Keblinger

Keblinger

Perlu ke?

2
| Sunday, October 9, 2011
Haihhh..

Rasa geram!menyampah!gedik gila!macam gampang!

Ok. Penulis nak lepas geram je. Kalau taknak baca, tak payah baca. Kalau nak baca, baca je. Hurmm..facebook..facebook..

Setiap detik nak update status kat facebook. Baru dapat pegi Korea Selatan, kecohnya macam dapat RM100 juta setiap bulan dengan goyang kaki je. Haiihh. Pegi Korea je pun. Yang menggelabah duk post kat status cenggitu mende. Penulis pun pegi Korea jugak. Tapi, takdelah nak post status memacam berkaitan korea. Meluat tengok. Excited terlebih agaknya. hurmmm..budak..budak..

Antara statusnya,

"kpd 3swb yg x gi korea, khamis de klas statistik kot, try tanye lecturer ye... klas sok batal..."

"baggage drop... =)"

"no matter how much u ppl miss me pls dun call or text, not until next tuesday unless real emergency... miss all of u badly... =)"

"currently at lcct... =)"

"alangkah baiknya kalau 500,000 won dlm beg tu ialah rm500,000... =)"

"misi: nak bli awek korea utk budak2 menggatal ni... :p"

"gelak sampai nak tergolek pas baca emel ni,
"Dear ********

You have been identified by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) as a high achieving student in the top 15% of your faculty. UTM collaborates with the Golden Key International Honour Society to deliver academic recognition and leadership programs for its high achieving students, and all eligible students in the top 15% of their faculties are offered membership into this university honour society."
Yang last sekali tuh, salah satu yang membangga lebih. Tak paham gak. Hokeh, dah lepas geram. Selamat malam!

Kalau ada yang tak puas hati, anggap macam tak pernah baca.

Kejadian yang tak disangka

3
| Saturday, October 8, 2011
Woahh!pengalaman..

Seronok memandu laju atas highway. Lebih kurang 130km/j memecut. Sehingga mengikut di belakang sebuah bas dan kereta. Bas ke kiri sikit, kereta depan ke kanan sikit. Kereta penulis?membaham bangkai. Langgar sahaja. Nak buat macam mana. Tak perasan. Selepas itu, penulis masih lagi memandu seperti biasa. Cuma adalah rasa macam mudah melayang. Ketika itu, mungkin sebab kesan angin lintang ataupun lalu sebelah lori.

Tanpa sebarang syak wasangka, penulis terus lagi mem
andu seperti biasa. Sehingga tiba di satu tempat, mahu ke bilik air sebentar. Penulis pun berhenti di R&R, terus ke bilik air. Selesai segalanya, terlihatlah sesuatu. Erk?!erm?!Selama ni tengok je. Sekarang, jadi depan mata!

Tayar depan sebelah kanan penulis pancit!Mulalah termenung. Sehebat mana pun kita, ada lagi benda yang memang kita tak tahu. Ketika itu, penulis buka bonet. Penulis masih ingat, spare tayar memang ada dengan barang-barangnya sekali. Tapi, soalannya, macam mana nak buat?Bukan pernah jadi sepanjang penulis hidup 23 tahun. Time tuh mulalah serabutnya.


Dengan keadaan bonet terbuka, duduk termenung mengadap kereta. Penulis mula telefon kawan. Katanya, tunggu dia sampai. Mungkin nak bawak kereta ni pegi tukar tayar kot. Lagipun, penulis bukanlah biasa dengan tempat itu. Sedang duduk termenung, sebuah bas datang untuk berhenti juga. Ramai yang lalu lalang melihat penulis termenung.

Tiba-tiba..

"Awat?tayar bocoq ka?tayar spare takdak?ka takdak barang?"

"A'ah bocor. Tayar spare ada. Barang pun ada. Tapi, saya tak reti. Mana penah ade experience tukar tayar"

"Ya ka?takpa. Weh, oghang ni takleh tukaq tayar. Meh tolong sat."

"Mintak maapla menyusahkan"

"Takpa. Tukaq sat ja ni. Hang amik jack ni, letak kat tepi yang ada lubang tuh. Pas2, hang jackla. Nat tayar tuh, hang bukak dulu. Siap nanti, hang letak tayar spare. Siap semua, hang bawak pi petronas, isi angin tayar."

Masa tuh, hanya tuhan sahaja tahu betapa bersyukurnya penulis. Datang sehingga 7 orang tolong tukarkan tayar penulis. Mereka semua dari Perlis. Sanggup membantu penulis walaupun tidak dikenali. Dah macam kerja kat F1. Laju betul mereka buat. Memang ada tool box dalam kereta penulis. Tapi, kalau dah taktau nak buat macam mana, tak terbuat juga. Selesai tukar tayar, kawan penulis tiba dan bawa penulis ke kedai tayar untuk tampal. Gigi bangkai haiwan itu lekat pada tayar penulis. Itu yang buat bocor. Mujurlah tampal je. Penulis dah termenung lagi sebelum tuh kalau tukar tayar. Mana nak cekau cash?

Mula berfikir. Kalau sejak langgar bangkai sampai ke R&R lebih kurang 40km. Macam mana boleh drive laju tapi tayar pancit?Alhamdulillah, tiada apa yang terjadi. Selepas kejadian ini, penulis mula untuk berjaga-jaga. Walaupun dalam dunia ini penuh dengan kejahatan, masih ramai lagi manusia yang baik hati untuk membantu walaupun tidak dikenali. Thanks guys!Thanks to you too!


 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine