universiti Teknologi Petronas.
Azhar - Bekerja di HP Cyberjaya. Belajar di Ui
TM Shah Alam.
Wanie - Sedang bercuti. Bidang perubatan di Dublin, Ireland.
Tasha - Bakal bekerja di Advertising Company. Belajar di KLMU.

Faten - Masih lagi belajar. Bidang perubatan di Manipal Melaka.
Adrina - Sedang bercuti. Bakal final year di UiTM Shah
Alam dalam chemical engineering.
Roseeta - Bekerja di WCT Berhad. Belajar di Universiti Malaya.

Adam - Masih lagi belajar. Di Uniten
Bangi.
Ravind - Sedang bercuti. Bidang perubatan di Medan, Indonesia.

Azif - Sedang bercuti. Bidang perubatan di Moscow, Russia.

Izad - Sedang bercuti. Bidang Electrical Engineering di
Melbourne, Australia.
Dizyana - Tutor di UiTM Puncak Alam. Belajar di UiTM Shah Alam.

Ayie - Sedang mencari pekerjaan. Belajar di MMU.

Wadi - Bekerja di Exxon Mobil. Belajar di Taylor's College.

Wahab - Baru pulang dari Amerika. Masih lagi mencari pekerjaan.

Dari kiri atas - Ayie, Ravind, Azif,Adam,Adrina, Wahab, Roseeta, Aliff, Wadi, Faten, Dizyana & Tasha.
Dari kiri bawah - Izad, Azhar, Aizat, Wanie.


After all, i miss that moments. What a great moments we have create so far. Seriously, it was awesome!until we meet again...

9hb Julai - Detik ditunggu..

0
| Friday, July 8, 2011
9hb Julai 2011. Perancangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH. Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO-NGO diketuai oleh Datuk Ambiga. BERSIH bertemakan warna kuning sehingga kini antara isu yang paling popular dalam tanah air tercinta.

Apa-apapun, 9hb Julai bakal membuatkan ribuan warga kota semakin serabut untuk berfikir. Hendak masuk Kuala Lumpur ataupun jalan-jalan yang lain sudah menjadi suatu masalah besar. Dah macam perintah darurat kat Kuala Lumpur 9hb nanti. 9hb tuh juga akan diadakan majlis cukur jambul oleh sepupu penulis di Bandar Utama. Pun jadi isu, sama ada boleh pergi atau tidak.

Berhimpunlah..tapi,syaratnya jangan menyusahkan rakyat..

Ya. Penulis faham. Dua-dua pihak mahu menegakkan benang yang basah. Dua-dua pihak mahu menang. Rakyat jelata?dibelakangkan. Rakyat juga yang menjadi mangsa atas pertelingkahan dua pihak. Rakyat jelata juga yang terpaksa menanggung akibatnya. Rakyat jelata juga yang harus membatalkan pelbagai program, rancangan mahupun niat untuk berjala
n-jalan. Rakyat jelata juga yang terpaksa duduk dalam rumah, termenung ataupun tengok tv apa yang berlaku. Yang dua-dua pihak ni syok je bertelagah. Syok je masuk surat khabar, tv mahupun dalam internet. Semakin popular dengan menyusahkan rakyat.

Bagi penulis, buatlah apa nak buat pun. Tapi, jangan sampai menyusahkan majoriti rakyat. Ingat Kuala Lumpur takde urusan ke hari sabtu?Ingat semua orang hari sabtu duduk rumah ke?Penulis
teringat ketika larian Standard Chartered pada hari ahad pagi. Banyak jalan di Kuala Lumpur ditutup. Ikut jalan ni,tutup. Ikut jalan tuh, tutup. Menyusahkan orang tau tak?!Nak lari pun, larilah. Tapi, tak payah sampai menyusahkan orang. Ingat orang lain takde urusan penting. Takkan nak pentingkan kome je?!Tutup lepas tuh xde bagi arahan ikut jalan mana yang boleh. Itu namanya sengal!paham?

Road block..Road block..Road block..

Untuk 9hb ni, penulis tak pasti berapa banyak jalan nak tutup. Kot ye dipulangkan duit cukai jalan takpe jugak. Rakyat bayar cukai jalan untuk menggunakan jalan. Bukan untuk tutup jalan. Faham?!Road block merata. Buat road block pulak time orang pergi kerja, time orang balik kerja. Lagi bijak. KL dah sesak. Roadblock lagi, bertambah-tambah-tambah-tambah sesak.
Haihh..


Cubalah letakkan diri sebagai rakyat. Mesti boleh mengutamakan rakyat. Kalau letakkan diri seperti pemimpin tertinggi, sampai ke sudah hanya mampu menyusahkan rakyat.


Pesanan ringkas - Cuba simpan sikit bodoh tuh..




Reject!

3
| Thursday, July 7, 2011

Dear Wan Muhammad Aizat,

Thank you for your application for the Trainee Engineer Programme and the time taken to attend the selection interview.
We were very impressed with your credentials and experience, however we are unable to extend an offer in the Trainee Engineer programme.

Nevertheless, your application will be retained for future consideration should another similar and suitable position arise in the near future.

We wish you all the best in your future undertakings.

Regards

A****** K***

HR Business Partner

Human Resource Department
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Nice words.Haha. Along cerita kat penulis, ayat macam ni edit-edit je bila nak reject orang. Bukan susah pun. Ni salah satu daripada email yang penulis dapat memberitahu direject. Sekurang-kurangnya, tahu juga penulis dah kena reject. Dari yang hantar email tanpa sebarang khabar berita. Entah reti ke tidak bukak email. Kalau dah suruh hantar email, tapi takde jawapan, baik tak payah suruh hantar by email. At least, ikutlah macam company ni. Hantar juga email kata tak dapat. Barulah tak terasa di hati. hahaha...

Trip to Bangkok

0
| Tuesday, July 5, 2011
Air Asia jugak pilihan hati..hehehe..

Dah seminggu lebih tak update blog. Mood menulis x datang. Berhenti begitu sejak tulisan terakhir. Takpe, mulanya bulan Julai maknanya butang panik harus ditekan. Tekanan semakin meningkat, membuak-membuak. Sedang mencari kaedah sesuai dalam pada masa yang sama pelik. Email tak berbalas, surat tak dijawab, panggila tak diterima. Apa lagi yang korang nak?? Dah lama nak tulis kisah ni. Tapi, tak tertulis-tulis. Takpelah, dapat jugak menulis. Penulis bersama keluarga ke Bangkok pada 5hb Jun yang lalu. Sebenarnya, ayah penulis ada kerja di sana. Memandangkan penulis sudah habis belajar, diajak ke sana.

Penerbangan Air Asia. Jam 8.25 pagi. Jam 5 pagi dah bangun. Siap-siap, terus ke LCCT Sepang. Selesai check-in, masuklah ke dalam kapal terbang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Bertolak 8.25 pagi, tiba di Suvanarbhumi jam 9.25 pagi. Bangkok lewat sejam daripada Kuala Lumpur.

Bersama ayah..

Setibanya di Bangkok, agak kagum dengan lapangan terbangnya. Besar dan menarik. Cuma yang tak menariknya, bahasa siam. Manalah penulis paham. Seakan-akan berada di lapangan terbang Incheo
n. Penulis teringat ketika pengepongan puak penyokong Thaksin ke atas lapangan terbang ini. Membayangkan keadaan itu sungguh menakutkan. Alhamdulillah, kami selamat tiba dengan amannya. Bermakna sangat ramai penduduk Bangkok. Selesai mengambil bagasi, sementara menunggu van, sempat juga penulis melihat teksi parking dengan teratur menunggu penumpang. Tersusun dan menarik.

Teksi yang beratur di Airport

Selesai, kami terus ke hotel. The Kantary House. Bertempat di Ramkhamhaeng iaitu di Bang kapi. Apartment hotel. 2
bilik,2 bilik air,ruang tamu,meja makan,washing machine, dapur dan siap semua dengan periuk serta pinggan. Daripada hotel, boleh melihat orang berenang di kolam renang. Ada sauna, gym, meja ping pong, bilik menggosok dan juga jakuzi. Lengkap segala-galanya. Harganya?Diamkan jela..

Dalam Hotel..

Kami ke Arab Street. Untuk menguruskan perjalanan sepanjang 3 hari di Bangkok. Kami juga turut makan tengahari di situ. Apa yang dipesan?Haruslah tom yam. Perghh, memang layang tom yam kat sini. Sedap dengan kuahnya berwarna kuning. Berbeza dengan Kuala Lumpur. Ada beberapa komplikasi yang berlaku. Jadi, kami hanya mengerjakan solat jama' dan terus ke Ramkhamhaeng.

Menu makan tengahari

Singgah di The Mall. Jaraknya dari Arab Street ke Ramkhamhaeng hanyalah 25km. Tetapi, mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai. Betapa teruknya kesesakan lalulintas di Bangkok. Bersyukur berada di Kuala Lumpur yang tidak seteruk itu. Berjalan-jalan di The Mall sehingga ummi sudah sakit kaki. Balik ke Hotel, terus tidur. Malam itu, kami hanya di hotel kerana ummi sudah tidak larat berjalan.


Di Arab Street..

Keesokan paginya, selesai breakfast, niat untuk berjalan-jalan. Ayah,umi n kakak breakfast di dalam bilik je. Penulis seorang sahaja yang pergi ke cafe. Menarik menu breakfastnya. Kebanyakannya ada 'pork'. Apa yang boleh dimakan?cereal, buah tembikai, mango juice dan roti. Destinasi kami seterusnya ke tempat jewellery. Penulis kurang ingat apa nama tempat ini
. Sama seperti di Korea batu amethystnya. Kami sempat ke Foodland untuk membeli stok makanan. Foodland ini seperti pasaraya UO. Makan tengahari di Sunthorn Steak House. Menu kali ini, sedap-sedap juga dan tidak ketinggalan tom yam.

Lunch di Sunthorn Steak House

Selesai solat zohor, kami ke Pratunam. Pratunam tempat yang sangat sibuk. Kesesakan lalulintas yang teramat. Di sini lah terdapatnya The Platinum. Syurga membeli belah. Tetapi, ada saja Pratunam Market dan sebagainya. The Platinum, 1 floor untuk baju sahaja, 1 floor untuk handbag sahaja, 1 floor untuk kasut sahaja. Rambang mata jadinya.

Ni la keadaannya di The Platinum

Penulis tidaklah ram
bang sangat pasal bajet takde. Kakak penulis berpusing-pusing mencari apa yang hendak dibeli. Dalam mencari itu, sempat juga beli beg hiking. Deuter harga 1000 baht. Agak murah dan kualiti juga bagus. Kami juga sempat berjalan-jalan di Siam Paragorn, melihat lrt di stesen Siam. Selesai, kami ke Sunthorn untuk makan malam.

Stesen LRT Siam

BBQ steamboat. Pilih sahaja apa yang nak. Berbeza dengan Malaysia. BBQnya di atas, steamboatnya di bawah. Kenyang memang sampai buncit perut. Malam tuh, tidur dengan sangat lena dan perut yang kenyang.

Menjamu selera..

BBQ Steambot

Pagi terakhir. Breakfast roti sahaja. Kami ke Pratunam lagi untuk mencari apa yang boleh seperti souvenir dan sebagainya. Umi pergi mencari kain sutera. Selesai mencari, balik ke Hotel. Kemas-kemas dan terus ke Suvanarbhumi Airport. Dalam perjalanan ke pintu gate, banyak lagi kedai-kedai duty free. Sangat banyak dan jauh untu berjalan ke pintu gate. Flight kami jam 8.30 malam dan tiba di LCCT jam 11.30 malam.

Di kawasan Duty Free..

Apa yang boleh disimpulkan di Bangkok - anjing banyak tepi jalan, masalah bahasa, masalah membaca tulisan, massage bersepah, kesesakan lalulintas yang sangat teruk, teksi bermacam-macam colour, makanan banyak berasaskan pork.


Nice experience.
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine