Keblinger

Keblinger

I'm Leaving Engineering World

1
| Friday, June 1, 2018

Dulu Engineer, sekarang Real Estate Negotiator (REN)

Bulan Mac 2016, Aku sudah semakin fed up dengan kerja-kerja engineering. Projek masalah. Dituduh sana-sini. Rakan sekerja sudah semakin mengarut. Aku scroll dalam internet. Pekerjaan yang tidak memerlukan specific degree tapi boleh menjana pendapatan. Antaranya menjual air & menjadi perunding hartanah ataupun namanya real estate negotiator. Aku cuba search tapi semuanya berbayar. Tak diceritakan secara specific macam mana nak jadi REN. Jual air? Yup. Aku dah tengok kat SS 15. Memang boleh jana pendapatan. Tapi, aku belum bersedia sebegitu.

What's next? Kebetulan aku tengah scroll FB, lalulah 1 page yang menawarkan briefing berkenaan dengan REN secara percuma. Bila tengok tempatnya, hanya di Ampang. Bagi aku agak convenience tempat tu. Briefing itu aku daftar. Dan harinya tiba. Aku pergi walaupun tak ada sorang yang aku kenal. Mendengar briefing itu tapi perlukan duit untuk pendaftaran. Ketika itu, claim aku sangkut. Duit gaji pun habis bayar hutang. So, aku tak teruskan niat untuk daftar.

Aku masih teruskan kehidupan seperti biasa. Bergelumang dengan masalah kerja. Sedang aku scroll fb, aku ternampak junior aku ketika di UTM buat talk "zero to hero" untuk REN baru daftar semasa induction class. Masa itu, aku terdetik untuk cuba career REN ni. Kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh buat. Datang message seseorang ketika itu. Bertanya masih berminat untuk join ataupun tidak. Boleh datang interview.

Aku mengambil keputusan untuk datang interview. Ketika itu, 2 hari sebelum puasa. Ketika interview, aku bagitahu boleh tak bayaran ansuran. RM 50 dulu. nanti dah ada duit baru bayar. Boleh saja ketika itu. Aku teruskan. Ketika puasa aku pergi ke kelas. Cuba iklankan. Cuba jual diri di FB. Buat secara part time. Tapi ketika itu, semuanya suram. tak ada apa-apa.

Ketika masalah kerja semakin kritikal, claim semakin lambat, gaji macam ada tak ada, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Persiapan aku dah buat sejak aku daftar. Aku dah siapkan back up plan. Bulan 6 aku hantar surat perletakan jawatan. Tiada counter offer. Maksudnya, aku memang kena teruskan niat itu. Aku nekad. Berhenti walaupun tahu masalah akan timbul kemudian hari. Aku belum establish sebagai REN. Tapi, risiko besar aku ambil untuk berhenti terus daripada Engineer. Hari terakhir aku adalah 15hb Julai 2016. Aku jumpa dengan bos, serah laptop beserta kesemua document. Kemas meja & ambil gaji terakhir. Itulah kali terakhir aku dapat slip gaji.

Dulu nak balik raya memang sangat seronok. Tapi, nak balik semula KL rasa teramat malas. Rasa sengsara. Tapi, tahun itu, aku rasa kosong. Balik KL dengan keadaan tak pasti lagi macam mana. Aku baru daftar REN. Belum ada closed deal. Belum ada listing. Belum kenal sesiapa lagi. Aku dah berhenti kerja. Tak ada gaji bulanan. Simpanan hanya bertahan selama 2 bulan. Ketika itu juga, isteri aku dah masuk 36 minggu mengandung anak kedua. Risiko? yes. Sangat berisiko. Memperjudikan kehidupan yang dah dibina selamat 5 tahun dan terjun ke bidang yang ko tak tau apa-apa.

Bagaimana aku bermula?....


Best Regards,
Wan Muhammad Aizat

Alhamdulillah,sudah 26 Tahun

2
| Sunday, August 17, 2014
Alhamdulillah, hari ini 17hb Ogos. Hari ahad. 26 tahun yang lalu saya dilahirkan. Meniti kehidupan dari bayi, meniarap, merangkak,berjalan, berlari, membesar, sekolah rendah, sekolah menengah, mrsm, matrikulasi, ijazah, bekerja, berkahwin & mempunyai seorang anak. Perjalanan hidup yang Allah sudah tetapkan untuk saya lalui sebegitu. 


Setiap orang ada kisah perjalanannya tersendiri. Ada yang pahit terlebih dahulu, manis kemudian. Ada yang pahit sehingga jarang ada manisnya. Ada yang manisnya sepanjang masa dan kurang rasa pahitnya. Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui selama ini. Saya berpuas hati dengan keputusan yang saya lakukan dalam hidup. InsyaAllah, banyak lagi perkara yang baik Allah sudah tetapkan untuk saya pada masa depan. 

Terima kasih ummi & ayah saya yang selama ini telah menjaga & membesarkan saya sehingga ke satu tahap yang sebegini. InsyaAllah, ganjaran pahala & syurga menanti buat ibu & ayahku kerana menjaga amanah yang dikurniakan kepada mereka sebaiknya.

Perkara yang saya perasan, orang akan wish birthday kita di facebook setelah terlihat apa yang tertulis, kalau tak tertulis, tiada siapa yang mahu wish. Hehe. 

Best Regards,
Wan Muhammad Aizat

Kembali Semula Menulis?

0
| Wednesday, August 13, 2014
Lama tak menulis dalam blog. Hari-hari terfikir nak menulis. Banyak hendak ditulis, hendak dikongsikan namun semuanya seperti tergendala. Post terakhir adalah berkenaan dengan saya bertunang. Pertunangan yang membawa kepada perkahwinan. Perkahwinan yang membawa kepada lahirnya seorang putera. Lahirnya seorang putera yang membawa kepada kebahagian rumahtangga.

Kisah hidup saya yang terhenti selama lebih 1 tahun, akan saya cuba untuk saya nukilkan semula. Walaupun tempoh masa yang sekejap, pelbagai yang saya lalui & pelbagai yang saya telah alami serta pelajari. Kadang-kadang dengan hanya menulis pengalaman di dalam blog, ada orang yang sudi menjemput untuk berkongsi pengalaman secara terbuka. Saya tak percaya dahulu, tapi setelah saya sendiri telah lalui, perkara itu tidak mustahil. 

InsyaAllah saya akan mula semula untuk menulis.

Best Regards,
Wan Muhammad Aizat

One picture, whole story.

3
| Tuesday, January 29, 2013
People said, one picture can tell the whole story.

So, I attached the picture without any story. 


Insha Allah..soon...

Makan.

1
| Tuesday, January 22, 2013
Hari Ahad. 20 Januari 2012. Mid Valley Exhibition Hall. Malaysia food Festival.

Kebetulan, Along ajak pergi Malaysia Food Festival. Siap-siap waktu pagi, terus pergi Mid Valley. Good idea. Good exhibition. Masuk-masuk, mister potato juga yang dibeli dulu. Borong 2 beg. Macam-macam ada. Dari mister potato, sampailah ke air minuman jus mangga dari Perlis.

Aku bukan racist. Cuma, apa yang kurang pada pandangan mata aku ni, nisbah makanan antara cina dengan melayu lebih kurang 70:30. Bermakna makanan cina lebih banyak daripada melayu. Bila kita bercakap tentang makanan, kita akan bicara tentang makanan yang halal untuk muslim. Jadi, bila lebih ramai orang muslim yang menyediakan booth makanan muslim, pastinya lebih ramai orang yang akan kunjungi. Takdela macam aku neh, dalam sejam dah habis pusing. Sebab makanan cina lebih banyak. Seeloknya, biarlah 50:50. Bertindak adil sesama kita warga Malaysia tercinta. 

Masuk exhibition lapar, keluar exhibition kenyang. wheeeee...

Kalau sesiapa ada kelapangan, bolehlah pergi kilang Beryl's. Ada chocolate Fair sampai 8hb Februari. Harga dari kilang. Quite nice cookies. Kat mana Kilang Beryl's? Kat Seri Kembangan. Search kat google, boleh jumpa. Tapi lagi senang kalau guna jalan daripada pintu Fakulti Kejuruteraan UPM. Terus hala ke Seri Kembangan, boleh nampak kilang sebelah kanan.

"Bertungkus lumus siapkan rumah, tapi orang lain bahagia duduk. Cool right?"

-WAN AIZAT-

Try..Try & Try

0
| Wednesday, January 16, 2013
Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die
You've gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try

Lagu ni menemani sepanjang perjalanan dari Penang sampai Kuala Lumpur. dekat 3x ulang, kemudian dengar dkt red.fm sekali, mix.fm sekali, hitz.fm sekali & flyfm pun sekali. Menarik muziknya & membuatkan aku nak tahu kandungan lirik. 

Somehow, quite nice lyrics. Perumpamaan yang mudah tapi tersirat dan penuh dengan maksud. Sebenarnya, lirik macam ni sesuai untuk hubungan sepasang kekasih. Tapi, kalau dilihat secara menyeluruh, merangkumi bukan sahaja kekasih, dalam office pun ye jugak. Macam, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Lebih kuranglah. Tapi, nice song from Pink. I admire this song.

-Aku ada masalah, ko pun ada masalah. Bukan aku dengan ko je ada masalah, haiwan-haiwan pun ada masalah. Aku boleh selesaikan masalah ko, tapi tunggulah aku balik KL. Aku selesaikan masalah orang macam ko yang kat Penang ni. Aku dah balik KL, aku selesaikan masalah ko plak. Yang nak marah-marah aku pehal wahai sales person?!-

-WAN AIZAT- 


14.1.13

2
| Monday, January 14, 2013
  Again. Not a fine day.

Kerosakan : Tiada Display
Suspect : Board ada masalah.
Penyelesaian : Tukar Board baru dari US.

Dah dapat board. Rancang perjalanan. Kuala Lumpur pukul 6.45 pagi, destinasi Bertam, Pulau Pinang. Tiba jam 11.15 pagi. Campur tidur dekat Tapah 45 minit. 

Sampai tempat dituju, marking wiring, ambil gambar connection. Tukar. Siap tukar, pasang plug, teeeeettttt!

Display takde lagi!Arrghhhh!!Tak guna punye principle. Ko hantar board yang rosak kat aku. Ko ingat Penang dengan KL macam Ukay Perdana dengan Bukit Antarabangsa ke?!

Haihhh..kena pergi Penang lagi.............

-WAN AIZAT-
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine