Keblinger

Keblinger

Alhamdulillah,sudah 26 Tahun

| Sunday, August 17, 2014
Alhamdulillah, hari ini 17hb Ogos. Hari ahad. 26 tahun yang lalu saya dilahirkan. Meniti kehidupan dari bayi, meniarap, merangkak,berjalan, berlari, membesar, sekolah rendah, sekolah menengah, mrsm, matrikulasi, ijazah, bekerja, berkahwin & mempunyai seorang anak. Perjalanan hidup yang Allah sudah tetapkan untuk saya lalui sebegitu. 


Setiap orang ada kisah perjalanannya tersendiri. Ada yang pahit terlebih dahulu, manis kemudian. Ada yang pahit sehingga jarang ada manisnya. Ada yang manisnya sepanjang masa dan kurang rasa pahitnya. Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui selama ini. Saya berpuas hati dengan keputusan yang saya lakukan dalam hidup. InsyaAllah, banyak lagi perkara yang baik Allah sudah tetapkan untuk saya pada masa depan. 

Terima kasih ummi & ayah saya yang selama ini telah menjaga & membesarkan saya sehingga ke satu tahap yang sebegini. InsyaAllah, ganjaran pahala & syurga menanti buat ibu & ayahku kerana menjaga amanah yang dikurniakan kepada mereka sebaiknya.

Perkara yang saya perasan, orang akan wish birthday kita di facebook setelah terlihat apa yang tertulis, kalau tak tertulis, tiada siapa yang mahu wish. Hehe. 

Best Regards,
Wan Muhammad Aizat

2 comments:

{ Cik Sara } at: August 18, 2014 at 11:00 AM said...

Laaa.. birthday ekau ke semalam? Betullah. Kalau facebook tak bagitahu, memang tak teringat pun. Itu pun kalau ko bagitahu facebook. =P Selamat hari lahir kawan! Semoga Allah kurniakan segala kebaikan buat kamu, bahagia sampai syurga dan dipermudahkan segala urusan. Salam buat ainul dan baby aidan juga!. =D

Anonymous at: August 5, 2015 at 5:26 PM said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

Thanks :)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine