Keblinger

Keblinger

Down to no 4

2
| Friday, July 29, 2011
Petang rehat selepas interview di Petaling Jaya, penulis mendapat panggilan..

"May I speak to Wan Muhammad Aizat?I'm from ....... Are you still looking for a job?If yes, then, we have received your resume and we would like to call you for an interview. Tomorrow at 10 o'clock. Is it okay with you?Tonight I will send our company address and the details regarding our meeting tomorrow. Have a nice day!"

Alhamdulillah. Semakin murah rezeki dengan panggilan interview seterusnya. Bulan Julai ternyata menceriakan penulis. Cuma, yang merunsingkan, dapatkah pekerjaannya? Dari dekat dengan rumah ke Sepang seterusnya Petaling Jaya dan ke Puchong. Puchong?bukanlah tempat yang penulis tahu sangat. Rasanya pernah pergi sekali je seumur hidup. Email yang diterima pada jam 10 malam. Malam tuh juga baru nak study pasal company berkenaan.

Sudah siap sedia semuanya. Penulis memulakan perjalanan pada jam 8.40 pagi. Macam biasa. Jalan dalam Kuala Lumpur memang sesak. Dekat pukul 9 pun jammed lagi ke?musykil pukul berapa semua ni pergi kerja. Terasa jauh nak ke sana. Sampai area Puchong, berbekalkan google map dalam otak je, memang berpusing-pusing. Sampaikan sempat jugak tanya makcik jual nasi lemak. Akhirnya, jam 9.35 pagi baru sampai di pejabatnya.

1st impression, "mak aihh..semua chinese". Mulalah rasa macam nak tolak tawaran ni. Diberi borang, diisi borang. Sebelum interview, sempatlah tengok drama. Macam head of the office. Tengah marah-marah orang unifi. Dalam hati penulis, "kalau mamat ni interview aku, habis aku. Mood dah macam tuh pagi-pagi.Gulp!" Sekali masuk-masuk, memang orangnya. Rupanya, dierlah General Manager. Dierlah yang telefon penulis semalam dan dier juga yang hantar email kepada penulis. Serba serbi dia.

"Tell me about yourself"

"How good are you in handling stress?"

"Can you go for outstation about 3 or 4 weeks?"

"What type of equipment that you have ever service?"

"What equipment that you are really familiar with?"

"Actually, here, you will be specialist for about 15 to 20 equipments. Then, you will be service up to Penang, down to Johor, and go to Kelantan as well as Sabah and Sarawak. Now, we are still looking for a new equipment. Therefore, we have to increase from 2 service engineer to 4 service engineer. This coming September is our 2nd year anniversary. As you can see, we are still developing. And i'm sure you are quite worried because all here is chinese. We also have malay n indian. Don't worry about that."

Pada hemat penulis, company ni bagus juga. Ada banyak benefit yang menarik. Travel tuh dah semestinya. Faveret penulis kot. Cuma, officenya agak jauh dan kawasan ramai chinese. Nak carik tempat makan macam sikitlah. By the way,i'm glad for getting 4 interviews for this month. Cuma, berharap serta berdoa salah satu akan melekat. Yang penting, berusaha dan tidak putus asa. Ternyata, peng
alaman interview sangat penting. ^_^

I'm happy even just 10 minutes last week.

Melaka, Here We Come!

0
| Thursday, July 28, 2011
Let go for vacation!
This time, Malacca..

Mulanya merancang nak pergi ramai-ramai, last sekali tinggal 3 orang je yang nak pergi. Memandangkan Faten tak balik KL, kami turun ke Melaka.
Hari sabtu, 23hb Julai 2011. Setelah dirancang, kami memulakan perjalanan jam 10.15 pagi. Rancang masa nak pergi tapi tak rancang nak pergi mana bila dah kat sana. Dengan memandu myvi kelajuan 110km/j, kami tiba di Manipal College lebih kurang 11.40 pagi. Haruslah mengambil orang yang pakar tentang jalan Melaka dahulu.

Coconut Shake Klebang - RM2.00

1st impression tengok Manipal College, 'nice'. Cantik, menarik. Tempat taklah besar mana tapi puas hati la jugak. Selesai amik Faten, meluncur ke Klebang. Penulis, Wanie, Farah dan Faten. Klebang ada apa?Klebang ada Pantai Klebang. Sini, orang selalu main layang-layang. Penuh juga orang jual layang-layang. Tetapi, apa yang istimewa adalah 'Coc
onut Shake Klebang'. Dengan cuaca yang sangat panas, minum air coconut shake klebang dengan ada ais krim sangat menyegarkan. Memang teruja dengan coconut shake ini!

Menara Taming Sari

Ok. Sudah segar, mengantuk sudah hilang, sejuk pun sudah. Kali ini, gerak masuk ke Bandar Melaka. Tempat tumpuan pelancong. Maklumlah, tak salah m
enjadi pelancong negara sendiri kan. Penulis berada betul-betul di hadapan Menara Taming Sari. Melihat macam best je. Kami mengambil keputusan untuk naik Menara Taming Sari. Harganya, RM10. Untuk naik selama 7 minit. Kalau naik malam lagi cantik rasanya. Walaupun panas, dalam menara itu ada air-cond. Setelah naik, walaupun gayat, teruja juga melihat sekitar Melaka. Cantik pemandangan dari atas. Ketinggiannya kurang pasti. Dapatlah melihat sampai ke kawasan laut.

Pemandangan dari Menara Taming Sari

Seterusnya, kami ke bukit St. Paul, ke Kota A'Famosa, bangunan Stadhuys. Kat area-area ni, perkara standardnya adalah mengambil gambar. Macam-macam gambar posingnya. Dengan cuaca yang amat panas, hanya 1 payung dan naek turun tangga. Memang berpeluh. Bau masham habis badan. Dah penat lelah, singgah di depan bangunan Stadhuys untuk makan cendol. Dalam pada masa yang sama, sempat lagi beli potato twist. Sedap juga walaupun pedas.

X pepasal dalam penjara : Wanie, Farah, Penulis

Next, Jonker Street. Jalan asal namanya Jalan Hang Jebat. Bila bahasa inggerisnya, terus jadi Jonker. Hebat betul Jebat ni. Jonker Street ni macam Insa
dong kalau kat Korea Selatan. Ataupun Petaling Street. Kereta boleh lalu. Tepi-tepinya banyak kedai jual souvenir yang agak murah. Bolehlah kalau nak beli souvenir di sini. Selain itu, ada juga jual buah melaka, cendol, gula ketuk dan sebagainya.

Jonker Street = Jalan Hang Jebat

Setelah berpanas, mencari pula air-cond. Terus masuk kereta, pasang aircond sampai volume 3. Bila fikir punya fikir, kami mengambil keputusan untuk ke Tanjung Bidara. Ambil angin di tepi pantai yang indah. Harapnya taklah panas sangat. Dari Bandar Melaka ke Tanjung Bidara mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiba sahaja di sana, kami hanya duduk sambil perhatikan laut. Cerita..cerita..dan cerita..Itu jelah..

Pantai Tanjung Bidara

Masa untuk makan. Destinasi seterusnya adalah Muara Sg Duyung. Kata Faten, antara ikan bakar yang sedap. Ada orang kata kat Alai lagi sedap. Memandangkan tahu jalan ke Muara Sg Duyung je, kami ke sana. Memilih ikan sendiri. Menu yang di order, tauhu bakar, sotong goreng tepung, sayur kailan, ikan siakap sebelah masak masam manis, sebelah bakar dan air tembikai. Otak-otak juga ada. Yang uniknya, orang Melaka makan lauk-lauk ni dengan nasi lemak bukan dengan nasi putih. Tak tahulah kalau penulis memang tak pernah nampak sebelum ni. Tapi, memang sedap memandangkan tak makan sejak tengahari.

Menu Makan Malam di Muara Sg Duyung

Selesai makan, hantar semula Faten ke Manipal. Terpaksalah kami meninggalkan beliau. Nak belajar, memanglah kena tinggal. Dengan perut sudah sendat, mata mujur masih lagi kuat. Selesai mengisi minyak dan buang apa yang patut, jam 9.30 malam kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Mujur Wanie dan Farah tak tidur sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, kami selamat sampai di tol Sg Besi jam 10.30 malam. Taklah laju kan?

We will be friends forever..Wanie-Aizat-Faten

I really appreciate the time with you guys. It just remind me how close we are since in primary school. I won't ever forget you guys. And seriously I'm happy live in Kuala Lumpur with people like you.

Third Time

4
| Wednesday, July 27, 2011
Sehari selepas bersusah payah interview di Sepang, penulis menerima panggilan yang tidak dikenali.

"Ni En Wan Muhammad Aizat?Saya dari ....... Kami dah menerima resume anda. Jadi, saya settingkan interview awak pada 26hb Julai 2011, pukul 2.30 petang di office. Nanti saya akan emailkan alamat. In case, tak jumpa atau sesat ke, telefon saya k.."

Tiba-tiba jatuh hati dengan HR. hahaha. Alhamdulillah, selesai satu interview, dapat lagi satu interview. Company yang telefon ni, barulah betol bidangnya dengan penulis. Bukan semiconductor, bukan air logistic, bukan construction tapi vendor medical equipment. Biarlah tidak sebesar MRI, CT Scan mahupun Ultrasound. Tapi, barangnya agak penting untuk buat research mahupun melihat apa yang ada dalam darah.

Companynya di Petaling Jaya. Melihat pada Google Map, memang agak menarik untuk ke sana. Pasti berhadapan dengan kesesakan lalulintas. Mengambil iktibar daripada kisah lama, pukul 12.30 tengahari penulis sudah mula bergerak. Menggunakan highway biarpun terpaksa mengeluarkan RM3.50, demi untuk sampai tepat pada waktunya. Alhamdulillah, jam 1.20 petang penulis sudah sampai. Dilihat pada tempatnya agak kurang menarik. Tempat makan yang ada hanyalah tempat makanan cina. Suram, sunyi, dan banyak tempat parking kereta. Membuatkan penulis rasa seperti tidak mahu bekerja di sini.

Keadaan di luar syarikat

Penulis mula melangkah masuk. Pintunya berkunci. Setelah beritahu di Interkom, terkejut penulis. "Luar setinggan, dalam bungalow!" Cantik. Penuh dengan sistem keselamatan. Pintu demi pintu yang mahu ditempuh perlu tagkan kad. Diberi borang, diisi borang. Sepanjang mengisi borang itu, kesemua yang lalu lalang adalah melayu dan perempuan. Mula terfikir, company melayu kah?Teruja jugak kerja di company melayu. Selesai segalanya, masuk ke bilik interview. Penemuduganya 2 orang perempuan dan melayu.

"Tell me about yourself"

"What is your strength?"

"How about your weakness?"

"Do you familiar with certain area through out Malaysia?"

"If you are going to some place that is not familiar, how are you going to face it?"

"How good are you in handling stress?"

Jawapan bertalu-talu diberi biarpun bila direnung semula mengarut semuanya. Penulis kurang pasti jawapan itu menepati piawaian atau tidak. Yang pasti, penulis sudah jawab.

"If you being accepted in this company, you will travel a lot. For example, monday you will be in Perlis, tomorrow in Kedah, the next day in Penang, thursday in Perak and friday you are coming back to KL. You have to come to the office and drive company's car. You will be partner with senior. You will be given training in the office then you will be evaluate in Singapore."

Gajinya tidaklah tinggi sangat. Officenya taklah jauh tapi jammed agak teruk. Siap ada company trip pegi oversea tiap-tiap tahun lagi. Ramai melayu walaupun keadaan sekelilingnya taklah menarik sangat. Apa apapun, penulis masih lagi berharap keajaiban akan berlaku. Moga-moga dapat pekerjaan biarpun tidaklah popular nama syarikatnya tetapi halal rezekinya.

Setelah selesai interview, dilihat jam 2.35 petang. Masuk pukul 2.20 petang. 15 minit je interview. Macam tak berminat je orang tuh. Ahahaha..Lastly,salah seorang interviewer bertanya,

"Prof Mazlina is your academic advisor?"

"Yes, you know her?"

"Yup, she is my aunty"

Dang!Ding!Dong!Sejauh mana bumi dipijak, bumi itu tetap bulat.

Is it Reality?

5
| Tuesday, July 26, 2011
Hari ini sekadar ingin mengekspresikan sesuatu. Apa yang didengar oleh penulis beberapa hari yang lalu. Ini apa yang diluahkan oleh salah seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. I'm not blaming all. Maybe it is just small amount of them but still, "kerana nila setitik, susu sebelanga rosak"

"I tak suke wat practical kat hospital tuuutt. Dahlah short form yang supervisor kat sini lain dengan yang kat Ireland. Supervisor sini semua suka mara-marah. Sikit-sikit nak marah. Even equipment kat sini pun macam tak update sangat. Barang semua lama-lama. Patient kat sini kalau kita explain disease,bukan dorang faham. Kalau kat Ireland, kita explain, dorang lagi faham dari kita. Dorang dah study disease dorang. So, xyahlah nak kne guna ayat-ayat low level. Kat sini dahlah x boleh beza mana satu practical doktor, mane satu doktor yang dah memang doktor. Kemudian, 2 orang doktor berbeza yang round untuk pagi dan petang. Doktor pagi bagi opinion macam ni, doktor ptg bagi opinion macam ni. Lepas tuh, masing-masing pertahankan opinion sendiri. Kalau kat sana, 1 doktor je yang round.So, tak berbalahlah opinion. I ingat nak wat last practical before final exam kat sana. Nanti dier tanye kite soalan disease yang kat sana,bukan Malaysia. I x suka sangat kat sini. Semua tak friendly. Semua nak marah-marah. Kalau kat sana, semua baik-baik. Boleh senyum-senyum lagi. I ingat dah habis belajar, I nak stay kat Ireland. Dapat good job kat top hospital. Then,request kat JPA untuk release. Dengan dapat gaji kat sana, kita afford untuk bayar balik hutang kat JPA. Ada je yang dah buat. Ramai pun dah dapat kerja kat sana lepas tuh bayar balik. Currency sane kan lagi tinggi. Memang boleh bayar balik. Cuma, kena guna orang dalam untuk wat kita boleh release. Nanti,cuti jomlah kita g Rome, Madrid, US, London dan sebagainya. Takpun, pegi Korea ke, Jepun ke. Best pe kalao pegi jalan-jalan time holiday. Dah alang-alang kita kat oversea kan."

Ok, ini apa yang penulis rangkumkan. Ayatnya lebih kurang begitulah. Taklah exactly. Kena rekodlah pulak kan. As I said before, not everyone. Just a little bit. Buat mereka-mereka yang bakal belajar di luar negara, sedang mahupun sudah selesai belajar di luar negara, ingatlah, berkhidmatlah untuk negara. Our system totally different. Yes, you have seen their country very advance in technology. But, you have to remember this is our land and only our land. There is no more other Melayu Islam outside there. Penulis tahu, penulis graduan dalam negara. Biarlah buta tentang negara orang, tapi celik negara sendiri.


My mom said, the best doctor is the one that came from India. Why?because for 1 sick people, there is 1 dead people. They will get to see many things and a lot of experience handling people disease. Saranan penulis, sudah-sudahlah hantar mereka yang lupa negara ni ke luar negara. Hantar ke India, confirm cepat nak balik Malaysia.


Again, nice question from them, "you are jeleous right?"

I'm gonna answer, "not anymore, but i'm sad.."



Diduga bila Bertemu..

4
| Monday, July 25, 2011
2nd interview of the month. Alhamdulillah, umpama dapat emas bila diberi peluang untuk interview dalam bulan Julai. Setelah hanya merenung pada bulan Jun. Berhasil juga menghantar melalui email,pos dan sebagainya. Penulis menerima panggilan daripada syarikat yang agak kurang ternama dibibir rakyat Malaysia. Sedangkan penulis juga agak kebingungan mendengar nama syarikat ini. Takpelah, yang penting dah dapat panggilan untuk temuduga.

Apa yang harus dibuat?haruslah persediaannya. Cuba search di Internet, r
upanya tiada sdn. bhd. Syarikat ini berpengkalan di Jerman. Laman webnya juga dalam bahasa Jerman. Takpelah, baca overview sahaja. Mujur dalam bahasa inggeris. Rupanya, syarikat ini dah tandatangan projek juta-juta dengan MAS Kargo. Padanlah temuduganya di KLIA Free Comercial Zone kat Sepang. Haduii, jauhnya nak pergi. Perjalanan ke sana memakan masa 1 jam 15 minit. Mulanya penulis jenuh mencari mana satu application yang penulis buat. Jumpa juga akhirnya bertarikh 20hb Jun. Boleh tahan juga sebelum panggil temuduga.

Dari kiri : surat panggilan interview, pass, surat dari HR untuk pejabat keselamatan

Hari rabu, 20hb Julai 2011 adalah harinya. Temuduga jam 2.30 petang. Penulis bertolak daripada rumah jam 12.30 tengahari. Sepanjang perjalanan, jantung berdegup agak pantas. Dengan perut masih belum terisi gara-gara tiada selera makan. Dalam pada masa yang sama, mata agak mengantuk. Penulis tiba di Jalan KLIA S5 jam 1.50 petang
. Telefon HR, "Sebelum Penyajian tuh, awak masuk pintu yang ada tulis pelawat. Awak amik pas,tinggalkan IC dan terus ke tempat MAS Kargo". Penulis mula bergerak ke pintu itu. Ditahan oleh pegawai polis. Katanya, "Encik, kalau guna pintu ni, untuk yang ada permit je. Encik kena guna pintu lain". Dalam hati penulis, "hampehnya HR!".

Blok syarikat kargo yang lain

Penulis masuk ke Free Commercial Zone. Bertemu dengan pegawai kastam. "Encik, kalau encik nak masuk, encik kena pusing balik. Pergi ke Pejabat Keselamatan dan amik pas kat situ. Kalau encik xtau jalan, meh ikut saya." Terima kasihlah pegawai kastam. Terpaksa pusing balik. Jam ketika itu sudah menunjukkan jam 2.05 petang. Setibanya di pejabat keselamatan, "Encik cari nama encik dalam bekas ni". Carik??dahlah banyak. Sehelai demi sehe
lai dibelek untuk mencari nama penulis. Akhirnya, hampa. Tiada nama penulis di situ. Telefon semula HR. HR kata dah faks semalam. Pegawai kastam pula kata tiada. Sebenarnya, untuk masuk ke dalam FCZ, syarikat dalam FCZ perlu fakskan nama orang yang akan masuk beserta IC. Barulah boleh masuk. HR iaitu Pn Nurfaizah terpaksa faks sekali lagi. Sementara menunggu, ditenung-tenung juga jam. Sehinggalah ke detik 2.30 petang. Dalam hati penulis, "I'm Dead!I already screwed everything!". Tiada apa lagi mampu diungkapkan selain kecewa. Gagal menghadirkan diri untuk temuduga pada waktu yang ditetapkan.


Setelah menerima faks dan pas, penulis terus pecut ke pintu FCZ. Setibanya di pintu no 8, kereta penulis diperiksa sehingga boot kereta harus dibuka. "Encik nak hantar barang ke?" Encik..encik, boot kereta saya ni kosong je. Nak hantar barang
mendenye?saya nak g interviewla!dan saya dah lambat! Teringat pesan pegawai di pejabat keselamatan, "Dah masuk pintu no 8, encik nampak traffic light,pergi ke kiri. Kat situ, encik tunjuk surat kata nak masuk". Sampai ke satu tempat yang berpalang, tak naik pulak palang tuh. Belakang penulis ketika itu, penuh dengan lori-lori kargo. Argghhh!orang pulak takde. Terpaksa penulis menghimpit ke tepi, dan reverse semula. Dahlah panas terik, panas hati, berpeluh-peluh. Kenapalah susah sangat nak pegi temuduga ni?? Penulis berhenti di pejabat itu. Seorang brader melihat surat penulis. "Adik nak g interview ke?adik kena parking kereta kat sebelah hujung sana. Kemudian, nampak Core 3 sebelah hujung. Adik jalan kaki pergi lagi belakang sampai Core 1. Nanti,adik nampak...bla..bla..bla.." Aduhai bang, saya nak cepat ni. Dah lambat nak pergi interview. Abang boleh pulak membebel kat sini.

Core 3, MAS Kargo

Selesai meletakkan kereta, penulis terus berjalan ke Core 3 ,Core 2 dan seterusnya ke Core 1. Pn Nurfaizah telefon, "Awak kat mana?Core 3?bukan Core 3. Core 1 sepatutnya. Kenapa awak tak telefon saya?" Dahlah peluh, panas, penat campur pusing-pusing. Kena pulak sound dengan HR. Tiba sahaja di lif, nak kena cari GFM06. GF - ground floor. Tapi, lif tuh boleh naik je. Pelik-pelik. Naik jelah. Janji sampai. Setibanya di GFM 06, jumpalah dengan Pn Nurfaizah. Melihat jam, 3.05 petang. Lewat 35 minit. Agak malu juga ketika itu. Head of Department dah menunggu lama. Masuk sahaja, terus di temuduga. Sampai terlupa nak silent handphone. After all, it was nice experience. Keluar dari tempat interview, jam 3.55 petang. hadoiii...


Kalau dapat pekerjaan ini, memang penulis akan setuju untuk bekerja. Agak menarik dan memang perkara baru untuk penulis. Bidang yang baru serta mencabar. Apa-apapun, penulis hanya mampu berharap. Telah berikan yang terbaik ketika temuduga. Kalau tidak dapat pun, penulis bersyukur berpeluang memasuki kawasan kargo penerbangan. Bukan senang nak masuk sana. Dapat melihat banyak lori-lori kargo dengan barang-barang yang baru tiba daripada kapal terbang contohnya UPS, Nippon Express, DHL, Gdex dan sebagainya.


Rupanya, nak masuk FCZ kena bayar RM10. Mujur ada duit dalam wallet..hahhaa..

An Exam..

0
| Saturday, July 23, 2011
Balik rumah dari makan tengahari, jumpa surat dalam peti surat. Tertulis 'Urusan Kerajaan'. Tersenyum melihat surat itu. Kemungkinan panggilan kerja. Tertulis di situ daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Berhasil juga permohonan rupanya. Dibuka-buka surat itu, tertulis 'jemputan menghadiri peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41'.


Peperiksaan inilah yang diambil oleh kakak penulis sehingga 3 kali. Masih lagi gagal meloloskan diri ke peringkat seterusnya. Lantaran itu, penulis meminjam buku peperiksaan awam kerajaan daripada beliau. Dengan harapan mampu melepasi ke peringkat yang seterusnya. Peperiksaan adalah pada 16hb Julai 2011 di Dewan Besar Institut Perguruan Teknik Bandar Tun Razak. 2 hari sebelum menjelangnya peperiksaan itu, dah macam baca buku cerita. Terbaring di katil sambil membaca. Cukup satu jam, tidur 1 jam. Lambatlah nak habis semua.

Kebetulan, 16hb Julai, kakak penulis hendak ke Pulau Redang. Menaiki penerbangan Air Asia jam 6.55 pagi. Penulis juga yang kena hantar sampai LCCT. Pada malam itu, penulis tidur jam 1 pagi gara-gara masih lagi membaca. Jam 4.30 pagi, penulis sudah dikejut untuk memandu. Daripada Ukay Perdana ke LCCT lebih kurang 75km. Masa diambil adalah satu jam. Satu jam pergi, satu jam balik. Pukul 7.15 sampai di rumah dan ketika itulah baru hendak gosok baju kemeja. Agak kelam-kabut dan mata agak berpinar-pinar kemengantukkan.



Jam 8 pagi penulis sudah bertolak ke tempat peperiksaan. Hanya 20 minit perjalanan. Tiba sahaja di Dewan Besar, mula mata melilau kalau-kalau ada yang kenal. Kebetulan, penulis berjumpa dengan salah seorang rakan kuliah ketika di KMPP. Namanya Muin. Sebenarnya, Muin ni bf klasmate penulis di KMPP. Dia je yang tak kenal penulis. Ada juga rakan kat sini. Tidaklah keseorangan. Melihat sekeliling, ramai yang mengambil peperiksaan itu seolah-olah yang sudah berkeluarga, berkerjaya dan ada yang sudah memiliki kereta mewah. Semuanya untuk mencuba. Bahkan, ada yang penulis sembang sudah mengambil peperiksaan ini 3 kali. Inilah yang dikatakan tidak berputus asa. Believing yourself!


Ada 5 peperiksaan. Pertama adalah pengetahuan am. Kedua, penyelesaian masalah. Ketiga, pemahaman petikan. Keempat, esei bahasa melayu dan kelima esei bahasa inggeris. 60 soalan, 40 soalan dan 20 soalan. Semuanya harus menghitamkan 120 soalan. Soalan pertama pengetahuan am, "apakah laman web kerajaan?". Pelbagai soalan yang membuatkan penulis hanya menghentam. Kebanyakannya soalan yang berbentuk pelan transformasi kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib. Penyelesaian Masalah pula lebih kepada matematik tanpa menggunakan kalkulator. Berbirat juga mengira laju-laju ni. Ketika pemahaman petikan, mata penulis sudah semakin layu. Mata sudah penat, otak sudah letih, tangan sudah keras, badan sudah layu. Menunggu masa untuk tidur sahaja.


Memasuki esei Bahasa Melayu. Penulis memilih tajuk tentang pertubuhan dunia. Lagi sedap untuk menggoreng berbanding tajuk lain. Untuk esei bahasa inggeris, penulis mengambil tajuk 'recycling'. Itu je tajuk yang penulis rasa boleh goreng. Apa yang menarik tentang peperiksaan ini, penulis melihat ada yang dengan selamba boleh online guna blackberry,iphone mahupun htc semasa peperiksaan. Sangat sempoi. Masa esei, ada yang meminta banyak kertas. Curiga juga. Apa benda yang dingarutkan. Penulis hanya menulis 1 helai penuh depan belakang. Ada yang sampai 3 helai. Kagum..kagum..Jam 3.45 petang, segalanya selesai. Petang itu juga, ada perlawanan Liverpool - Malaysia. Nasiblah stuck dalam jam untuk balik rumah. Penat + jam = tidur 2 jam.



Sangat meletihkan. Seriusly, sangat impressed bila ada yang boleh ambil sampai 5-6 kali. Penulis rasa kalau 2 kali mencuba bolehlah. Kali ke-3, I don't think so. Untuk yang mengambil exam PTD, semoga kita sama-sama ke peringkat seterus. ^_^

USS Stylo!

0
| Thursday, July 21, 2011
Lupakan soal pekerjaan. Biarlah, rezeki telah ditentukan. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berserah selepas sudah berusaha. Oleh itu, let's talk about vacation!


Pada 27hb Jun yang lalu, penulis sempat ke Universal Studio Singapore. Hasil perbincangan penulis bersama kakak dan makcik, akhirnya tarikh itu dipilih untuk ke Universal Studio. Walaupun 4 tahun berkelana di Johor Bahru dan beberapa kali keluar masuk Singapura, tidak juga penulis berkesempatan menjengah USS. Melalui kata-kata beberapa orang, USS sangat berbaloi untuk pergi. Lagi berbaloi kalau pergi, orang belanja pulak kan. ^_^


Seramai 5 orang. 2 orang kakak, abg ipar dan makcik. Menginap di Hotel Seri Malaysia di Larkin. Tiket USS siap dibeli di salah satu
kaunter di Terminal bas Larkin. Harganya 66 dollar singapore. Tiket dibeli awal bagi mengelakkan perlu beratur panjang di pintu masuk USS. Lagipun, tiket USS boleh didapati di mana-mana agensi yang menyediakan pakej ke USS. Kami tidak mengambil pakej kerana masanya kurang sesuai iaitu jam 7 pagi atau 10.30 pagi.


Setelah siap sarapan, hanya 3 orang sahaja yang pergi. Penulis, kakak dan makcik. Kami mengambil bas Transtar di Plaza Kotaraya jam 9.45 pagi. Harganya hanya RM5. Bas yang sentiasa ada setiap sejam untuk ke Resort World Hotel. Tiba di pintu gate USS jam 11 pagi. Mulalah untuk menjejaki USS. Kami mengambil pamplet dan memilih tempat-tempat yang bermakna untuk pergi.


Dalamnya seperti berada di Amerika. Permulaannya adalah Hollywood. Reka bentuknya seolah-olah seperti Hollywood. USS berbentuk 1 pusingan. Jadi, kami mulakan dengan sebelah kanan. Kami menyusun masa supaya tidak terlepas mana-mana show yang menarik. Kebetulan ketika itu adalah cuti sekolah bagi Singapura. Jadi, dilanjutkan masa operasi dari jam 10 pagi - 9 malam. Show yang pertama adalah watak-watak dalam Hollywood yang membuat persembahan. Pelbagai lagu dengan tarian memang menarik. Penulis agak teruja terutamanya bila ada lagu 'nobody nobody'.


Seterusnya, kami ke tempat set penggambaran filem oleh Steven Spielberg. Dalam set ini, ditunjukkan bagaimana ribut taufan melanda New York. Ianya memang seolah-olah berlaku di depan mata walaupun hanyalah grafik semata-mata. Agak terkejut bila sampai muncung kapal masuk dalam set. Jadi, di sini memang banyak tempat yang boleh diambil gambar. Dalam pada itu, akan ada watak-watak yang berjalan dan boleh diambil gambar. Seperti kungfu panda, madagascar dan sebagainya.

Next, roller coaster! Ada dua jenis roller coaster. Line yang merah dan yang biru. Line merah dalam keadaan duduk manakala line biru dalam keadaan kaki terjuntai di bawah. Bila diperhati, yang biru lagi mencabar. Jadi, penulis dan kakak mencuba yang biru. Fuhh!muka penulis pucat dan sejuk. Malah seperti berpinar-pinar setelah naik Cyclone. Agak laju dan sememangnya sangat gayat. Sepanjang Cyclone berpusing, sepanjang itulah penulis jerit sekuat hati. Hahahha..

Letih menjerit, penulis berhenti makan tengah hari. Di dalam USS, telah ditulis mana restoran yang halal. Jadi, tiada masalah utk membeli makanan. Tapi, demi menjimatkan kos, makan apa yang dibeli di Malaysia je. Next, ke The Revenge of Mummy. Tempat seolah-olah di Mesir. Dengan pelbagai reka bentuk Firaun dan sebagainya. Revenge of Mummy ini seperti roller coaster juga. Tapi, dalam gelap dan agak menakutkan. Pertama kali, merasakan roller coaster bergerak ke belakang. Penulis sangat mengesyorkan wajib merasai Revenge of Mummy ni.

Next destination, Jurassic Park. Di sini, ada 2 tempat yang kami pergi iaitu canopy flyer dan jurassic park rapid adventure. Canopy flyer tidaklah laju sangat tapi gayat bagi penulis. Kaki penulis terpaksa dilipat kerana nampak seperti mahu langgar segala benda di bawah. Rapid Adventure, naik pelampung di atas air. Menyusuri sungai untuk melihat pelbagai jenis dinosour. Akhirnya, basah!Pelampung ditenggelami air, kasut penulis basah lenjun. Baju terkenalah jugak. Nasihat penulis, pakai selipar, bawak baju&seluar lebih ataupun belilah suit untuk elak baju basah. Ada dijual. Kenapa basah?Rasalah sendiri..=)

Far-Far Away kami tujui selepas itu. Sambil cuba untuk mengeringkan kasut dan badan. Ada dua juga tempat iaitu Shrek Adventure 4D dan Donkey Live. Shrek 4D memang terbaik!Penulis memang bagi 5 bintang. Sangat menarik. Bila dalam cerita ada labah-labah, terasa kaki disentuh labah-labah. Terangkat-angkat kaki semua orang.

Donkey Live pun menarik juga. Telatahnya mencuit hati dan menggelakkan penonton.


Kami turut melihat persembahan Waterworld. Di sini, ada 3 tempat duduk. Kering, sedikit basah dan basah. Pilihlah mana yang nak. Penulis memilih yang kering. Persembahan yang penuh dengan stunt dan letop-letop. Memang terbaik!

Last destination, Madagascar. Kami pergi Madagascar Crate Adventure. Menaiki sampan menyusuri sungai. Harapan untuk basah?adalah jugak Tetapi, kami tetap kering. Ada juga detik yang mencemaskan kerana takut basah. Hahaha. Lastly, kami Enchanted airways. Junior Roller Coaster. Bolehlah. Agak laju dan membuatkan penulis jerit lagi. Hahaha. Sempat singgah di kedai cenderamata. Terjumpa dengan Hafiz Hashim. Tanpa segan silu, penulis tetap mengambil gambar dengan beliau. Selesai semuanya, kami mengambil bas Travel 707 jam 9 malam. Harganya 5 dollar singapore. Kami tiba di Terminal Larkin jam 10 malam. Sangat seronok dan sangat letih. Berbaloi-baloi..
Orang cakap baik bercuti masa tengah tak kerja tapi duit pulak xde..macam mane?

z.o.m.b.i.e

4
| Tuesday, July 19, 2011
Just another day..and another day..

Hari ini, rasa diri seperti zombie. Tidak bermakna. Tiada apa yang bermanfaat dilakukan. What else to do?



6.30 a.m - bangun, solat subuh.

9.30 a.m - bangun untuk kali kedua.
9.35 a.m - 11.00 a.m - tgk email,facebook,jobstreet dan berita sukan

11.00 a.m - 1.00 p.m - tengok tv + tido

1.00 p.m - 2.00 p.m - makan

2.00 p.m - 4.00 p.m - tido
4.00 p.m - 5.30 p.m - tgk email,facebook,jobstreet dan berita sukan
5.30 p.m - tgh malam - taktau lagi tapi rasanya, makan, tgk tv, online dan tido.


Complete satu hari menjadi zombie!

Ye, aku tahu kome dah dapat gaji. Tak payah kecoh-kecoh. Bukannya belanjakan gaji kome kat aku pon. Diam-diam sudahlah..

Bukan merungut..tapi..

0
| Saturday, July 16, 2011

Hari ini 16hb Julai 2011. Bermakna sudah hampir 61 hari penulis tinggalkan bumi UTM. Permohonan pekerjaan semakin rancak. Sehingga hari ini, ini yang mampu penulis rekodkan.

Email dihantar - 115

Surat dihantar - 38

Resume recommendation - 8

Resume online - 16


Let's move on to the result!


Resume rejected through email - 4

Email replied received resume - 2

Calling Interview/Exam - 3

Attend Interview/Exam - 2


Macam semakin pudar semangat untuk mencari kerja. Benar, tidak harus putus asa. Tapi, semangat itu semakin menghilang. Entah ke mana. Tidak!tidak!


Wan Muhammad Aizat, you can get through this!

Back to old time..

0
| Friday, July 15, 2011
Seronok sebenarnya bila mengimbas semula gambar-gambar yang lama. Ketika itu, masih lagi kecil. Penulis masih ingat, ketika sekolah rendah, badan dahla berisi. Tangan besar. Tembam. Rambut sikat tepi kemudian ada jambul tinggi. Bajet macam hensem tapi nerd je nampak. hahaha.

Bersama ayah..

Bermula dengan sekolah menengah, penulis mula untuk bermain bola sepak. Paling aktif ketika tingkatan 3. Boleh kata tiap-tiap petang main bola. Pada ketika itu, mulalah menampakkan hasil badan kurus sedikit. Sekali main dekat sejam setengah. Hari-hari main campur dengan pergi sekolah jalan kaki, memanglah boleh kurus sedikit.

Sebelum masuk MRSM Beseri

Bila naik ke MRSM Beseri, penulis kembali semula berisi. Gara-gara malas bersukan. Petang nak bersukan, pukul 6.15 petang dah kena start makan. Lepas makan, nak mandi pulak. Rushing untuk solat maghrib di surau. Sampai surau, dah berpeluh-peluh. Kesimpulannya, tak payah bersukan. Hasilnya, makin berisi la jawabnya.

Selesai 2 tahun di Beseri

Memulakan pengajian seterusnya ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Masuk dengan badan agak berisi ketika itu. Motif di sana, kurangkan makan banyakkan bersenam. Pada hujung minggu,biasanya penulis akan bermain squash pada waktu pagi, makan nasi lemak dan bermain bola pada waktu petang. Sekali sehari je makan. Makan pun ambil x banyak nasi. Kalau tak main squash, ataupun main bola, mesti pergi jogging. Wajib kurangkan berat badan. Hasilnya, berjaya la jugak turunkan berat badan dan menampakkan kekurusan itu.

Hasil setahun di KMPP

Seterusnya, 4 tahun di UTM Skudai. 2 tahun pertama, masih lagi berjaya mengekalkan badan sebegitu. Sejak menjadi pengerusi, makan makin banyak dan kurang bersenam gara-gara keletihan. Akibatnya, badan penulis naik agak mendadak. Mula untuk berisi semula. Penulis cuba untuk menguruskan badan tetapi gaya seperti agak kurang berkesan. Akhirnya, beginilah hasilnya. Tiada yang berubah. Biarlah nampak buncit sedikit. Hahaha.


Menerima diri seadanya..=)

Menangis lagi..

0
| Wednesday, July 13, 2011
Sekian lama ku menanti,
Tidak juga kunjung tiba,
Walaupun hari-hari ku menunggu,
Apa yang dinanti,gagal jua memunculkan diri

Aku tahu aku tidak mampu,
Aku tahu aku juga tidak hebat,
Namun,aku punyai hati, keinginan juga perasaan,
Usahlah dipalitkan kekecewaan di hati ini

Digembar gembur engkau hebat,
Diceritakan engkau berpesta di London,
Berdansa di Paris, berkelana di Rome,
Tidak langsung difikirkan hatiku yang panas membara ini


Aku masih berharap,
Berharap pada suatu yang tidak pasti,
Bahkan mungkin mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin,
Tetapi, tidak salah untuk berangan impian yang tinggi

Kalau engkau kata aku cemburu,
Benar, memang aku cemburu,
Kalau engkau kata aku dengki,
Haruslah sebagai manusia yang punyai hati, tidak mampu menolak perasaan


Aku berdoa agak engkau bahagia,
Walaupun aku masih lagi sengsara di sini,
Melakukan rutin seharian yang sama,
Biarlah ini yang menjadi jalanku..

Can't stop from hating people who always post about what they got..



 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine