Keblinger

Keblinger

Negeri Selatan Tanah Air

1
| Friday, December 31, 2010

Johor Darul Ta'zim...

Hampir 3 tahun setengah penulis berada di dalam negeri Johor. Negeri tempat penulis belajar untuk mendapatkan segulung ijazah. Sebelum ini, penulis sudah berada di Perlis selama 2 tahun, di Pulau Pinang selama setahun dan tiap-tiap tahun pen
ulis pulang beraya di Kelantan. Semuanya dalam Semenanjung Malaysia tetapi ada perbezaan setiap negeri. Bagi penulis, melihat sendiri dengan merantau ke negeri orang banyak manfaatnya. Alhamdulillah, bila diterima masuk ke UTM, penulis sudah selesai meninggalkan tapak di setiap negeri di Semenanjung. Setelah 18 tahun, baru ada sebab untuk ke negeri Johor.
Air Terjun Bekok

Johor negeri paling selatan. Penulis bersyukur kerana setelah 3 tahun setengah penulis berpeluang untuk ke semua daerah di dalam negeri ini. Bermula daripada Muar sehinggalah ke Mersing. Penulis berjaya selesaikan daerah terakhir iaitu Segamat ketika dalam perjalanan dari Bekok ke Rembau melalui Segamat. Apa yang penulis perhatikan, di dalam setiap daerah pasti terdapat satu dataran. Kesemua nama jalan mengg
unakan papan tanda berwarna kuning.

Di hadapan Jam Padang Sultan Abu Bakar

Tempat-tempat menarik yang pernah penulis kunjung
i?
Antaranya :
- Masjid Sultan Abu Bakar(struktur bangunan menarik)

-
Taman di Jalan Kebun Teh(pemandangan yang indah)
-Tanjung Piai(penghujung asia selatan)
-Tanjung Leman(Air lautnya masih jernih)
-Air Terjun Bekok(Free & sangat sejuk airnya)

-Ayer Hitam(Tempat beli-belah industri kecil)
-Desaru(Pantai yang indah)
-Air Terjun Gunung Pulai(dekat dengan UTM,kurang best)

-Danga Bay(tempat JomHeboh..^_^)
-Kolam ayer panas Muar(memang airnya panas)
-Bukit Kepong(tempat bersejarah)
-Felda Taib
Andak(tempat Mawi..?)
-Mersing(menarik)
-Kluang Station(nasi lemak
70 sen tapi 3x suap dah habis)


Dari atas: Bekok, Gunung Pulai, Tg Piai, Tg Leman

Tahun 2011 bakal menjelma. Tinggal lagi 2 tempat penul
is masih belum berkesempatan untuk pergi. Tempatnya ialah Pulau Tioman dan Taman Negara Endau-Rompin. Sudah lama penulis impikan untuk ke Pulau Tioman. Angan-angan untuk pergi sebelum menamatkan pengajian di UTM. Penulis tetap akan pastikan dapat menjejakkan kaki ke sana. Pulaunya cantik dan indah. Pengalaman snorkeling pastinya menggamit keseronokan untuk ke sana. Bajetnya juga agak tinggi tetapi jika difikirkan untuk 3 hari 2 malam, mungkin berbaloi sedikit. Apa-apa pun, penulis berharap dapat pergi bersama rakan sekelas beramai-ramai seperti ketika ke Seoul, Korea Selatan. ^_^
Pulau Tioman...


~Memori indah hanya terpalit bila kita sama-sama merasainya~




Lagenda Budak Setan..?

0
|
Lagenda Budak Setan?

Tajuk menarik. Bukunya tebal. Penulisannya penuh penghayatan. Terkejut dengan ulasan penulis?hehe..

Sebenarnya penulis hanya mendengar cakap-cakap orang ketika sedang menjamu selera di Chilli's bersama rakan-rakan ex-melawati. Salah seorang rakan penulis sememangnya menyimpan buku Lagenda Budak Setan karangan Ahadiat Akashah. Rakan penulis bercerita tentang lagenda budak setan yang ditontoni di panggung wayang. Secara tiba-tiba penulis tertarik untuk membaca buku ceritanya yang dia sudah beli k
etika tahun 1997. Kata dia, filem ada berbeza jalan ceritanya jika dibandingkan dengan buku. Tetapi, apa yang dipaparkan oleh filem memang menusuk ke dalam diri dan boleh membuatkan orang mengalirkan air mata terutamanya perempuan. Berdasarkan cerita sebegitu, penulis meminjam buku rakan penulis dan pesanan dia, "pulang semula buku aku macam yang aku bagi ko pinjam".Buku yang diterima penulis

Buku dan filem sememangnya berbeza tetapi masih merujuk pada maksud yang sama. Penceritaan watak di dalam buku lebih mendalam jika hendak dibandingkan dengan filem. Ternyata, penulisan Ahadiat Akashah memang menarik untuk dibaca. Gaya penulisannya seolah-olah kita sendiri yang berada dalam jalan cerita. Penulis memang tertarik dari segi indahnya penggunaan ayat, penceritaan, metafora dan sebagainya. Jarang penulis membaca novel tetapi kali ini, berbeza. Apabila membaca, penulis terlekat
untuk membaca sehingga 2 jam lamanya sambil terbaring di atas katil. Adakalanya, jalan ceritanya mengusik perasaan penulis dan terkesima seketika.Tebal..nak menjaganya lagi..

Pasti sudah ramai yang membaca novel ini ataupun sudah menonton di panggung wayang. Bukunya diterbitkan pada 1997 tetapi penulis hanya membacanya 13 tahun selepas diterbitkan. Akasyah, Ayu, Emilia, Azmi dan lain-lain watak terkandung di dalam novel ini. Pastinya, novel ini memang menarik perhatian penulis.


Baca novel berjam-jam tetapi baca nota 10 minit dah menguap..^_^




Coretan Sebelum Ke Seoul

3
| Thursday, December 30, 2010

Seoul..?

Penulis pernah menulis mengenai entry akan ke Seoul, Korea Selatan. Segalanya sudah pasti dan akan pergi. Apa yang dirancang bakal dilaksanakan. Penerbangan ke Seoul dari LCCT Sepang pada jam 1.55 petang, 8hb Disember 2010 yakni hari rabu. Programnya adalah selepas peperiksaan akhir semester. Sedikit sebanyak mengganggu tumpuan untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan terakhir adalah Sistem Komputer & Maklumat iaitu pada 2hb Disember.

Sepanjang bulan November pelbagai perkara yang penulis terima. Bermula dari panggilan telefon, sms, email mahupun surat. Tidak semuanya manis dan kebanyakannya adalah pahit. Namun, penulis harus terimanya dengan hati terbuka. Bak kata Dr Rubita, "kita dah berusaha, yang tentukan berjaya atau tidak hanya Allah S.W.T." Penulis masih ingat pada satu hari yang mana penulis menerima 3 panggilan. Pertama, daripada Air Asia yang mengatakan mereka tidak dapat memberikan penajaan kerana penempahan tiket suda
h dilakukan. Jika hendak mendapatkan penajaan, tempahan haruslah melalui Air Asia sendiri, jumlah yang kurang daripada 25 orang dan bukan ketika peak season. Panggilan kedua, daripada syarikat makanan Apollo, mengatakan kami sudah kehabisan peruntukan untuk penajaan. Panggilan ketiga, daripada kawan penulis yang mengatakan ayahnya tidak boleh memberikan penajaan kerana peruntukan untuk bulan Disember telah diputuskan. Namun, masih ada sinar-sinar keceriaan di sebalik semua itu.

Itu berkenaan dengan penajaan. Berkenaan lawatan ke sana, salah seorang pelajar Malaysia di sana memaklumkan bahawa lawatan tidak boleh diadakan iaitu 2 minggu sebelum kami berangkat ke Seoul. Alasannya, kerana peperiksaan akhir sedang berlangsung pada tarikh kami ingin melawat. Sesuatu yang tidak masuk akal kerana pastinya semua pelajar telah diberikan takwim universiti yang mana mengatakan bila tarikh peperiksaan akhir. Penulis sudah berhubung dengan beliau sejak bulan September dan 2 minggu sebelum kami ke Seoul baru diberi jawapan "It's final exam on your visit to our university". Menarik bukan?

Alhamdulillah, hasil pertolongan Dr Rubita, akhirnya kami berjaya untuk mendapatkan kebenaran melawat Dongguk University di mana ada 7 orang staff UTM di sana. Sesuatu yang di luar perhatian penulis ialah tiada no tel mahupun kepastian di mana untuk bertemu dengan staff UTM di sana. Penulis hanya menghantar email kepada salah seorang staff di sana 4 jam sebelum menaiki penerbangan. Apa hasilnya? Tiada email dibalas. Kisah ke sebuah lagi universiti. Persatuan Pelajar di sana telah mengadakan AGM dan pemilihan ajak baru di buat. Penulis berhubung semula dengan AJK perhubungan yang baru dan seorang pelajar telah sukarela untuk membantu menguruskan lawatan ringkas kami ke sana. 2 hari sebelum berlepas ke Seoul, pelajar tersebut memaklumkan beliau diberi short notice daripada prof beliau mengatakan peperiksaan akan diadakan pada 10hb disember iaitu tarikh yang s
epatutnya kami melawat ke universiti tersebut. Stress?rasa nak marah?semuanya ada. Alhamdulillah, saudara Luqman iaitu AJK perhubungan pantas membantu dan saudara Hafiz menjadi pengganti beliau. Penulis berhubung sehari sebelum berlepas ke Seoul dan berharap segalanya berjalan lancar. Penulis dapat menghubungi saudara Luqman dan Hafiz malam sebelum ke universiti tersebut.1 Malaysia!!

Penulis berhubung dengan orang yang jauh semuanya melalui email. Sesuatu pengalaman yang jarang dapat diperolehi. Berhubung dengan orang yang tidak dikenali sama sekali malahan sehingga penulis sudah pulang ke Malaysia, penulis tidak ketemu dengan mereka. Suhjin Kim, Miss Eunee, saudara Rubhen, saudara Mano Kumar, Saudara Haikal, saudara Elhafiy, Saudari Safurah dan lain-lain. Penulis bersyukur, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Apa yang manis dikenang, apa yang pahit tidak dibuang.






Kucing..

0
|
Putih

Terasa lama sudah tidak menulis di ruangan maya ini. Tiba-tiba hati tergerak untuk menulis sesuatu. Mungkin kerana kejadian semalam yang betul-betul di hadapan mata penulis. Jika dikira, kali terakhir penulis menulis di blog ini pada Oktober yang lalu. Tidak mengapa, ini sekadar ruangan untuk meluahkan perasaan dan merealitikan apa yang terbuku di hati.

Semalam, jam 9 malam penulis ke Teminal Putra di Gombak. Ketika dalam perjalanan hendak menuruni bukit, penulis dikejutkan dengan kejadian sebuah ke
reta melanggar seekor kucing yang sedang melintas jalan. Tayar belakang kanannya seolah-olah menggilis kucing itu. Sayu penulis melihatnya namun tiada apa-apa yang mampu dilakukan kerana penulis memandu dari arah yang bertentangan. Kereta itu meninggalkan terus kucing itu dan penulis lihat kucing itu seperti cacing kepanasan. Terguling-guling dan meracau-racau. Pedih melihat seekor kucing di ambang maut sebegitu. Kucing itu sekadar mahu melintas jalan namun telah ditetapkan ia temui ajal di jalan raya pada malam semalam.Kesan darah Teddy di atas jalan

Sepanjang perjalanan, penulis terbayangkan bagaimana kucing penulis, Teddy yang mungkin digilis kenderaan. Benar, kami sekeluarga tidak melihat bagaimana Teddy mati dan apa yang melanggarnya. Apa yang dapat disimpulkan adalah melalui kesan darah yang terdapat di jalan dan apa yang diberitahu oleh pengawal keselamatan. Mungkinkah Teddy digilis sebegitu rupa dan meracau-racau sebelum menemui ajal?Di jalan ini Teddy ditemui mati

Sedih membayangkan kucing yang sudah bersama sejak 9 tahun yang lalu akhirnya mati dilanggar dan mungkin dalam keadaan ngeri. Ada baiknya kami tidak melihat kerana mungkin lebih menyayat hati melihat bangkainya. Kata pengawal keselamatan, otaknya sehingga pecah. Ternyata peristiwa 5 bulan yang lalu amat menggamit perasaan kami sekeluarga. Sehingga kini, cakap-cakap mengenai Teddy masih lagi kedengaran mengenai manjanya, nakalnya, comelnya, dan telatah yang kadang-kadang mengundang kem
arahan serta kelucuan.Tempat Teddy ditanam

Kini, kami mempunyai pengganti. Namanya Putih. Memang putih bulunya. Sebelum mengambil Putih, kami memikirkan juga mengenai Nikki iaitu abang kepada Teddy yang mungkin tidak dapat menerima kehadiran kucing baru di rumah. Namun, Nikki dapat menerima kehadiran cuma pada awalnya Nikki pernah menerkam Putih. Adakalanya, Pu
tih marah juga apabila Nikki berada di rumah seolah-olah rumah itu dia yang punya. Tetapi Putih ini adalah KKU (Kucing kurang upaya). Kakinya hanya 3. Kaki kanan di hadapannya kudung. Tuan asalnya hendak menghantar Putih ke SPCA kerana tidak mahu menjaganya lagi. Disebabkan itu, kakak penulis mengambil keputusan untuk mengambil Putih.Tiada kaki kanan di hadapan

Putih kudung sejak dilahirkan. Putih tidak boleh berjalan seperti kucing lain tetapi dia hanya boleh melompat. Putih juga tidak boleh menjilat badannya seperti kucing-kucing lain kerana kekurangan kaki untuk menampung badannya ketika menjilat. Putih juga tidak boleh melompat di atas tembok mahupun pagar kerana kekurangan kaki untuk mengangkat badannya naik. Tetapi, Putih sihat dan boleh bermain seperti kucing-kucing lain. Dia suka main pada bayang-bayang. Banyak masa dihabiskan di dalam sangkar dan dia hanya dapat bermain dalam rumah waktu pagi dan malam sahaja.Comel walaupun kurang upaya

Penulis terfikir bagaimana Putih boleh selamat membesar ketika dia kecil. Tiada kaki di hadapan. Dia harus membesar dengan sendirinya kerana tiada siapa yang membantunya. Bagaimana dia belajar buang air?kuis pasir?memanjat?dia kecil lagi ketika itu. Namun, itulah kuasa Allah S.W.T. Allah menyayangi hamba-hambaNya sehinggakan kucing kurang upaya sebegitu boleh meneruskan hidup walaupun sendirian. Dia tidak bergantung harap kepada kucing-kucing lain untuk membantunya.


Kucing mampu meneruskan hidup dengan 3 kaki..apatah lagi manusia yang cukup sifatnya...





 

Copyright © 2010 :::::It's Always About Me::::: Blogger Template by Dzignine