Keblinger

Keblinger

Alhamdulillah,sudah 26 Tahun

3
| Sunday, August 17, 2014
Alhamdulillah, hari ini 17hb Ogos. Hari ahad. 26 tahun yang lalu saya dilahirkan. Meniti kehidupan dari bayi, meniarap, merangkak,berjalan, berlari, membesar, sekolah rendah, sekolah menengah, mrsm, matrikulasi, ijazah, bekerja, berkahwin & mempunyai seorang anak. Perjalanan hidup yang Allah sudah tetapkan untuk saya lalui sebegitu. 


Setiap orang ada kisah perjalanannya tersendiri. Ada yang pahit terlebih dahulu, manis kemudian. Ada yang pahit sehingga jarang ada manisnya. Ada yang manisnya sepanjang masa dan kurang rasa pahitnya. Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui selama ini. Saya berpuas hati dengan keputusan yang saya lakukan dalam hidup. InsyaAllah, banyak lagi perkara yang baik Allah sudah tetapkan untuk saya pada masa depan. 

Terima kasih ummi & ayah saya yang selama ini telah menjaga & membesarkan saya sehingga ke satu tahap yang sebegini. InsyaAllah, ganjaran pahala & syurga menanti buat ibu & ayahku kerana menjaga amanah yang dikurniakan kepada mereka sebaiknya.

Perkara yang saya perasan, orang akan wish birthday kita di facebook setelah terlihat apa yang tertulis, kalau tak tertulis, tiada siapa yang mahu wish. Hehe. 

Best Regards,
Wan Muhammad Aizat

Kembali Semula Menulis?

0
| Wednesday, August 13, 2014
Lama tak menulis dalam blog. Hari-hari terfikir nak menulis. Banyak hendak ditulis, hendak dikongsikan namun semuanya seperti tergendala. Post terakhir adalah berkenaan dengan saya bertunang. Pertunangan yang membawa kepada perkahwinan. Perkahwinan yang membawa kepada lahirnya seorang putera. Lahirnya seorang putera yang membawa kepada kebahagian rumahtangga.

Kisah hidup saya yang terhenti selama lebih 1 tahun, akan saya cuba untuk saya nukilkan semula. Walaupun tempoh masa yang sekejap, pelbagai yang saya lalui & pelbagai yang saya telah alami serta pelajari. Kadang-kadang dengan hanya menulis pengalaman di dalam blog, ada orang yang sudi menjemput untuk berkongsi pengalaman secara terbuka. Saya tak percaya dahulu, tapi setelah saya sendiri telah lalui, perkara itu tidak mustahil. 

InsyaAllah saya akan mula semula untuk menulis.

Best Regards,
Wan Muhammad Aizat
 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine