Keblinger

Keblinger

Hope it will be the best for both of you..

0
| Sunday, June 26, 2011
Penulis hanya mampu terdiam membaca blog seseorang. Luahan hatinya sendiri. Putus cinta setelah 4 tahun menyemai benih percintaan. Dalam blognya, ditulis 2 hari tidak makan. Ibunya terpaksa menyuap bagi memaksa beliau untuk makan. Sungguh besar penangannya. Tambahan pula, beliau berada di UTM. Sedang menyambung pelajaran setelah berhenti daripada menjadi engineer. Pastinya, seringkali sedih memandangkan selalu melihat tempat-tempat mereka bersama ketika cinta disemai. Agak terkejut sebenarnya penulis baca blog itu. Sudah dapat mengagak apa yang berlaku bila diminta untuk membeli tiket wayang dahulu. Mungkin dalam buku muka boleh disembunyikan tetapi ada tempat lain yang boleh dicari gali segala bukti. Bagi penulis, harapnya penulis blog itu mampu meneruskan hidup. Entrienya ditulis pada 5hb Jun. Hari ini sudah 26hb Jun. Bermakna sudah 21 hari berlalu. Mungkin sudah boleh menerima seadanya walaupun pasti bibit-bibit sedih akan tetap berlaku.

"If that happiness to me?" - Stupid statement as it comes from you.

Reunion Back

3
| Saturday, June 25, 2011
Jumaat malam. Seperti yang dijanjikan. Pengumpulan semula rakan-rakan penulis semasa di sekolah menengah taman melawati. Tetapi, bukanlah semua. Hanya sebilangan kecil yang mana kawan-kawan rapat penulis ketika di sekolah. 4 orang pengganggur, 2 orang student medic dan 2 orang yang sudah bekerjaya. 3 buah kereta dengan 2 myvi dan sebuah honda civic. Meluncur dari Ulu Klang ke Ampang.

Pemandangan di Look Out Point Ampang

Destinasinya, Ampang Look Out Point. Destinasi yang penulis tidak pernah pergi malahan tidak pernah tahu wujud tempat sebegini. Taklah jauh sangat tetapi bila lalu jalan Ampang jam 8 malam hari jumaat malam sememangnya sangat teruk kesesaka
n trafiknya. Mulanya, penulis tidak pernah membayangkan bagaimana restoran Ampang Look Out Point. Tentunya mahal dan penulis sudah bersiap sedia untuk memesan ais kosong. Bukan apa, 2 orang belajar kat US, sorang kat India, sorang kat Ireland, sorang kat UTP. Loaded2 semuanya. Penulis juga yang termangu-mangu. Kalau diajak keluar, restoran mahal sahaja yang dipilih. Kenapalah tak pergi Restoran Sri Tanjung je?

Ampang Look Out Point. Indahnya pemandangan Kuala Lumpur dari tempat ini. Sangat cantik pemandangannya. Baru penulis tahu ada tempat yang menarik di sini. Selama 23 tahun di Kuala Lumpur, tak pernah tahu. Tetapi, tak boleh salahkan juga. Penulis bukannya penduduk tetap KL selepas meninggalkan KL selama hampir 7 tahun. Dengan angin
yang kuat, sememangnya agak sejuk. Bila dipesan air, apple juice harga RM5.50. Terbaik juga harganya. Mahal sebab nak bawa air naik atas bukit tinggi. Sangat menjunam jalannya untuk ke tempat yang tinggi. Apa-apapun, sememangnya sangat cantik pemandangan Kuala Lumpur. Bagi pengguna dslr, pastinya sangat teruja. Mungkin penulis boleh bawa orang lain selepas ini.

Ni lah Restoran Satay Station

Di situ, kami menyambut hari jadi Tasha. Hari jadi ke-23. Tasha tidaklah penulis kenali sangat sebelum ini. Penulis mula mengenali beliau sejak penulis berada di UTM. Turut sambut hari jadi yang sama adalah Wanie. Belajar medic di Ireland. Memang penulis mengenali beliau sejak daripada sekolah rendah. Manis orangnya. Hari jadi beliau adalah 13hb Jun yang lalu. Kepulangannya dari Ireland untuk bercuti disertai oleh Wahab dan Zalikha dari US membuatkan kami semua berkumpul. Tambahan pula, Faten yang sedang belajar medic di Manipal turut sama. Aliff baru pulang dari kerja dan Azhar hanya bekerja dari rumah. PWC dan HP. Alhamdulillah, semuanya sudah mempunyai haluan masing-masing dan berjaya.

Mee Rebus Satay Station

Destinasi seterusnya, Satay Station. Kata Tasha, mee rebusnya antara menu yang sedap selain daripada satay. Penulis dapatlah juga merasa mee rebusnya. Harga RM6 dan sedap jugalah. Tapi, Mee Rebus Haji Wahid di JB lagi sedap rasanya. Sataynya sememangnya gemuk. Harga secucuk adalah 90 sen. Satay termahal yang pernah penulis rasa. Di Taman Melawati, Satay Yunus 70 sen penulis sudah sangkakan mahal. Rupanya, ada lagi mahal dan lagi gemuk sataynya. Sememangnya sedap tetapi penulis mungkin datang sekali lagi kalau ada orang yang belanja. Untuk pengganggur berbelanja, susahlah sikit. Cerita,cerita dan cerita tidak sangka sudah jam 11.30 malam. Sempat juga merancang untuk ke tempat-tempat menarik seperti bercuti. Kalau ada kesempatan, dapatlah kami bercuti bersama. Agak puas malam ini!

Btw, penulis agak kurang selesa bila diceritakan tentang gadget-gadget terbaru seperti iPhone, iPad dan sebagainya. Penulis tahu kome memanglah ada duit untuk beli semuanya, tapi janganlah sembang macam tuh dengan orang yang kurang mampu ni. Rasa macam terpinggir je..

Happy Besday Tasha..

Evolusi Laman Sosial

4
| Thursday, June 23, 2011
Kembali mengimbau kenangan lama. Tiba-tiba, penulis teringat tentang evolusi laman sosial. Sejak internet digunakan secara meluas pada tahun 1990-an, pelbagai laman sosial telah diadaptasi bagi membolehkan manusia berhubung dengan lebih dekat walaupun hanya mengadap komputer.



Penulis masih ingat, berjinak-jinak dengan alam maya ini ketika tingkatan 1. Ketika itu, paling popular ada mIRC. Itulah medium untuk berhubung dalam internet. Ketika itu, wujudlah beberapa perkataan seperti operator, SOP, AOP. Opera
tor yang boleh kick ataupun ban seseorang daripada chanel. Channel yang penulis sertai dulu adalah #1d, #kelas_mafia, #taman_melawati. Channel-channel yang popular adalah #kampung dan ada yang lain-lain. Kurang diingati. Apapun, nick name penulis ketika itu - [^DiMashQ^]. Ramai tertanya-tanya apa maksudnya. Penulis juga kurang pasti, tapi nampak menarik. Hehehe..Standard soalan ketika mulakan - a/s/l?hahaha..tersenyum penulis melihat perkara-perkara sebegini.




Seterusnya, laman sosial Friendster. Friendster bermula ketika penulis tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Laman sosial pertama yang diw
ujudkan ketika yang mendapat sambutan meluas. Ketika itu, sibuk semua orang untuk membuat layout page sendiri. Tidak ketinggalan yang meninggalkan testimonial. Tempat testimonial itu digunakan untuk berhubung. Namun, semakin hari, semakin kurang orang menggunakan Friendster. Aplikasinya belum menyeluruh. Maksudnya, kurang perkara yang boleh dilakukan dalam laman sosial tersebut. Pastinya, ada sesuatu yang menggamit penulis dalam friendster itu. Semuanya itu hanya tinggal kenangan.



Kenapa Friendster semakin dilupakan?kerana wujudnya Facebook. Facebook mula mendapat sambutan ramai sekitar tahun 2008. Sehingga kini, pelbagai aplikasi boleh dibuat di dalam Facebook. Facebook telah menjadi medan untuk semua orang bersembang walau di pelusuk mana sekalipun. Perbincangan, event, tag gambar malahan tempat untuk share hint exam. Begitu besar pengaruh Facebook. Tidak dinafikan ianya menda
tangkan kebaikan, tetapi tetap mendatangkan keburukan. Pelbagai fitnah boleh dilemparkan malahan caci-maki dengan penggunaan ayat yang melampau turut terpalit. Biasalah manusia, setiap kebaikan pasti disertai dengan keburukan. Apa yang penting adalah bagaimana pengguna itu menggunakan laman sosial ini dengan cara tersendiri.
Yang ni, belum ada lagi..hehehe..

Evolusi laman sosial telah berlaku. Evolusi diri sendiri?siapa yang tahu..

Btw, do you need to jelous?bulsit you know!

Selambe je..

2
| Wednesday, June 22, 2011
Orang biasa kata, "di sebalik hujan yang lebat dalam keadaan awan mendung, pasti akan terbentuk pelangi yang cantik".

Semalam, penuh kedukaan. Pertama, penulis gagal numerical test untuk mohon kerja dengan standard chartered. 20 soalan matematik dalam tempoh 20
minit. Soalan yang memerlukan pemerhatian yang persis. Dengan soalan yang agak rumit, penulis gagal untuk menjawabnya. Hasilnya, hanya 10 sahaja betul. Paling minima adalah 15. Takpelah, belum rezeki lagi.

Thanks Standard Chartered..

Kedua, selang beberapa minit selepas gagak numerical tes
t, Maybank pula yang hantar email. Katanya, "anda tidak berjaya dalam permohonan ini". Aduhai, penulis berterima kasih kerana menghantar email balas. Tetapi, kenapa dibalasnya dengan tidak berjaya. Yang lain masih lagi mendiamkan diri. Tiada sebarang panggilan telefon, balasan email mahupun melalui telefon rumah. Malaysia ni belum cukup maju untuk guna email ke?ke semua kena hantar by pos?Apa guna teknologi kalau sekadar untuk facebook??kamonlaaa~

Ketiga, penulis menghantar email kepada salah sebuah syarikat. Teruja apabila terus dibalas. Tetapi, apa yang di balas, "Thank you for your email. I'll entertain your request after i'm coming back from oversea on 4th July(Monday)". Hah!terbaik!4hb baru balik?aiyooo..lama lagilah jawabnya penulis kena tunggu.

Mimos..bagi saya kerja ye..=)

Apa-apapun, mendungnya langit pasti akan berlalu bagi memberi laluan kepada pelangi yang indah. Indahnya apabila kakak sendiri memberi contoh resume terbaik untuk memberi sedikit harapan membolehkan mendapatkan temuduga. Tidak kurang juga, resume penulis turut diperiksa oleh ayah penulis. Standardlah, kena bebel dulukan?
Janji resume tuh puas hati bagi dia. Bolehlah hulur-hulur kat company yang bersesuaian. Contohnya, Mimos ke. Hehehe..

Just a dream..

Sempat juga penulis berbual-bual dengan keluarga penulis ketika family gathering di Janda Baik. Ada yang berkongsi pengalaman, cara mohon kerja, tidak ketinggalan yang cuba untuk membantu. Terima kasih untuk semua. Bila kita susah, pasti akan datang pertolongan untuk meringankan susahnya kita. Bila kita senang, bantulah meringankan orang lain yang susah. Pulang dari Janda Baik dengan wajah penuh senyuman.

Seriously, I really hope to get that. I hope my wish come true..Pray for me...

It is 4.00 a.m.

2
| Monday, June 20, 2011
It is 4 o'clock in the morning. Some people said, it is really good time for many things. Not just writing in blog but it also perfect time for those who are study, looking 4 a peaceful moment, and most important for qiamullail. As for me, I'm just awake. Having difficulty to go back to sleep. Am I thinking of something?


People said, "rezeki ada di mana-mana","belum sampai masa lagi..","teruskan usaha..jgn putus asa..". I was thinking, it is much easier to say rather than face it. Rather than have it in you. Knowing that you have nothing after a month. Knowing others have opportunity, at least. And you were left behind without any hopes. It will not make me depressed if at least there is something for me.

I hope I can get that something. Having met with cousins, uncles and aunties make me bounce back into the reality life. Some of them have a really good jobs. Not even less trying to share with me experiences, how to apply and even a recommendation. I really hope for recommendation. One of my uncles said,"You must at least 5 years experience of working before you get involve with your own business because you need to enlarge your network, set up your network and get ready to face all the challenges.." Thanks guys. At least,you guys make me smile for a while.

I did find something that really answer my question. I found that he likes you. It is obvious even though you did not want to admit. It's really obvious..

Another thing, I'm glad you have found one. At least,you are not kidding me.


4 pagi - Sengaja mengarut di sini..^_^

Waiting on sideline

0
| Friday, June 17, 2011
RA?or Master?

I was thinking about what Sara said yesterday. Rather than sitting doing nothing, better doing something and get the cash flow in. Even though it is not as much as I expected but it is better than nothing. Helping lecturer with their work and get paid. Just working in the laboratory, 8a.m to 5 p.m. without stress. It seems like enjoyable working.

But, if I go there, Dr Rubita must be asking about master project. I still don't have any answer whether to continue study or just proceed with working environment. Having my name book the project without any confirmation sometimes like burden to her. Oh man!how I wish I could get the answer.

Standard question, "ko sambung master x?"

Standard answer,"ntahlah..taktau lagi macam mana.."


Congratulations!

0
| Thursday, June 16, 2011
Tahniah buat mereka!
I'm just glad they got what they want,what they hope and what they been searching for..
May all of you can do well and make others proud..

Sometimes, I'm down with all this news..
It makes me happy for them..
But not for me..

I'm drowning..
Tears..
Useless..
Disappointing..
Clueless..
Nothing I can say unless..
Accept the regret..

I'm speechless.....
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine